wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Geografi Oktober 2020

Total questions: 50

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan di bawah menerangkan ciri di sebuah tempat.


"Purata hujan tahunannya kurang daripada 1500mm kerana terletak di kawasan lindungan hujan"


Antara yang berikut, manakah lokasi yang dimaksudkan oleh pernyataan di atas?

a)

Mulu

b)

Bintulu

c)

Kuala Pilah

d)

Kuala Lumpur

2.

Rajah menunjukkan sebuah kejadian yang berlaku di sebuah kawasan tercemar. Antara berikut, apakah kesan daripada kejadian tersebut?

a)

Kesesakan jalan raya

b)

Melunturkan warna pakaian

c)

Menghakis dinding bangunan

d)

Menjejaskan gelombang frekuensi radio

3.

Rajah menunjukkan proses pembentukan hujan. Apakah jenis hujan tersebut?

a)

Hujan asid

b)

Hujan batu

c)

Hujan bukit

d)

Hujan perolakan

4.

Berikut menerangkan ciri iklim di Malaysia.


"Taburan hujan tidak sekata"


Antara berikut, faktor manakah yang mempengaruhi pernyataan di atas? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Jenis tanah

b)

Bentuk awan

c)

Bentuk muka bumi

d)

Tiupan angin monsun

5.

Berikut merupakan kawasan pertanian utama di Malaysia.


"Kuching dan Sri Aman"


Manakah antara berikut merupakan tanaman utama di sana?

a)

Teh

b)

Padi

c)

Lada hitam

d)

Kelapa sawit

6.

Rajah menunjukkan kemudahan pengangkutan awam yang ada di Malaysia. Antara berikut, faktor manakah yang mempengaruhi penggunaan pengangkutan tersebut?

a)

Kedudukan yang strategik

b)

Penggunaan teknologi yang baharu

c)

Reka bentuk yang unik dan menarik

d)

Mengurangkan kesesakan lalu lintas

7.

Pernyataan berikut menerangkan mengenai jaringan landasan kereta api.


"Stesen A menjadi stesen persimpangan antara pantai timur dengan pantai barat di Semenanjung Malaysia"


Antara berikut, manakah yang merujuk kepada penerangan di atas?

a)

Stesen Kereta Api Taiping

b)

Stesen Kereta Api Gemas

c)

Stesen Kereta Api Tumpat

d)

Stesen Sentral Kuala Lumpur

8.

Rajah menunjukkan lokasi rangkaian pengangkutan untuk urusan perdagangan. Antara yang berikut, manakah ciri yang betul berkaitan lokasi tersebut?

a)

Terletak di kawasan pedalaman

b)

Tempat pengendalian kapal terbang

c)

Lokasi persinggahan kapal terbang mewah

d)

Terletak di kawasan perairan yang terlindung

9.

Pernyataan berikut merujuk kepada ciri sebuah pelabuhan.


"Terminal kontena paling canggih di Malaysia dan pernah mendapat pengiktirafan sebagai Process Compliant Port/Terminal of The Year (2017) dari Global Ports Forum"


Antara berikut, pelabuhan manakah yang merujuk kepada pernyataan di atas?

a)

Pelabuhan Klang

b)

Pelabuhan Bintulu

c)

Pelabuhan Kuantan

d)

Pelabuhan Tanjung Pelepas

10.

Berikut merupakan definisi jenis perkhidmatan pengangkutan awam yang ada di Malaysia.


"Proses menempah atau memesan kereta, teksi, limosin atau pengangkutan awam yang lain melalui komputer atau peranti bergerak"


Manakah antara berikut adalah betul bagi pernyataan di atas?

a)

E-Kenderaan

b)

E-Panggilan

c)

E-Tempahan

d)

E-Teksi

11.

Antara berikut, manakah definisi yang lengkap dan betul bagi telekomunikasi?

a)

Interaksi antara dua anggota keluarga yang dekat

b)

Hubungan diplomatik antara negara dan terhad kepada asia sahaja

c)

Hubungan antara beberapa buah kumpulan syarikat antarabangsa

d)

Interaksi yang melibatkan jarak jauh antara penyampai dan penerima

12.

Rajah menunjukkan satelit yang mewujudkan sistem televisyen satelit yang pertama di Malaysia iaitu All-Asia Satellite Television and Radio Operator (ASTRO). Apakah satelit yang dimaksudkan?

a)

MEASAT

b)

RazakSAT

c)

TiungSAT-1

d)

RahmanSAT

13.

Penyataan di bawah menerangkan tentang salah satu kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia.


"X bertujuan menarik syarikat-syarikat berteknologi tinggi dengan menawarkan pengecualian cukai serta kemudahan-kemudahan lain untuk memajukan industri ICT tempatan"


Antara berikut, apakah X?

a)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

b)

Koridor Raya Multimedia (MSC)

c)

Telekom Malaysia (TM)

d)

Telefon pintar

14.

Rajah menunjukkan logo sebuah Suruhanjaya yang ditubuhkan menurut Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. Antara berikut, apakah fungsi yang betul bagi SKMM?

a)

Menyediakan telefon talian tetap untuk rakyat Malaysia

b)

Memajukan industri telekomunikasi negara

c)

Menepati kehendak dan citarasa generasi alaf baharu

d)

Mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia

15.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan negatif telekomunikasi terhadap pembangunan negara? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Maklumat yang tidak tepat di laman sesawang mudah tersebar

b)

Maklumat dalam sistem pangkalan data secara atas talian diceroboh dan dicuri.

c)

Maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan cepat melalui internet

d)

Perkembangan pesat dalam pelbagai sektor mewujudkan banyak peluang pekerjaan

16.

Rajah menunjukkan tempat tinggal yang terdapat di salah satu zon Benua Asia. Di manakah kawasan yang dimaksudkan?

a)

Rusia Utara

b)

Gurun Arab

c)

Korea Selatan

d)

Mongolia Utara

17.

Pernyataan berikut merujuk kepada iklim di sebuah negara.


"Mengalami musim kering dan musim lembap yang nyata"


Antara berikut, negara manakah yang mempunyai ciri di atas?

a)

Iraq

b)

Lubnan

c)

Myanmar

d)

Rusia Selatan

18.

Pernyataan di bawah merujuk kepada iklim di zon panas.


"Panas dan lembap sepanjang tahun, min suhu tahunan 27ºC dan jumlah hujan tahunan melebihi 2600mm"


Antara berikut, negara manakah yang menepati ciri iklim di atas? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Malaysia

b)

Thailand

c)

Myanmar

d)

Singapura

19.

Rajah menunjukkan keadaan di iklim Gurun Panas. Antara berikut, yang manakah yang menyebabkan suhu di kawasan tersebut tinggi pada waktu siang?

a)

Terjadinya hujan siklon

b)

Kekurangan litupan awan

c)

Menerima angin Monsun Timur Laut

d)

Pergerakan angin Monsun Tenggara

20.

Antara yang berikut, iklim manakah yang mengalami musim sejuk yang panjang dan melampau?

a)

Iklim Steppe

b)

Iklim Tundra

c)

Iklim SIberia

d)

Iklim Mediterranean

21.

Antara berikut, haiwan manakah yang menjadi hasil pemburuan di kawasan iklim Tundra?

a)
b)
c)
d)
22.

Rajah menunjukkan antara salah satu daripada empat musim yang berlaku di kawasan yang mengalami iklim jenis China. Apakah musim tersebut?

a)

Musim luruh

b)

Musim bunga

c)

Musim panas

d)

Musim sejuk

23.

Negara manakah yang mempunyai jaringan landasan kereta api terbanyak di dunia?

a)

India

b)

Jepun

c)

Rusia

d)

Korea Selatan

24.

Pernyataan di bawah menerangkan mengenai sebuah lapangan terbang utama.


"Lapangan terbang yang unik kerana tapaknya wujud akibat penambakan laut"


Antara berikut, manakah lapangan terbang antarabangsa yang dikaitkan dengan maklumat di atas?

a)

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

b)

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi

c)

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

d)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

25.

Rajah menunjukkan komponen penting dalam urusan perdagangan di India. Antara berikut, manakah merupakan pelabuhan kontena terbesar di sana?

a)

Pelabuhan Bhutan

b)

Pelabuhan Bombay

c)

Pelabuhan New Delhi

d)

Pelabuhan Jawaharlal

26.

Antara berikut, landasan kereta api manakah yang merujuk kepada pernyataan di bawah.


"Pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi (bullet train) paling cekap dan efisien di Jepun dengan kelajuan 320km/j"

a)

Landasan Kereta Api Tokyo

b)

Landasan Kereta Api Nagoya

c)

Landasan Kereta Api Shinkansen

d)

Landasan Kereta Api Trans-Siberian

27.

Antara berikut, yang manakah benar tentang keistimewaan kereta api berkelajuan tinggi Shinkansen? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Menepati masa

b)

Kemalangan sifar

c)

Tambang lebih murah

d)

Kelajuan sehingga 650 kmj

28.

Apakah sektor ekonomi yang berkembang pesat akibat daripada kemajuan pengangkutan di bandar-bandar utama Asia?

a)

Pertanian

b)

Perniagaan

c)

Pelancongan

d)

Perlombongan

29.

Apakah kesan negatif akibat pembinaan pelabuhan?

a)

Mengancam hidupan akuatik

b)

Menyebabkan kesesakan lalu lintas

c)

Memusnahkan kawasan tadahan air

d)

Menggalakkan kejadian tanah runtuh

30.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kemajuan pengangkutan terhadap alam sekitar? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Melebarkan jalan raya

b)

Amalan berkongsi kereta

c)

Menggunakan kenderaan awam

d)

Memperbanyakkan sekatan jalan raya

31.

Rajah menunjukkan salah satu jaringan pengangkutan di sesebuah negara Asia. Apakah kesan pembinaan jaringan pengangkutan tersebut terhadap masyarakat setempat? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Memendekkan masa perjalanan

b)

Meningkatkan darjah ketersampaian

c)

Mengurangkan pencemaran alam sekitar

d)

Memberi ketenteraman kepada penduduk setempat

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global?

a)

Peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat pertambahan gas rumah hijau

b)

Peningkatan suhu atmosfera bumi yang berubah-ubah akibat pertambahan gas rumah hijau

c)

Peningkatan suhu atmosfera bumi secara bermusim akibat pertambahan gas rumah hijau

d)

Penurunan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat pertambahan gas rumah hijau

33.

Antara yang berikut, gas manakah yang tergolong dalam gas rumah hijau? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Oksigen

b)

Hidrogen

c)

Karbon dioksida

d)

Klorofluorokarbon

34.

Mengapakah pemanasan global lebih terasa di kawasan bandar? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Kekurangan tumbuhan hijau

b)

Kawasan pentadbiran kerajaan

c)

Pembinaan perumahan setinggan

d)

Penggunaan kenderaan bermotor yang banyak

35.

Rajah menunjukkan salah satu aktiviti yang menyumbang kepada kesan pemanasan global. Apakah punca yang menyebabkan berlakunya kesan tersebut? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Penggunaan baja kimia

b)

Penggunaan baja organik

c)

Penggunaan racun serangga

d)

Penggunaan kerbau untuk membajak

36.

Apakah faktor yang menyebabkan bumi menerima pancaran matahari yang berlebihan?

a)

Kekurangan hujan

b)

Penipisan lapisan ozon

c)

Pembinaan bangunan konkrit

d)

Penebangan pokok tidak terkawal

37.

Rajah menunjukkan salah satu fenomena yang berlaku di kawasan kutub. Apakah kesan yang akan berlaku akibat fenomena tersebut?

a)

Jerebu mudah terbentuk

b)

Taburan hujan tidak menentu

c)

Menyebabkan penyakit berjangkit

d)

Menjejaskan sumber bekalan makanan dan air bersih

38.

Berikut merupakan risiko penyakit akibat pemanasan global kecuali...

a)

Diabetis

b)

Sesak nafas

c)

Kanser kulit

d)

Katarak mata

39.

Apakah amalan 5R yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pemanasan global?

a)

Menebang pokok

b)

Berkongsi kenderaan

c)

Menggunakan beg plastik

d)

Menggunakan petrol berplumbum

40.

Apakah tenaga alternatif yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesan pemanasan global? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Angin

b)

Matahari

c)

Petroleum

d)

Arang batu

41.

Apakah tips yang boleh digunakan untuk mengurangkan pemanasan global?

a)

Menggunakan pengangkutan persendirian

b)

Menggunakan barangan elektrik berkapasiti tinggi

c)

Penggunaan penyaman udara secara maksimum

d)

Menanggalkan plag daripada soket apabila tidak digunakan

42.

Mengapakah penggunaan tenaga seperti pernyataan di bawah sangat digalakkan?


"Tenaga solar dan tenaga ombak"

a)

Kos rendah

b)

Mesra alam

c)

Mudah diperolehi

d)

Permintaan tinggi

43.

Berikut merupakan kepentingan teknologi hijau kepada manusia.


"Meningkatkan kualiti hidup dengan menghirup udara yang bersih tanpa pencemaran dan persekitaran yang kotor"


Antara berikut, amalan manakah yang akan memberikan kesan seperti di atas?

a)

Penggunaan bahan plastik

b)

Penggunaan kenderaan bermotor

c)

Mengelakkan pembakaran secara terbuka

d)

Penggunaan diesel oleh pengangkutan berat

44.

Antara berikut, yang manakah merupakan contoh produk teknologi hijau? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Kereta hibrid

b)

Kenderaan diesel

c)

Bekas makanan polisterina

d)

Bekas makanan daripada ubi kayu

45.

Rajah menunjukkan penggunaan bekas makanan yang mesra alam. Antara berikut, manakah merupakan kebaikan penggunaan bekas tersebut?

a)

Meningkatkan kualiti alam sekitar

b)

Merangkumi sumber tenaga semula jadi

c)

Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja

d)

Meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan

46.

Apakah kesan daripada sikap manusia yang tidak mengamalkan konsep teknologi hijau seperti dalam rajah?

a)

Meningkatkan suhu bumi

b)

Mengurangkan pencemaran alam sekitar

c)

Mengurangkan penggunaan bahan api fosil

d)

Mempercepatkan kadar pengurangan air bersih dunia

47.

Apakah kepentingan teknologi hijau yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

Mengurangkan pencemaran bunyi

b)

Meningkatkan taraf kesihatan rakyat

c)

Mengurangkan kesesakan jalan raya

d)

Menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

48.

Antara berikut, manakah yang merupakan amalan berkonsepkan teknologi hijau? Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Menetapkan kawasan larangan merokok

b)

Menggunakan peralatan pakai buang

c)

Menggunakan bekas makanan polisterina

d)

Mempraktikkan penggunaan pencahayaan semula jadi

49.

Apakah perjanjian yang telah dimeterai dalam Protokol Kyoto 1997?

a)

Menggalakkan amalan kitar semula

b)

Mengurangkan penggunaan baja organik

c)

Menggalakkan pembinaan kawasan perindustrian

d)

Mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau

50.

Apakah nama gas yang dibebaskan oleh kejadian semula jadi dalam rajah?

a)

Metana

b)

Nitrus oksida

c)

Sulfur dioksida

d)

Klorofluorokarbon