NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH TING 4 (BAB 2)
Total questions: 45
Worksheet time: 26mins
Apakah maksud nasionalisme menurut tokoh di atas?
Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa
Perjuangan menentang penjajahan melalui persatuan dan perpaduan yang kuat
Kesedaran dan ketegasan diri akibat ancaman terhadap kepentingan orang Melayu
Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan hanya kepada bangsa dan negaranya
Maklumat di bawah merupakan karya John Locke,
seorang ahli falsafah Inggeris.
Two Treatises of Government
Apakah prinsip pemerintahan yang ditekankan dalam karya tersebut?
Raja berkuasa mutlak
Raja Berperlembagaan
Sistem Demokrasi Berparlimen
Sistem Republik Berperlembagaan
Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776 merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British.
Mengapakah revolusi tersebut tercetus?
I. Menegakkan kedaulatan parlimen
II. Memperkenalkan pelbagai jenis cukai
III. British tidak melindungi hak penduduk
IV. Mempertahankan pemerintahan autokratik
A. B. C. D.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah merupakan dua pertubuhan yang memulakan gerakan nasionalisme awal di India.
Brahmo Samaj
Arya Samaj
Apakah isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan tersebut?
Kecintaan kepada budaya tempatan
Pengenalan sistem pemerintahan Islam
Pengenalan kepada sistem birokrasi Barat
Penubuhan parti-parti politik bersifat radikal
Gerakan kebangkitan rakyat China di pelopori oleh Dr. Sun Yat Sen.
Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
I. Nasionalisme
II. Kebajikan sosial
III. X
APAKAH X?
DEMOKRASI
KEKUATAN TENTERA
KEMAJUAN EKONOMI
PEMERINTAHAN KOMUNIS
Gambar di atas merupakan salah seorang tokoh yang mempelopori Gerakan Islam di Mesir.
Apakah saranan gerakan tersebut?
Mengubah budaya tempatan
Memperjuangkan kebajikan sosial
Menggiatkan rasa cinta kepada agama
Berpegang kepada ajaran Islam sebenar
Antara berikut, pertubuhan yang manakah ditubuhkan semasa gerakan nasionalisme berlaku di Filipina?
I. Katipunan
II. Liga Filipina
III. Sarekat Islam
IV. Parti Komunis Filipina
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Belia Buddha di Burma?
Isu kasut
Isu bangsa Burma
Isu pemisahan Burma dan India
Isu pengenalan pelbagai jenis cukai
Tokoh di bawah mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita di Indonesia.
Apakah karya beliau yang telah diterbitkan di Eropah?
Sumpah Pemuda
Kerikil-kerikil Tajam
Putera Gunung Tahan
Hilang Gelap Terbitlah Fajar
Nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.
Bagaimanakah Raja Mongkut mempertahankan kemerdekaan negaranya?
Menakluk Tanah Melayu
Bersahabat dengan China
Melaksanakan birokrasi Barat
Berkerjasama dengan Jepun
Pernyataan berikut berkaitan dengan tokoh di bawah.
Sultan Mahmud Shah
Apakah perjuangan baginda yang perlu dicontohi?
A. B. C. D.
Menentang pendudukan British
Mendapatkan kembali Melaka
Menghalang kemaraan Jepun
Menyekat eksploitasi British
Senarai dibawah merujuk tokoh pejuang awal abad ke-20 menentang penjajah.
Zainal Abidin Ahmad (Za’aba)
Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain)
Apakah wadah perjuangan mereka?
Penulisan kreatif & akhbar
Penulisan novel & majalah
Penulisan puisi & sajak
Penulisan cerpen
Berikut menunjukkan perkembangan mesin cetak di Tanah Melayu.
Majalah | Buku | Akhbar
Apakah kesan daripada perkembangan tersebut?
Penyebaran idea anti-penjajah
Penubuhan syarikat pencetakan
Kegiatan penulisan dipergiatkan
Kemunculan golongan intelektual
Maklumat berikut menerangkan gerakan nasionalisme yang lahir di Tanah Melayu.
Gerakan Pan-Islamisme lahir di Tanah Melayu dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap nasionalisme di Tanah
Apakah yang dimaksudkan dengan PanIslamisme?
Gerakan anti-Islam
Gerakan anti Kaum Muda
Gerakan penyatuan umat Islam di seluruh dunia
Gerakan menyedarkan umat Islam untuk bersatu menentang ancaman luar
JELUTUNG PRESS
Apakah kesan daripada penubuhannya?
Memakmurkan ekonomi
Menggalakkan persaudaraan Islam
Mengembangkan fahaman demokrasi
Menyemarakkan kegiatan nasionalisme
Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.
“Rumah Besar Tiang Sebatang”
“Cerita Awang Putat”
“Di sini Kita Bukannya Orang Dagang”
Apakah tema cerpen tersebut?
Menyekat pengaruh Komunis
Mewujudkan perpaduan kaum
Memperjuangkan nasib bangsa
Mengurangkan pengaruh golongan radikal
Akhbar berikut merujuk kepada akhbar yang menyemai semangat kebangsaan pada awal abad ke-20.
Al- Imam ▪ Neracha ▪ Idaran Zaman
Pihak manakah yang menerbitkan akhbar tersebut?
Gerakan Islah
Kesatuan Melayu Muda
Gerakan Pan-Islamisme
Persatuan Melayu Pahang
Maklumat berikut berkaitan dengan persatuan di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Dipimpin oleh Mohammad Eunos Abdullah
▪ Ditubuhkan pada tahun 1926
▪ Bertujuan memperjuangkan kepentingan orang melayu dalam politik dan pendidikan
Apakah persatuan tersebut?
Kesatuan Melayu Muda
Persatuan Melayu Perak
Kesatuan Melayu Singapura
Persatuan Sahabat Pena Malaya
Perjuangan tokoh-tokoh tempatan patut dicontohi oleh generasi masa kini.
Apakah sikap yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh pemimpin yang menetang British?
I Semangat membela diri
II Semangat setia negara
III Semangat kerjasama
IV Setia kepada raja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah bukti kejayaan perjuangan kaum muda dalam bidang ekonomi?
Dasar Desentralisasi diperkenalkan
Berkurangnya pengaruh golongan radikal
Penglibatan orang Melayu dalam Malayan Civil Service
Persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah ditubuhkan
Apakah maksud Nasionalisme?
Pembangunan ekonomi negara
Perasaan cinta kepada bangsa dan negara
Penghormatan terhadap raja
Pengenalan budaya asing
Idea Nasionalisme pertama kali berkembang di ___________
Asia
Afrika
Eropah
Amerika
Kesedaran Nasionalisme di Negara kita semakin meningkat semasa _____________
Zaman Moden
Zaman Pra-Sejarah
Zaman Penjajahan
Zaman Kegelapan
Apakah faktor utama yang menyebabkan kemunculan Gerakan Nasionalisme?
Kesedaran akan kepentingan negara
Pembangunan infrastruktur
Kemiskinan rakyat
Pengaruh asing yang kuat
Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara dipengaruhi oleh negara-negara mana?
Australia dan Selandia Baru
China dan Jepun
Indonesia dan Malaysia
India dan Korea
Apakah kesan daripada perkembangan nasionalisme?
Peningkatan perpaduan antara bangsa
Peningkatan kebergantungan kepada negara luar
Peningkatan konflik antara bangsa
Peningkatan perdagangan antarabangsa
Sultan Kedah iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah telah memulakan penentangan terhadap Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) untuk mendapatkan ____________ kembali.
Pulau Pinang
Pulau Pangkor
Kuala Perlis
Kuala Muda
Di dalam buku "The Social Contract", suara rakyat digelar sebagai “hasrat umum” lebih penting daripada institusi raja dan birokrasi. Siapakah penulis tersebut?
Thomas Jefferson
Napolean
Jean Jacques Rousseau
Voltaire
Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783 apabila British mengakui kemerdekaan Amerika. Berapakah jumlah kawasan jajahan yang telah digabung lalu membentuk Amerika Syarikat?
5
8
11
13
Berikut merupakan akhbar dan majalah yang berperanan penting dalam membangkitkan semnagat nasionalisme KECUALI ___________
Neracha
Al-Imam
Tunas Melayu
Al-Mukmin
Maksud nasionalisme
Perasaan cinta yang mendalam terhadap pemerintah
Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
Perasaan cinta yang mendalam terhadap negeri
Perasaan cinta yang mendalam terhadap pembesar
Pendapat profesor Emeritius Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkaitan tafsiran nasionalisme ialah
perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri
Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia
Perjuangan menentang penjajahan
kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat
" Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya."
Siapakah tokoh yang menyatakan maksud nasionalisme di atas?
Profesor William R.Roff
Dato Onn Jaafar
Dr Burhanuddin al-Helmi
Hans Kohn
Siapakah yang menggubal Bill of Rights?
John Locke
Thomas Jefferson
Jean Jaccques Rousseau
Hans Kohn
Menolak konsep pemerintahan raja berkuasa mutlak dan menegaskan bahawa kerajaan patut diasaskan pada suatu persetujuan antara pemerintah dan rakyat.
John Locke
Thomas Jefferson
Jean Jacques Rousseau
Hans Kohn
Akta yang manakah di tentang penduduk Amerika?
Akta Stem dan Akta Teh
Akta Tanah dan Akta Garam
Akta Stem dan Akta Tanah
Akta Teh dan Akta Garam
" Tiada cukai tanpa perwakilan "
Apakah revolusi yang menggunakan slogan tersebut?
Revolusi keagungan
Revolusi Amerika
Revolusi Perancis
Revolusi Asia Tenggara
Apakah punca perkembangan nasionalisme di India?
kebangkitan rakyat tempatan
Kebangkitan pembesar tempatan
Kelemahan pemerintahan tempatan
kelemahan sistem kawalan negara
Nasionalisme di China berlaku kerana penentangan terhadap kelemahan pemerintahan.....
Dinasti Han
Dinasti Ming
Dinasti Manchu
Dinasti Yuan
Siapakah Perdana Menteri pertama India?
Mahatma Gandhi
Jawaharlal Nehru
Bal Gangadhar Tilak
Bipin Chandra pal
"Revolusi Thai"
Apakah kesan daripada peristiwa di atas?
Sistem berkerajaan sendiri dibentuk
kemasukan imigran asing dibenarkan
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
pendidikan sekular diperluas
* menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penjajah British
* Mengkritik sikap dan mentaliti masyarakat
Apakah akhbar yang berkaitan perkara di atas?
Neracha
Al -Imam
Utusan Melayu
Warta Malaya
Siapakah pengasas Persaudaraan sahabat Pena (PASPAM) cawangan Kuching?
Muhammad Rakawi Yusuf
Mohammad Eunos Abdullah
Zainal Abidin Ahmad
Ahmad Boestamam
Apakah kesan apabila British memperkenalkan dasar desentralisasi?
Menggalakkan orang Melayu menubuhkan persatuan
Menggalakkan perpaduan kaum
Orang Melayu menentang British
Orang Melayu mula menyuarakan kepentingan berpersatuan
Gambar di atas menunjukkan sebuah institusi yang melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris. Tujuan asal penubuhan institusi tersebut adalah untuk melatih anak bangsawan...
mentadbir negara
berdikari
menyuarakan hak pendidikan untuk orang Melayu
menuntut kemerdekaan
