WorksheetsBM PEMAHAMAN UPSR
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Amir sedang menulis tiga..................sajak di atas ....................kertas.
A. utas
keping
B. rangkap
sehelai
C. baris
sepasang
D. untai
gulung
Posmen itu memasukkan se.....................surat ke dalam peti surat di rumah Farhana.
A. helai
B. keping
C. pucuk
D. cebis
Ayah bersetuju dengan ..................Yana untuk pulang ke kampung menziarahi nenek pada hujung minggu ini.
A. rancangan
B. bayangan
C. pendapat
D. sepakat
Encik Zahid membeli se....................... surat khabar untuk di bawa pulang ke rumah.
A. keping
B. helai
C. naskhah
D. pasang
Memori indah ketika melancong bersama keluarga di Australia masih segar dalam.....................nya.
A. kenangan
B. ingatan
C. bayangan
D. senyuman
Danial yang mengamalkan gaya hidup sihat hanya.................makanan yang berkhasiat sahaja.
A. menikmati
B. mencari
C. mengambil
D. menelan
Kamu boleh makan makanan yang.......................oleh doktor untuk sihat dan cergas.
A. disyorkan
B. dibasuh
C. dimasak
D. dipilih
Doktor Rajesh menjelaskan.............................air merupakan salah satu keperluan hidup yang terpenting dalam kehidupan seharian.
A. untuk
B. yang
C. kerana
D. bahawa
Pagar..............rumah Pak Cik Ahmad rosak teruk kerana dihempap pokok yang tumbang itu.
A. gelegar
B. gerigi
C. cerucuk
D. jeriji
Farhana membalut jari.....................dan ...................tangan Hanis yang luka akibat terjatuh ketika bermain di taman permainan.
A. keruping
telapak
B. telapak
kelangkang
C. kelangkeng
telapak
D. jemari
telunjuk.
Peralatan sukan disimpan di..................................stor sukan dengan rapi.
A. bawah
B. atas
C. tepi
D. dalam
.............................pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di taman permainan.
A. Beberapa
B. Semua
C. Para
D. Setengah
.........................kes rompakan yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan penduduk kampung bimbang akan keselamatan mereka.
A. Banyak
B. Sedikit
C. Semua
D. Beberapa
Kertas kerja pembinaan pondok keselamatan di kawasan kediaman telah.........................oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Mega.
A. bersetuju
B. dipersetujui
C. mempersetujui
D. persetujuan
...................................untuk Program Motivasi Jati Diri itu telah disediakan oleh Zarul.
A. Kertas Kerja
B. Penanda Aras
C. Petunjuk Aras
D. Garis Pusat
"...........................Balai Raya Kampung Muhibah itu sungguh cantik ," kata Murad.
A. Hak milik
B. Kraf tangan
C. Urus setia
D. Reka bentuk
Kejayaan Program Kejiranan Mesra yang diadakan pada kali ini menjadi ...........................untuk program yang akan datang
A. petunjuk aras
B. penanda aras
C. garis pusat
D. garis idea
Para penari tarian inang itu memakai sepasang baju kebaya dan baju Melayu yang berwarna........................saga.
A. merah
B. kuning
C. hitam
D. putih
Ukiran awan larat pada tingkap rumah tradisional itu sungguh .................................dan kemas buatannya.
A. padan
B. kasar
C. halus
D. lancar
Syamsul ........................... membaca rencana mengenai seni pertukangan logam.
A. sedang
B. belum
C. mahu
D. masih
".......................Aisya. Pokok koko dan nanas banyak ditanam di Malaysia," kata Sarah.
A. Benar
B. Tidak
C. Bukan
D. Ya
"Ladang ternakan ayam kampung organik itu........................milik datuk saya," kata Hafizi kepada Lokman.
A. bukan
B. tidak
C. betul
D. benar
Hari Kemerdekaan itu disambut secara ...........................oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
A. terang-benderang
B. gilang-gemilang
C. tunggang-langgang
D. hiruk-pikuk
Kedengaran ..................... penyokong pasukan negara yang bergema di dalam dewan itu.
A. sorak-sorai
B. tindak-tanduk
C. ramah-tamah
D. gegak-gempita
"Yang menganjurkan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia itu ...........................?" tanya Zarul kepada Azam.
A. mana
B. apa
C. siapa
D. bagaimana
"Encik Stanley Ng membuka perniagaan .......................?" tanya Pak Cik Azri.
A. mana
B. apa
C. bila
D. siapa
Pihak............................kah yang menganjurkan Karnival Keusahawanan yang akan diadakan di Laman Bestari itu?
A. apa
B. siapa
C. bagaimana
D. mana
Encik Isma sedang menghasilkan ........................ yang diperbuat daripada campuran tumbuh-tumbuhan dan najis haiwan.
A. baja urea
B. batu kapur
C. baja kompos
C. bahan api
Pilih ayat yang betul.
A. Banyak pengunjung-pengunjung hadir ke pameran sains dan reka cipta itu.
B. Adib dapt mengumpulkan pelbagai jenis barangan terpakai untuk digunakan semasa pertandingan reka cipta.
C. Menurut pembaca berita itu, beberapa buah negeri dijangka hujan pada pagi esok.
D. Tiap peserta diingatkan agar mematuhi peraturan pertandingan reka cipta ini.
Pilih ayat yang betul.
A. Program Karnival Sains itu melibatkan segala murid tahun lima dan enam.
B. Amirul mendapat tempat sepertiga dalam pertandingan pidato itu.
C. Alia dan beberapa orang rakannya rekun mendengar penerangan yang disampaikan oleh petugas itu.
D. Saya mengucapkan ratusan terima kasih kepada guru sains yang banyak membantu saya hingga berjaya.
