WorksheetsKIMIA KBSM 1
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Proses manakah yang berlaku berlaku apabila hablur iodin dipanaskan pada suhu dan tekanan bilik
peleburan
pembekuan
penyejatan
pemejalwapan
Rajah 3 adalah graf suhu-masa bagi pemanasan bahan Q. Pernyataan manakah yang betul mengenai sifat bahan Q berdasarkan graf?
Adalah gas pada suhu bilik
Mengalami perubahan keadaan fizik pada suhu 750 C
Membebaskan haba pada sela masa t1 - t2
Berada dalam keadaan cecair sahaja pada sela masa t1 dan t2
Karbon- 12 dan Karbon- 14 adalah isotop. Apakah maksud isotop
Atom-atom unsur yang sama dengan nombor nukleon yang berbeza
Atom-atom unsur yang sama dengan nombor nukleon yang sama dan nombor proton yang sama
Atom-atom unsur yang sama dengan nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza
Atom-atom unsur yang sama dengan nombor proton dan bilangan neutron yang sama
Antara berikut yang manakah menerangkan mengapa kereaktifan klorin lebih tinggi berbanding bromin?
Bilangan elektron valens dalam klorin kurang daripada bromin
Tarikan nukleus klorin lebih kuat berbanding bromin
Daya tarikan antara zarah-zarah dalam klorin adalah lemah berbanding bromin
Keadaan fizik bagi klorin berbeza daripada bromin
Atom manakah yang membentuk kation?
Klorin
Hidrogen
Nitrogen
Oksigen
Apakah yang dimaksudkan dengan pemalar Avogadro?
Jisim bagi satu mol bahan
Tekanan bagi satu mol bahan
Isi padu yang dipenuhi oleh satu mol gas
Bilangan zarah dalam satu mol bahan
Sel kimia manakah yang tidak boleh dicas semula?
Sel merkuri
Sel ion litium
Sel nikel-kadmium
Sel nikel logam hidrida
Apakah jenis ubat bagi parasetamol?
Stimulan
Analgesik
Antibiotik
Antidepresan
Bahan manakah yang digunakan untuk membezakan antara butana dan butena?
Air kapur
Air bromin
Asid fosforik
Natrium hidroksida
Rajah 1 menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik magnesium oksida.
Langkah manakah yang betul untuk memastikan pita magnesium itu terbakar dengan lengkap?
Buka penutup mangkuk pijar sekali-sekala semasa pemanasan
Panaskan pita magnesium itu dengan kuat dalam mangkuk pijar tanpa penutupnya
Tutup mangkuk pijar dengan penutupnya sebaik sahaja pita magnesium itu mula terbakar
Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim tetap diperoleh
Semua bahan-bahan berikut boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur kecuali
sulfur
plumbum (II) bromida
kalium klorida
Argentum klorida
Dalam suatu kemalangan di kilang, asid nitrik telah tertumpah. Pepejal X, apabila ditambah secara berlebihan, akan meneutralkan asid nitrik tanpa meninggalkan larutan alkali. Apakah pepejal X?
Ammonia
Kalsium Karbonat
Natrium klorida
Natrium hidroksida
Rajah 1 menunjukkan satu pek jem stroberi.
Apakah fungsi pektin di dalam jem itu?
Sebagai pemekat
Sebagai antioksida
Sebagai pengawet
Sebagai perisa
Rajah 2 menunjukkan sebatang mancis. Apabila mancis digores, tindak balas kimia berlaku
Penyataan manakah berkaitan tindak balas di atas adalah benar?
Tindak balas adalah endotermik kerana tenaga digunakan untuk menggores mancis
Tindak balas adalah endotermik kerana tenaga dibebaskan semasa mancis terbakar
Tindak balas adalah eksotermik kerana tenaga digunakan untuk menggores mancis
Tindak balas adalah eksotermik kerana tenaga dibebaskan semasa mancis terbakar
Rajah 3 menunjukkan susunan radas bagi tindak balas antara yis dengan larutan glukosa.
Pengoksidaan
Penapaian
Penghidrogenan
Penghalogenan
Antara berikut, yang manakah garam dan boleh melarut dalam air?
Magnesium nitrat
Aluminium oksida
Natrium hidroksida
Kalsium Karbonat
Penyesaran logam daripada larutan garamnya berlaku apabila warna larutan mengalami perubahan. Penyesaran logam boleh digunakan untuk membina siri elektrokimia. Antara larutan berikut yang manakah menunjukkan perubahan warna?
Rajah 14 menunjukkan perubahan kimia yang berlaku kepada sebatian G.
Apakah sebatian G?
but-1-ena
but-2-ena
butana
2,2-dibromobutana
Antara bahan berikut yang manakah membentuk mendakan kuning apabila bertindak balas dengan larutan plumbul (II) nitrat
Natrium karbonat
Kalium iodida
natrium klorida
kalium sulfat
Asid sulfurik mempunyai banyak kegunaan. Berikut adalah kegunaan asid sulfurik kecuali
Untuk menghasilkan sabun
Untuk menghasilkan cat
Untuk menghasilkan baja sintetik
Sebagai elektrolit dalam akumulator asid-plumbum
Antara ubat-ubatan berikut yang manakah boleh menyebabkan pendarahan perut jika diambil oleh kanak-kanak
streptomisin
Parasetemol
Aspirin
Barbiturat
Haba peneutralan antara asid hidroklorik dan natrium hidroksida lebih tinggi berbanding asid etanoik dan natrium hidroksida. Antara berikut yang manakah menghuraikan perbezaan haba peneutralan di antara kedua-dua tindak balas itu
Kadar tindak balas antara asid hidroklorik dan natrium hidroksida lebih tinggi berbanding kadar tindak balas antara asid etanoik dan natrium hidroksida
Sejumlah haba telah hilang ke persekitaran dalam tindak balas antara asid etanoik dan natrium hidroksida
Haba yang terbebas diserap semula oleh asid etanoik untuk mengion dengan sepenuhnya
Haba yang terbebas diserap oleh radas
Alkana dan Alkena adalah sebatian hidrokarbon. Formula molekulnya terdiri daripada
atom-atom karbon dan oksigen sahaja
atom-atom karbon dan hidrogen sahaja
atom-atom karbon, oksigen dan hidrogen
atom-atom karbon, oksigen, hidrogen dan sulfur
Etena terbakar dengan lengkap dalam udara berlebihan. Apakah hasil tindak balas yang terbentuk selepas etena terbakar dengan lengkap dalam udara berlebihan
Air dan karbon monoksida
Hidrogen dan karbon dioksida
HIdrogen dan karbon monoksida
Air dan karbon dioksida
Gas hidrogen terhasil apabila zink bertindak balas dengan asid hidroklorik. Bagaimana kadar penghasilan hidrogen dapat ditingkatkan
Dengan menambahkan air kepada asid
Dengan meningkatkan isipadu asid yang digunakan
Dengan meningkatkan jumlah luas permukaan zink
Dengan mengurangkan suhu tindak balas
