WorksheetsKata Adjektif
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Biskut itu menjadi ____________ kerana tin biskut itu tidak ditutup dengan rapat.
lembut
lemau
kering
rangup
Encik Ismail memuji para pekerjanya kerana _____________ menjalankan tugas.
cekap
laju
pantas
tangkas
Kari ayam itu berasa ______________ kerana saya terlupa membubuh garam.
tawar
manis
masin
masam
Wajah peragawati yang _______________ sireh itu menambahkan lagi keayuannya.
bujur
leper
bulat
bundar
Keadaan jalan raya yang _________________ berpunca daripada peningkatan jumlah kenderaan.
hangat
lengang
sibuk
pantas
Umum mengetahui bahawa warna _____________ ialah warna diraja.
merah
biru
putih
kuning
Semua pelajar kelas 3A amat _____________ dengan Cikgu Rosni kerana dia sangat garang.
berani
takut
benci
serius
Kakak menguli tepung untuk dibuat karipap sehingga menjadi _____________.
liat
ringan
lembut
lembik
Wajah para peserta pertandingan itu sungguh _____________ ketika menanti keputusan.
ceria
pucat
lesu
cemas
Tangan ayah ____________ kerana teruk bekerja di sawah sejak muda lagi.
lembut
kasar
besar
lembik
Warna _____________ pada bendera Malaysia menunjukkan keberanian setiap rakyat.
kuning
biru
merah
putih
Rumah nenek ____________ dari pusat bandar dan kurang kemudahan asas.
sempit
dekat
jauh
luas
Budak yang _______________ akan selalu disayangi dan dihormati oleh orang lain.
jahat
baik
nakal
garang
Tiang elektrik itu menjadi ______________ kerana dilanggar oleh sebuah lori pada petang semalam.
condong
runtuh
leper
keras
Kami hanya berjalan kaki ke sekolah kerana rumah kami ________________ dengan sekolah.
jauh
hampir
nyaris
pendek
