wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ibadah: Solat Berjemaah

Total questions: 20

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Solat berjemaah ialah

a)

Solat yang dilakukan bersendirian

b)

Solat yang dilakukan oleh 2 orang atau lebih secara berjemaah

c)

Solat yang dilakukan oleh 2 orang atau lebih secara berasingan di masjid

d)

Solat yang dilakukan pada hari Jumaat sahaja

2.

Sekiranya makmum berada di hadapan Imam, maka _______ solatnya. Jika makmum selari dengan Imam maka _________ hukumnya.

a)

sah / tidak sah

b)

makruh / batal

c)

batal / makruh

d)

batal / sah

3.

Perbezaan antara solat berjemaah dan solat bersendirian ialah

a)

Niat dan bilangan orang yang menunaikan solat

b)

Pakaian dan niat

c)

Tempat solat dan bilangan orang yang menunaikan solat

d)

Khusyuk dan tempat solat

4.

Terdapat 3 hukum solat berjemaah

a)

Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan Makruh

b)

Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan Sunat

c)

Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan Haram

d)

Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan Wajib

5.

Nyatakan hukum solat berjemaah bagi solat Jumaat?

a)

Makruh bagi lelaki yang cukup syarat

b)

Fardhu Kifayah bagi lelaki yang cukup syarat

c)

Sunat bagi lelaki yang cukup syarat

d)

Fardhu Ain bagi lelaki yang cukup syarat

6.

Makmum yang tidak sempat membaca al-Fatihah bersama-sama Imam adalah

a)

Makmum Muafiq

b)

Makmum Masbuq

c)

Makmum Kifayah

d)

Makmum Musa'adah

7.

Pilih lafaz solat berjemaah waktu Zuhur sebagai MAKMUM.

a)

أصلي فرض الظهر أربع ركعات إماما لله تعالى

b)

أصلي فرض الظهر أربع ركعات مأموما لله تعالى

c)

أصلي فرض العصر أربع ركعات إماما لله تعالى

d)

أصلي فرض الصبح ركعتين مأموما لله تعالى

8.

Berikut merupakan kelebihan solat berjemaah KECUALI

a)

mengukuhkan ukhwah sesama Islam

b)

dapat berbangga kepada orang lain

c)

dicintai Allah

d)

melatih diri menepati masa

9.

"Solat berjemaah beroleh pahala dua puluh tujuh kali ganda".

Adakah pernyataan di atas benar?

a)

Tidak benar

b)

Tidak pasti

c)

Benar

d)

Mungkin

10.

Mengapakah Islam menggalakkan umatnya untuk solat berjemaah?

a)

Ekonomi mundur

b)

Agar umat Islam selalu bergaduh

c)

Menunjukkan rasa tidak menghormati ketua

d)

Meningkatkan semangat berpasukan

11.

Berikut ialah syarat sah solat berjemaah KECUALI

a)

Makmum berada di belakang Imam.

b)

Perbuatan makmum tidak mendahului Imam.

c)

Makmum berniat mengikut Imam

d)

Lelaki yang baligh boleh mengikut imam perempuan

12.

Semasa solat Zuhur, Auni menjadi makmum kepada adik perempuannya.

a)

Sah

b)

Tidak Sah

c)

Tidak Pasti

d)

Batal

13.

Pada pendapat anda, yang manakah BUKAN adab solat berjemaah?

a)

Pakai pakaian bersih dan tidak berbau

b)

Pakai pakaian bercorak tengkorak

c)

Penuhkan saf di hadapan dahulu

d)

Bertenang dan tidak gelisah ketika solat

14.

Antara berikut yang manakah merupakan hikmah solat berjemaah?

a)

melahirkan masyarakat yang pentingkan diri sendiri

b)

memecahbelahkan hati umat Islam

c)

ganjaran pahala dengan 27 ringgit

d)

membentuk diri berdisiplin dan mematuhi ketua

15.

Pahala solat berjemaah adalah

a)

20 kali ganda

b)

7 kali ganda

c)

27 kali ganda

d)

17 kali ganda

16.

Imam ialah

a)

Orang yang mengikuti imam

b)

Orang yang mengetuai solat

c)

Orang yang azan

d)

Orang yang menjadi ketua negara

17.

Semasa solat berjemaah, makmum mesti mengetahui pergerakan Imam melalui cara

a)

Melihat Imam

b)

Mendengar suara makmum lain

c)

Mendengar suara Imam

d)

Melihat pergerakan makmum lain

e)

Telefon Imam

18.

Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang atau secara (a)  

19.

Hukum menunaikan Solat Fardhu secara berjemaah ialah (a)  

20.

Makmum muafiq ialah

a)

Makmum yang tidak sempat membaca al-Fatihah bersama-sama Imam

b)

Makmum yang tidak sempat membaca surah al-Ikhlas bersama-sama Imam

c)

Makmum yang sempat membaca al-Fatihah bersama-sama Imam

d)

Makmum yang sempat membaca surah al-Ikhlas bersama-sama Imam