Font size
WorksheetsSEJARAH B8T1 QZ2
Total questions: 40
Worksheet time: 39mins
Keruntuhan Empangan Maarib membawa kepada kemerosotan ekonomi masyarakat Arab. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun
100 M
200 M
300 M
400 M
Ajaran Hunafa' diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah. Ajaran ini telah dibawa oleh
Nabi Isa AS
Nabi Musa AS
Nabi Ibrahim AS
Nabi Sulaiman AS
Apakah surah yang membawa kepada pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia?
Surah al-Alaq
Surah al-Fatihah
Surah al-Mudassir
Surah al-A'raf
Ajaran Islam turut tersebar ke Samaniyah di Transoxania semasa pemerintahan
Kerajaan Khulafa' al-Rasyidin
Kerajaan Turki Uthmaniyah
Kerajaan Bani Abbasiyah
Kerajaan Bani Umaiyah
Nabi Muhammad SAW telah menghantar perwakilan atau misi dakwah ke DUA negara berikut iaitu
India
Parsi
Mesir
China
Nabi Muhammad SAW pernah menjadi pemimpin tentera yang berjaya. Apakah peperangan yang terawal berlaku dalam sejarah Islam?
Perang Uhud
Perang Khandak
Perang Badar
Perang Siffin
Apakah DUA sumbangan Jabir ibn Hayyan terhadap Tamadun Islam?
Ilmu kimia
Ilmu algebra
Ilmu trigonometri
Ilmu perubatan
Rajah berikut telah dihasilkan oleh ilmuan Islam bernama Al-Biruni. Rajah tersebut berkaitan dengan
tarikan graviti
gerhana bulan
gerhana matahari
teori pelayaran
Apakah DUA tujuan pembinaan mimbar dalam sesebuah masjid?
Tempat khatib membaca khutbah
Tempat bilal melaungkan azan
Tempat melihat anak bulan
Tempat imam memberi syarahan
Kebanyakan masjid di negara ini mempunyai pintu gerbang yang besar dan bumbungnya berbentuk bawang.
Arab
India
Parsi
China
Mengapakah perperangan sering berlaku antara kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?
Menguasai telaga zamzam
Merebut hak pungutan cukai
Berebut kawasan kawalan kaabah
Mengamalkan semangat assabiyah
Agama ini berasal dari Parsi. Penganutnya menyembah api.
Animisme
Majusi
Nasrani
Yahudi
Apakah maksud jahala?
Daif
Jahil
Degil
Kejam
Semasa Zaman Jahiliah, pentadbiran di Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan yang mentadbir beberapa bidang dengan tugas tertentu seperti
Darun-Nadwah
Baitul Hikmah
Diwanul Jundi
Majlis Syura
Apakah DUA ibu kota penting yang terdapat dalam wilayah Hijaz?
Syam
Saba'
Makkah
Madinah
Antara berikut merupakan ciri-ciri seorang syeikh dalam sistem kabilah KECUALI
berani
matang
pilih kasih
pandai berpidato
Laluan Sutera telah menghubungkan pedagang Arab dengan
Jepun
China
Filipina
Indonesia
Bilakah Nabi Muhammad SAW dilahirkan?
17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 M
12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 M
17 Ramadan tahun 2 H bersamaan 17 Mac 624 M
10 Ramadan 8 H bersamaan Januari 630 M
Bagaimanakah Al-Arqam bin Abu Arqam memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah?
Mengumpulkan ayat al-Quran
Mengetuai umat Islam berhijrah ke Madinah
Mewakafkan rumah sebagai pusat kegiatan dakwah
Mengetuai tentera Islam menentang golongan Quraisy
Apakah DUA kaedah yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan Islam?
Paksaan
Diplomasi
Hantar utusan
Kekuatan tentera
Nabi Muhammad SAW telah berjaya mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang adil dan maju di Madinah. Bagaimanakah caranya?
Menggubal Piagam Madinah
Mendirikan Masjid al-Nabawi
Melantik pegawai yang berpengalaman
Mengislamkan semua penduduk Madinah
Kerajaan Bani Abbasiyah telah berjaya meneruskan kegemilangan Tamadun Islam. Apakah pencapaian yang paling menonjol pada zaman tersebut?
Perkembangan ilmu pengetahuan
Pengukuhan perpaduan penduduk
Pembentukan pasukan tentera sukarela
Peningkatan kedudukan sesuatu kabilah
Apakah DUA kepentingan Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW?
Persaudaraan umat Islam
Pengislaman golongan Quraisy
Pembukaan semula kota Makkah
Perpaduan masyarakat Madinah
Perjuangan menegakkan kesucian agama Islam dan mempertahankan bangsa dan negara Islam dikenali sebagai konsep
jihad
akidah
jati diri
maruah
Apakah DUA keadaan yang membenarkan peperangan dalam Islam?
Meluaskan jajahan
Menguasai ekonomi
Menjaga keselamatan
Mempertahankan negara
Apakah faktor yang membawa kepada kejayaan pembukaan kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW?
Penggunaan senjata moden
Penglibatan tentera wanita
Bantuan tentera dari luar
Strategi yang berkesan
Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, jawatan khalifah telah diwujudkan. Apakah DUA peranan khalifah?
Menegakkan agama
Menguasai wilayah lain
Menggalakkan pelaburan asing
Memerintah berdasarkan hukum syariah
Mengapakah pemimpin negara perlu mengamalkan sistem syura?
Mengukuhkan kedudukan
Mengelakkan pergaduhan
Memantapkan sistem pemerintahan
Mencapai keputusan secara muafakat
Apakah tujuan sistem zakat dan sistem wakaf diamalkan dalam sistem ekonomi Islam?
Pengukuhan pentadbiran
Pembangunan umat Islam
Perluasan penyebaran Islam
Peningkatan aktiviti perdagangan
Apakah sumbangan Tamadun Islam kepada dunia dari segi ekonomi?
Sistem syura
Hukum syariah
Konsep ummah
Institusi baitulmal
Seni bina bangunan Islam diperindah dengan ukiran arabes, motif kaligrafi dan geometri bagi
menjamin keselamatan
memberikan ketenangan
melambangkan tanda hormat
memperkukuh struktur bangunan
Apakah DUA amalan ekonomi Islam yang patut kita contohi pada hari ini?
Bersedekah
Berjimat cermat
Mengamalkan riba
Mengutamakan keuntungan
Apakah fungsi aspek penggunaan air dan cahaya dalam seni bina masjid?
Mewujudkan rasa tenang dan selesa
Memperlihatkan keunikan seni bina Islam
Menimbulkan kesan dari segi penampilan ruang
Memperkukuh keselamatan dan sistem struktur binaan
Al-Biruni memberikan sumbangan yang besar dalam DUA bidang berikut
Geografi
Kartografi
Algebra
Perubatan
Apakah kepentingan wahyu pertama yang diturunkan pada tahun 610 M?
Penyebaran Islam secara terbuka
Pembukaan semula kota Makkah
Berakhirnya sistem kabilah
Bermulanya Tamadun Islam
Apakah fungsi mihrab dalam seni bina masjid?
Tempat melaungkan azan
Tempat imam membaca syarahan
Penanda arah kiblat
Pintu masuk utama
Antara berikut merupakan DUA ciri keunikan seni bina masjid di India.
Bumbung berbentuk bawang
Berbentuk rumah tradisional
Bumbung berbentuk pagoda
Binaan pintu gerbang yang besar
Apakah DUA sebab seni bina masjid di Nusantara mempunyai tingkap yang tersusun dengan jumlah yang banyak?
Penyejukan dan pengudaraan
Iklim yang panas dan lembap
Memberikan keselesaan dan ketenangan
Memperlihatkan keunikan seni bina Islam
Antara berikut merupakan DUA ciri keunikan seni bina Masjid Sultan Ahmet di Turki.
Ditutupi kubah setengah lingkaran
Banyak menara di sisi masjid
Mempunyai tingkap yang banyak
Binaan pintu gerbang yang besar
Beliau pernah keluar berperang bersama-sama kaum wanita Madinah untuk membantu memberikan minuman dan merawat tentera yang tercedera dalam Perang Uhud.
Siti Khadijah binti Khuwailid
Siti 'Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq
Shafiah binti Abdul Muthalib
Sumayyah binti Khayyat
