Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH ULANGKAJI T3

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan hierarki pemerintahan di Negeri-negeri Melayu

·

Sistem Kesukuan

·

Sistem Kesultanan

·

Sistem Ketua Bebas

Apakah kerajaan yang melaksanakan system pemerintahan tersebut?

a)

SABAH

b)

PAHANG

c)

SARAWAK

d)

TERENGGANU

2.

Orang Eropah memerlukan barangan mewah dari China.

Apakah barangan mewah tersebut?

I. TEH

II. EMAS

III. REMPAH

IV. TEMBIKAR

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Mengapakah berlaku pertikaian antara British dengan Belanda di Alam Melayu?

a)

Mengalami perang saudara di Eropah

b)

Menyaingi perebutan kawasan jajahan

c)

Menganggap masing-masing lebih kuat

d)

Mendakwa Singapura di bawah pengaruhnya

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan syarat Perjanjian London 1824 terhadap British?

a)

Berundur dari Sumatera

b)

Mengiktiraf pelabuhan Singapura

c)

Menyerahkan Melaka kepada Belanda

d)

Membuka petempatan baharu di Johor

5.

Apakah strategi Perlis untuk mengelakkan gangguan kuasa lain?

a)

Pertahanan diperkukuhkan

b)

Dasar tutup pintu diteruskan

c)

Hubungan baik dengan Siam

d)

Pentadbiran pusat diperkenalkan

6.

Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor telah tubuhkan pada tahun 1885.

Mengapakah pasukan tersebut ditubuhkan?

I. Melindungi institusi diraja

II. Mengawal perairan negeri

III. Mengatasi masalah jenayah

IV. Menjaga keselamatan Sultan

a)

I DAN II

b)

I DAN IV

c)

II DAN IV

d)

III DAN IV

7.

Apakah asas pembentukan sistem kesukuan di Sarawak dan Sabah?

a)

Kepatuhan kepada adat

b)

Kesatuan mengikut kaum

c)

Kesetiaan pada pemimpin

d)

Ketaatan ada undang-undang

8.

Sultan Abdul Mumin telah menyerahkan Sungai Rajang kepada James Brooke dengan bayaran 4500 Dolar Sepanyol setahun.

Mengapakah baginda bertindak demikian?

a)

Mengelakkan penguasaan Barat di kawasan pemerintahannya

b)

Membanteras ancaman lanun yang berleluasa di Sarawak

c)

Membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan

d)

Mengekalkan kedudukannyu sebagai raja Sarawak

9.

Mengapakah British meninggalkan kawasan berikut pada bulan November 1805?

|||| Pulau Balambangan||||

a)

Serangan lanun

b)

Masalah kewangan

c)

Lokasi tidak strategik

d)

Pemberontakan penduduk

10.

Terusan Suez telah dibuka dan menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterrenian dan Suez di Laut Merah.

Apakah kesan yang dibawa oleh pembukaan Terusan Suez terhadap negara kita?

a)

Mutu hasil dagangan meningkat

b)

Kedatangan orang Barat merosot

c)

Perusahaan maritim diperkenalkan

d)

Urusan perdagangan bertambah cepat

11.

Apakah syarat yang ditetapkan oleh Sultan Abdullah ketika Francis Light ingin membuka penempatan di Pulau Pinang?

a)

SHTI menyerang Siam

b)

Pulau Pinang dimajukan

c)

Kedah diberi perlindungan

d)

Kedaulatan Pulau Pinang dipelihara

12.

Apakah persamaan negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebelum dibentuk menjadi Negeri-negeri Selat

a)

Pusat Keagamaan

b)

Pelabuhan perdagangan

c)

Pangkalan tentera British

d)

Pusat kebudayaan Alam Melayu

13.

Antara berikut, pilih DUA faktor tarikan Sungai Linggi sehingga mendapat perhatian pembesar-pembesar kerajaan Negeri Sembilan?

a)

Laluan perdagangan

b)

Sumber pungutan cukai

c)

Benteng pertahanan utama

d)

Lokasi kegiatan dagangan

14.

Apakah DUA kaedah yang digunakan oleh James Brooke untuk menguasai pemerintahan di Sarawak?

a)

Tipu muslihat

b)

Ketenteraan

c)

Rundingan

d)

Pajakan

15.

Apakah DUA faktor Syarikat Borneo Utara British (SBUB) ingin menguasai Sabah?

a)

Kedudukan stratergik

b)

Kebangkitan rakyat

c)

Tawaran pemerintah

d)

Kekayaan hasil negeri

16.

Siapakah Residen British Pertama di Perak?

a)

J.W.W. Birch

b)

Martin Lister

c)

J.G. Davidson

d)

William Jervouis

17.

Dialog berikut mungkin dituturkan ketika berlaku pertikaian antara British dengan Belanda mengenai Singapura.


Belanda : Singapura milik kami!

British : Tidak! Singapura milik kami!


Bagaimanakah perbalahan ini diselesaikan?

a)

Menubuhkan Negeri-negeri Selat

b)

Menandatangani Perjanjian Pangkor

c)

Menandatangani Perjanjian London, 1824

d)

Membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu

18.

Apakah peristiwa yang menjayakan campur tangan British di Selangor?

a)

Serangan rumah api di Tanjung Rachado

b)

Pergaduhan kongsi gelap cina

c)

Kemangkatan Raja Sulaiman

d)

Perang saudara di Klang

19.

Pilih kerajaan yang terawal di negara kita.

a)

JOHOR

b)

PERLIS

c)

KEDAH

d)

KELANTAN

20.

Mengapakah usaha British untuk menggabungkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri Negeri Melayu Bersekutu gagal?

a)

Melibatkan kos yang besar

b)

Tercetusnya Perang Dunia Kedua

c)

Berlaku perubahan dasar di Britain

d)

Mendapat tentangan raja Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu