wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B8T1 QZ1

Total questions: 40

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah bermulanya Zaman Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab?

a)

Tahun 100 M

b)

Tahun 200 M

c)

Tahun 300 M

d)

Tahun 400 M

2.

Apakah faktor utama yang mempengaruhi penyatuan masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Kekayaan

b)

Keturunan

c)

Kedudukan

d)

Kekuatan

3.

Kemenyan adalah tanaman yang berharga bagi masyarakat Arab. Tanaman tersebut diusahakan di DUA tempat berikut

a)

Oman

b)

Yaman

c)

Mahra

d)

Hadramaut

4.

Mengapakah masyarakat Arab tidak mampu membina semula Empangan Maarib yang runtuh pada tahun 300 M ?

a)

Tiada tenaga kerja

b)

Tidak mempunyai modal

c)

Tiada pemimpin yang berwibawa

d)

Tidak mempunyai ilmu pengetahuan

5.

Apakah DUA ciri perniagaan dalam masyarakat jahiliah?

a)

Mementingkan keuntungan

b)

Mengamalkan riba

c)

Menggunakan kekerasan

d)

Memuliakan pembeli

6.

Antara berikut, apakah lokasi yang pernah dikunjungi oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjalankan perniagaan?

a)

Syam

b)

Taif

c)

Hijaz

d)

Musqat

7.

Apakah surah yang mempunyai kaitan dengan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT ?

a)

Surah al-Alaq

b)

Surah al-Fatihah

c)

Surah al-Maidah

d)

Surah al-Mudassir

8.

Dakwah Islam secara rahsia telah berlaku selama tiga tahun. Siapakah DUA orang terawal yang memeluk Islam?

a)

Siti Khadijah binti Khuwailid

b)

Ali bin Abu Talib

c)

Abu Talib bin Abdul Muttalib

d)

Abu Lahab bin Abdul Muttalib

9.

Di manakah tempat Nabi Muhammad SAW mengadakan pertemuan dengan keluarganya melalui dakwah secara terang-terangan ?

a)

Bukit Safa

b)

Bukit Uhud

c)

Bukit Rahmah

d)

Bukit Tsur

10.

Apakah negara Islam yang pertama sekali dibentuk dalam Tamadun Islam ?

a)

Taif

b)

Makkah

c)

Madinah

d)

Baghdad

11.

Antara berikut, yang manakah TIGA sifat terpuji Nabi Muhammad SAW ?

a)

Siddiq

b)

Amanah

c)

Fatanah

d)

Mazmumah

12.

Apakah peristiwa yang berlaku di Gua Hira' ?

a)

Pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT

b)

Nabi Muhammad SAW dilahirkan

c)

Wahyu pertama (surah al-Alaq) diturunkan

d)

Tempat persembunyian Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa hijrah

13.

# Mengetuai peperangan al-Riddah yakni memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat

# Mendapat gelaran Penyelamat Umat Islam

Siapakah tokoh tersebut ?

a)

Abu Bakar al-Siddiq

b)

Umar bin al-Khattab

c)

Uthman bin Affan

d)

Ali bin Abu Talib

14.

# Mentadbir wilayah Islam yang luas

# Melantik gabenor bagi mengetuai pentadbiran di wilayah Islam

# Membukukan al-Quran (dikenali sebagai Mushaf Uthmani)

Siapakah tokoh tersebut ?

a)

Abu Bakar al-Siddiq

b)

Umar bin al-Khattab

c)

Uthman bin Affan

d)

Ali bin Abu Talib

15.

Antara berikut yang manakah DUA pusat pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah ?

a)

Damsyik

b)

Baghdad

c)

Anatolia

d)

Cordoba

16.

Pusat pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.

a)

Anatolia

b)

Baghdad

c)

Bukhara

d)

Cordoba

17.

Antara berikut, manakah TIGA faktor penyebaran Islam yang meluas hingga sampai ke benua Eropah, Afrika dan Asia.

a)

Kesyumulan Islam

b)

Prinsip kesaksamaan

c)

Hubungan diplomatik

d)

Penaklukan dan peperangan

18.

Strategi menggali parit berlaku semasa

a)

Perang Siffin

b)

Perang Uhud

c)

Perang Badar

d)

Perang Khandak

19.

Qais bin Saad bin Ubadah pernah mengetuai pasukan tentera semasa peristiwa

a)

Perang Uhud

b)

Perang Badar

c)

Penaklukan Constantinople

d)

Pembukaan semula Kota Makkah

20.

Nyatakan DUA kaum yang telah disatukan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu peristiwa hijrah ke Madinah.

a)

Ansar

b)

Yahudi

c)

Nasrani

d)

Muhajirin

21.

Apakah DUA kesan daripada pembukaan semula Kota Makkah ?

a)

Makkah menjadi kota suci umat Islam

b)

Makkah terus berkembang maju

c)

Orang Arab Quraisy berundur dari Makkah

d)

Nabi Muhammad SAW meluaskan pengaruhnya

22.

Konsep ummah dalam Tamadun Islam sangat bertepatan dengan negara Malaysia. Apakah TIGA konsep ummah ?

a)

Masyarakat hidup dalam negara Islam

b)

Masyarakat bekerjasama memajukan negara

c)

Masyarakat mempunyai tanggungjawab yang sama

d)

Masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan

23.

Apakah maksud Al-'Usyr yang ada dalam sistem percukaian Islam ?

a)

Cukai diri

b)

Cukai tanah

c)

Cukai perdagangan

d)

Cukai perlindungan

24.

Ghanimah merupakan salah satu sumber baitulmal. Bagaimanakah sumber tersebut diperoleh ?

a)

Perlindungan

b)

Peperangan

c)

Perternakan

d)

Pertanian

25.

Apakah DUA sumbangan Siti 'Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq dalam sejarah pembentukan Tamadun Islam?

a)

Meriwayat hadis

b)

Merawat tentera

c)

Mencatat al-Quran

d)

Menjawab permasalahan hukum agama

26.

Bidang falsafah turut diberikan tumpuan untuk diterjemahkan oleh sarjana Islam. Bidang tersebut diambil dari Tamadun

a)

China

b)

Indus

c)

Rom

d)

Yunani

27.

Apakah sumbangan Al-Biruni terhadap perkembangan Tamadun Islam ?

a)

Pengasas ilmu algebra

b)

Tokoh perubatan yang terkenal

c)

Kajian dalam bidang peta dan geografi

d)

Memperkenalkan asas ilmu trigonometri

28.

Tokoh ini terkenal dalam bidang sains dan kimia. Menghasilkan sebanyak 80 buah karya berkaitan perubatan dan kimia. Kebanyakan karyanya diterjemahkan dalam bahasa Latin.

a)

Jabir bin Hayyan

b)

Ibn Sina

c)

Al-Battani

d)

Ibnu Battuta

29.

Merupakan tokoh perubatan dan ahli falsafah yang masyhur dengan bukunya al-Qanun fi al-Tib. Dikenali sebagai "Bapa Perubatan".

a)

Jabir bin Hayyan

b)

Ibn Sina

c)

Al-Battani

d)

Ibnu Battuta

30.

Menghasilkan lebih daripada 270 buah karya mencakupi bidang logik, muzik dan perubatan.

a)

Al-Kindi

b)

Al-Biruni

c)

Al-Battani

d)

Al-Khawarizmi

31.

Beliau memperkenalkan asas ilmu trigonometri, menulis buku astronomi dan mencipta alat ukuran masa.

a)

Al-Kindi

b)

Al-Biruni

c)

Al-Battani

d)

Al-Khawarizmi

32.

Pengasas ilmu algebra dan kitab Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Karyanya telah dijadikan teks asas di universiti di Barat.

a)

Al-Kindi

b)

Al-Biruni

c)

Al-Battani

d)

Al-Khawarizmi

33.

Pernah berlayar sampai ke India dan Alam Melayu. Buku pelayaran beliau digunakan oleh pelayar lain selepas itu.

a)

Jabir bin Hayyan

b)

Ibn Sina

c)

Al-Battani

d)

Ibnu Battuta

34.

Antara berikut, apakah masjid yang terawal dibina dalam Tamadun Islam ?

a)

Masjid al-Aqsa

b)

Masjidil Haram

c)

Masjid Nabawi

d)

Masjid Quba'

35.

Apakah tujuan utama pembinaan menara dalam seni bina Islam ?

a)

Penanda arah kiblat

b)

Sebagai mercu tanda

c)

Tempat membaca khutbah

d)

Laungan azan dapat didengari dari jarak jauh

36.

Pintu masjid yang melengkung menggambarkan perasaan

a)

kreatif

b)

hormat

c)

bangga

d)

yakin

37.

Apakah DUA ciri corak hiasan arabes ?

a)

Bermotif kaligrafi

b)

Berunsurkan cakerawala

c)

Bergeometri atau berlengkok

d)

Bermotifkan tumbuh-tumbuhan

38.

Mengapakah masjid di Nusantara mempunyai tingkap yang banyak dan tersusun ?

a)

Menyejukkan dan pengudaraan

b)

Menjamin keselamatan para jemaah

c)

Memberikan ketenangan dan rasa khusyuk

d)

Menggambarkan keindahan seni bina Islam

39.

# Masjid Huang Sheng Si

# Masjid Zhen-Jiao Si

Apakah persamaan antara kedua-dua masjid tersebut?

a)

Berinspirasikan rumah tradisional

b)

Berinspirasikan penemuan cakerawala

c)

Berinspirasikan masjid di Nusantara

d)

Berinspirasikan masjid Tengkera

40.

Apakah kepentingan ruang solat utama yang ditutupi kubah setengah lingkaran dan menara yang banyak di sisi masjid Masjid Sultan Ahmet di Turki ?

a)

Menjamin keselamatan

b)

Menjadi pintu masuk utama

c)

Menyesuaikan budaya tempatan

d)

Memperindah bentuk geometri