wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah kssm tingkatan 4 bab 1 dan 2

Total questions: 57

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan ______________

(Buku teks m/s 4)

a)

kedaulatan

b)

rakyat

c)

kerajaan

d)

agama

2.

Raja Champa dikaitkan dengan _______________

(Buku teks m/s 4)

a)

Dewa Vishnu

b)

Dewa Siva

c)

Dewa Brahma

d)

Dewa Rama

3.

Apakah fungsi Inskripsi Telaga Batu? (Buku teks m/s 4)

a)

Digunakan dalam upacara keagamaan

b)

Digunakan dalam upacara persetiaan

c)

Digunakan sebagai barang dagangan

d)

Digunakan untuk memahami undang-undang

4.

Antara berikut yang manakah kerajaan awal Alam Melayu?

(Buku teks m/s 4)

I. Funan

II. Majapahit

III. Teluk Cam Ranh

IV. Segenting Kra

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

(Buku teks m/s 7)

I. Raja

II. Agama

III. Kerajaan

IV. Kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Rakyat Melaka terdiri daripada

(Buku teks m/s 6)

I. orang kaya

II. orang Melayu

III. Orang Laut

IV. orang dagang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka merangkumi

Semenanjung Tanah Melayu dan ________________

(Buku teks m/s 7)

a)

Sabah dan Sarawak

b)

Siam

c)

Pantai Timur Sumatera

d)

Jawa Timur

8.

Wilayah taklukan adalah wilayah yang diperoleh melalui ______________.

(Buku teks m/s 7)

a)

perkahwinan

b)

persahabatan

c)

perdagangan

d)

peperangan

9.

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai

(Buku teks m/s 8)

a)

Pembesar Empat Lipatan

b)

Pembesar Lapan Lipatan

c)

Pembesar Enam Belas Lipatan

d)

Pembesar Tiga Puluh Dua Lipatan

10.

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat dikenali sebagai

(Buku teks m/s 9)

a)

kawasan jajahan

b)

kawasan pentadbiran

c)

kawasan pegangan

d)

kawasan naungan

11.

Siapakah yang memainkan peranan sebagai pemangku sultan?

(Buku teks m/s 9)

a)

Penghulu bendahari

b)

Bendahara

c)

Laksamana

d)

Temenggung

12.

Siapakah yang menguruskan perbendaharaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? (Buku teks m/s 9)

a)

Syahbandar

b)

Laksamana

c)

Penghulu Bendahari

d)

Bendahara

13.

Tugas Syahbandar adalah mengutip cukai di ________________

(Buku teks m/s 9)

a)

Pelabuhan

b)

Kampung

c)

Sempadan

d)

Bukit

14.

Siapakah yang berperanan sebagai panglima angkatan laut Melaka?

(Buku teks m/s 9)

a)

Laksamana

b)

Syahbandar

c)

Temenggung

d)

Bendahara

15.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, seseorang yang melakukan kesalahan membunuh akan dikenakan hukuman (Buku teks m/s 10)

a)

buang negeri

b)

bayar ganti rugi

c)

bunuh

d)

menjahi hamba

16.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, siapakah yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan? (Buku teks m/s 10)

I. Lelaki

II. Orang tua

III. Wanita

IV. Hamba abdi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Di bawah Undang-Undang Laut Melaka, siapakah yang akan menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang?

(Buku teks m/s 11)

a)

Syahbandar

b)

Sultan

c)

Nakhoda

d)

Laksamana

18.

Rakyat tidak akan menderhaka kepada pemerintah kerana takut ditimpa ______________

(Buku teks m/s 13)

a)

pahala

b)

waadat

c)

tulah

d)

kejutan

19.

Waadat bermaksud

(Buku teks m/s 13)

a)

peranan

b)

perjanjian

c)

larangan

d)

arahan

20.

Penjagaan keselamatan kota Melaka adalah tugas

(Buku teks m/s 9)

a)

Temenggung

b)

Laksamana

c)

Syahbandar

d)

Bendahara

21.

"Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri"

Pernyataan di atas adalah tafsiran nasionalisme oleh

(Buku teks m/s 23)

a)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

22.

Nasionalisme antiraja yang pernah berlaku di Barat ialah

(Buku teks m/s 24)

I. Revolusi Amerika

II. Revolusi Keagungan di England

III. Revolusi Perancis

IV. Revolusi Perindustrian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Revolusi Keagungan di England adalah penentangan terhadap pemerintahan raja berkuasa mutlak iaitu

(Buku teks m/s 24)

a)

Raja Louis XVI

b)

Raja James II

c)

Raja William of Orange

d)

John Locke

24.

Revolusi Amerika 1776 merupakan penentangan orang Amerika menentang penjajahan ________________

(Buku teks m/s 25)

a)

Belanda

b)

Perancis

c)

British

d)

Sepanyol

25.

Revolusi Perancis 1789 adalah penentangan terhadap pemerintahan autokratik

(Buku teks m/s 25)

a)

Raja James II

b)

Raja William of Orange

c)

Raja Louis XVI

d)

Jean Jacques Rousseau

26.

Apakah kesan Revolusi Perancis kepada negara Perancis?

(Buku teks m/s 25)

a)

Menjadi negara republik

b)

Sistem Raja Berperlembagaan diamalkan

c)

Menjadi negara yang berpegang dengan fahaman komunis

d)

Negara berpecah kepada dua

27.

Apakah pegangan yang digunakan oleh Mahatma Gandhi untukk menggerakkan nasionalisme di India?

(Buku teks m/s 26)

a)

Dahagi

b)

Satyagraha

c)

Bushido

d)

Tiga Prinsip Rakyat

28.

Rancangan pembahagian India merupakan pembahagian India kepada dua buah negara iaitu India dan ______________

(Buku teks m/s 26)

a)

Sri Lanka

b)

Bangladesh

c)

Nepal

d)

Pakistan

29.

Siapakah Perdana Menteri India yang pertama?

(Buku teks m/s 26)

a)

Mahatma Gandhi

b)

Muhammad Ali Jinnah

c)

Jawaharlal Nehru

d)

Bipin Chandra Pal

30.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China? (Buku teks m/s 26)

a)

Dr. Sun Yat Sen

b)

San Min Chu-i

c)

Maharaja Mikado Meiji

d)

Bal Gangadhar Tilak

31.

"Sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara"


Pernyataan di atas merujuk kepada nasionalisme di Jepun iaitu semangat (Buku teks m/s 27)

a)

Kamikaze

b)

Bushido

c)

Kimigayo

d)

Nippon-Go

32.

Jose Rizal iaitu tokoh nasionalis Filipina menubuhkkan ____________

(Buku teks m/s 28)

a)

Katipunan

b)

Kalayan

c)

Parti Nasionalis

d)

Liga Filipina

33.

Apakah nama akhbar yang digunakan oleh Katipunan untuk menyebarkan idea revolusi di Filipina?

(Buku teks m/s 28)

a)

Aguinaldo

b)

Kalayan

c)

Liga Filipina

d)

Bonifacio

34.

Isu Kasut timbul di Burma akibat perbuatan orang British memakai kasut semasa memasuki ________________ (Buku teks m/s 28)

a)

istana

b)

kuil Buddha

c)

kedai

d)

rumah

35.

Siapakah yang menjadi Perdana Menteri pertama Burma?

(Buku teks m/s 29)

a)

Dr. Ba Maw

b)

Aung San

c)

Kyaw Nien

d)

U Nu

36.

"Mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita"

Pernyataan di atas mmerujuk kepada nasionalisme di Indonesia yang dipelopori oleh

(Buku teks m/s 30)

a)

Soekarno

b)

Partai Nasionalis Indonesia

c)

Sarekat Islam

d)

Raden Adjeng Kartini

37.

Pemerintahan raja yang lemah membawa kepada pelancaran Revolusi Thai pada 1932 yang menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Siapakah nama raja tersebut? (Buku teks m/s 31)

a)

Raja Chulalongkorn

b)

Raja Vajiravudh

c)

Raja Mongkut

d)

Field Marshal Phibulsongkram

38.

Apakah maksud "Thailand"?

(Buku teks m/s 31)

a)

Tanah Besar

b)

Tanah Bebas

c)

Tanah Berani

d)

Tanah Bangga

39.

"Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran agama sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis"


Pernyataan di atas merujuk kepada akhbar

(Buku teks m/s 36)

a)

Warta Malaya

b)

Jawi Peranakan

c)

Fajar Sarawak

d)

Al-Imam

40.

*Revolusi Perancis

*Revolusi England

Mengapakah revolusi tersebut berlaku ?

a)

Memperjuangkan kedaulatan negara

b)

Mempertahankan peradaban

c)

Menentang penguasaan ekonomi

d)

Penentangan pemerintahan beraja

41.

*Revolusi Perancis

*Revolusi England

Mengapakah revolusi tersebut berlaku ?

a)

Memperjuangkan kedaulatan negara

b)

Mempertahankan peradaban

c)

Menentang penguasaan ekonomi

d)

Penentangan pemerintahan beraja

42.

Antara pernyataan berikut yang manakah menjelaskan maksud Semangat bushido?

a)

Taat setia.

b)

Bertolak ansur.

c)

Tolong menolong.

d)

Sanggup berkorban

43.

” Hilang Gelap Terbitlah Terang “merupakan hasil karya Raden Adjeng Kartini daripada Indonesia.

Apakah kandungan buku tersebut?

a)

Kemunduran peribumi.

b)

Kemerdekaan negara

c)

Kepentingan kerjasama

d)

Kesetiaan kepada raja

44.

*Bal Gangadhar Tilak

*Bipin Chandra Pal


Yang manakah sumbangan kedua-dua tokoh tersebut?

a)

Menggerakkan perjuangan militant.

b)

Mempertahankan pemerintahan islam.

45.

*Filipina dijadikan wilayah Sepanyol

*Bangsa Filipina diberi kebebasan bersuara


Berdasarkan maklumat di atas, bagaimanakah perjuangan Jose Rizal dilakukan?

a)

Liga Filipina

b)

Gerakan Sosial

c)

Kerajaan Revolusi

d)

Penubuhan Katipunan

46.

Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat. Nasionalisme juga

menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu


petikan ini adalah kata-kata dr (a)  

47.

Kita hendak rnenzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu


merupakan tafsiran berkaitan dengan nasionalisme oleh dato' (a)  

48.

Giri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

a)

raja

b)

undang-undang

c)

wilayah pengaruh

d)

rakyat

e)

perlembagaan

49.

Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah

a)

kerajaan

b)

rakyat

c)

kedaulatan

d)

lambang kebesaran

e)

raja berpelembagaan

50.

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang lengkap. Sistem pentadbiran yang tersusun ini dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan. Dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka terdapat Pembesar Berempat iaitu_______________

a)

bendahara

b)

laksamana

c)

temenggung

d)

penghulu bendahari

e)

syahbandar

51.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum

adat. iaitu____________

a)

hukun kanun melaka

b)

undang-undng laut melaka

c)

hukum undang-undang islam

d)

adat pepatih

52.

(a)   ialah perjanjian yang dilakukan

oleh Demang lebar Daun yang mewakili

golongan diperintah dengan Sang Sapurba

yang mewakili golongan pemerintah.

53.

Bendahara (a)   ialah bendahara yang

paling lama berkhidmat dalam Kesultanan

Melayu Melaka. Beliau berkhidmat untuk

empat orang Sultan Melaka, iaitu Sultan

Muzaffar Shah. Sultan Mansur Shah,

Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan

Mahmud Shah.

54.

(a)   muncul disebabkan oleh adanya raja. Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu

oleh pembesar. Pemerintahan beraja diperkukuh dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang

menjadi tonggak pentadbiran Melaka. Sistem pentadbiran kerajaan yang tersusun menjadikan

Melaka sebagai empayar yang terkenal. Selepas kedatangan Islam, pemerintah Kesultanan Melayu

Melaka mula menggunakan gelaran sultan.

55.

(a)   ialah lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan. Kedaulatan ini merupakan hak

mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah. Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui

oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing. Kedaulatan Kesultanan Melayu

Melaka juga diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming. Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar beberapa

orang utusan antaranya termasuklah yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan

hubungan antara China dengan Melaka.

56.

merupakan pembesar yang mempunyai tugasan dan peranan yang sangat penting. beliau

menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera. Beliau juga akan menasihati

sultan dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku sultan.


siapkah beliau?

(a)  

57.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem kewangan yang teratur. Sumber pendapatan Kesultanan

Melayu Melaka diperoleh daripada urusan perdagangan, segala jenis cukai dan ufti daripada wilayah

taklukan serta naungan.Seorang (a)   dilantik bagi menguruskan perbendaharaan secara

teratur.