wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah percubaan spm MRSM

Total questions: 40

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Gambar 1 berkaitan karya Ibn Khaldun yang menekankan kehidupan Bandar yang bertamadun.


Apakah ciri kehidupan tersebut ?

a)

Kestabilan politik

b)

Ketinggian moral

c)

Kemajuan ekonomi

d)

Kebebasan beragama

2.

Apakah fungsi zigurat dalam tamadun Mesopotamia?

a)

Makam diraja

b)

Kubu pertahanan

c)

Rumah ibadat

d)

Tempat pertarungan

3.

Mengapakah dua orang konsul dilantik dalam sistem pemerintahan republik di Rom?

a)

Memudahkan perluasan empayar

b)

Mengimbangi kuasa pemerintah

c)

Memilih pemimpin berwibawa

d)

Mengelakkan penaklukan kuasa asing

4.

Sukan Olimpik di Yunani pada tahun 776 S.M.

Mengapakah sukan tersebut diadakan?

a)

Menghormati tuhan

b)

Memilih panglima perang

c)

Mempamerkan kekuatan tentera

d)

Memantapkan semangat patriotisme

5.

Rajah 1 berkaitan tahap perkembangan pelabuhan dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.


Apakah X ?

a)

Pelabuhan darat

b)

Pelabuhan tentera

c)

Pelabuhan kerajaan

d)

Pelabuhan perikanan

6.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah.

· Menyembah berhala

· Menanam bayi perempuan

· X


Apakah X?

a)

Menjalinkan kerjasama antara kabilah

b)

Memiliki ilmu pengetahuan tinggi

c)

Mengamalkan semangat asabiah

d)

Mempunyai susun lapis masyarakat

8.

Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW.


UMUR 35 TAHUN : MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN PERLETAKAN SEMULA HAJAR ASWAD


Apakah ciri keperibadian yang boleh dicontohi daripada peristiwa tersebut?

a)

kegigihan

b)

bersemangat

c)

bersifat pemaaf

d)

kebijaksanaan

9.

Apakah faktor kemenangan tentera Islam dalam Perang Khandak pada tahun 627 Masihi?

a)

Senjata moden

b)

Tentera ramai

c)

Bantuan luar

d)

Strategi berkesan

10.

Mengapakah orang Islam Madinah melakukan Baiah al-Ridwan pada tahun 628 M?

a)

Kebenaran memasuki kota Madinah

b)

Menawan semula kota Makkah

c)

Membela kematian Uthman bin Affan

d)

Ancaman perang oleh orang Arab Quraisy

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan perlantikan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Sistem Syura

Mengapakah proses tersebut dilaksanakan?

a)

Menjamin taat setia

b)

Meneruskan tradisi

c)

Memperkasakan kabilah

d)

Memilih pemimpin berwibawa

12.

Penyebaran Islam membawa kepada pertembungan kebudayaan antara tamadun dunia.

Apakah kesan pertembungan tersebut?

a)

Kebangkitan ghazi

b)

Keruntuhan kelas sosial

c)

Kemunculan golongan Mozarab

d)

Kemerosotan pengaruh gereja

13.

Apakah perkara yang tercatat pada batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang Terengganu pada tahun 1899 Masihi?

a)

Asal-usul negeri

b)

Undang-undang keluarga

c)

Organisasi pemerintahan

d)

Salasilah raja

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan pemimpin kerajaan di Asia Tenggara.


  • Sultan Malik al-Zahir : Samudera Pasai
  • Sultan Iskandar Thani : Acheh


Apakah persamaan tokoh tersebut?

a)

Menerapkan unsur-unsur Islam

b)

Mengelakkan amalam hidup mewah

c)

Menggalakkan aktiviti pelayaran

d)

Menghapuskan pengangguran

15.

Maklumat berikut berkaitan pepatah dalam masyarakat Melayu tradisional

Siakap senohong gelama ikan duri

Bercakap bohong lama-lama mencuri

Apakah pengajaran daripada pepatah tersebut?

a)

Jangan bersikap tamak

b)

Sabar dalam kehidupan

c)

Adil dalam tindakan

d)

Jauhi perkara yang dilarang

16.

Maklumat berikut adalah bandar yang muncul pada zaman Kemuncak Pertengahan di Itali

· Venice

· Genoa

Apakah faktor kemunculan bandar tersebut?

a)

Kestabilan politik

b)

Kekayaan sumber alam

c)

Pusat perdagangan antarabangsa

d)

Perkembangan kegiatan penjelajahan

17.

Pada zaman Revolusi Perindustrian, Akta Antipenggabungan telah diwujudkan.

Apakah kesan pelaksanaan akta tersebut?

a)

Gaji pekerja disekat

b)

Wanita mendapat gaji lumayan

c)

Peluang meningkatkan kemahiran

d)

Eksploitasi kanak-kanak dilarang

18.

Mengapakah pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu pada abad ke 20 mengalami peningkatan?

a)

Penglibatan pembesar tempatan

b)

Penggunaan teknologi moden

c)

Pengawalan harga pasaran

d)

Penguatkuasaan undang-undang

19.

Mengapakah Lord Settlement Order diperkenalkan oleh British di Sarawak pada tahun 1933?

a)

Melindungi tanah peribumi

b)

Meningkatkan cukai pertanian

c)

Membawa masuk pelabur asing

d)

Memajukan kegiatan perladangan

20.

Antara berikut, yang manakah ciri sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu?

a)

Menyatukan masyarakat pelbagai kaum

b)

Melantik guru dari negara asal

c)

Sukatan pelajaran yang sama

d)

Mendapat bantuan kerajaan

21.

Sistem pentadbiran di Asia Tenggara mengalami perubahan dari sistem pemerintahan beraja kepada Birokrasi Barat.

Mengapakah berlaku perubahan tersebut ?


I. Mengukuhkan kedudukan raja

II. Memodenkan sistem pentadbiran

III. Mengeksploitasi ekonomi tempatan

IV. Memantapkan pendidikan rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Maklumat berikut berkaitan dasar ekonomi penjajah di Asia Tenggara

§ Sistem Tanaman Paksa

§ Sistem Polo

Apakah kesan pelaksanaan sistem tersebut terhadap penduduk tempatan?

a)

Mempelbagaikan jenis tanaman

b)

Memajukan kawasan pedalaman

c)

Meningkatkan ekonomi dagangan

d)

Membangkitkan semangat nasionalisme

23.

Tokoh berikut telah terlibat dalam konflik kawasan sempadan di Negeri Sembilan pada tahun 1874.

· Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman

· Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal

Mengapakah berlaku perbalahan tersebut?

a)

Memonopoli kawasan perlombongan

b)

Menguasai kawasan pertanian

c)

Merebut hak memungut cukai

d)

Menyaingi jawatan pembesar

24.

Novel Anak Mat Lela Gila : Ishak Haji Mohammad


Apakah tema novel tersebut?

a)

Mencintai tanah air

b)

Meningkatkan taraf hidup

c)

Kebebasan kaum wanita

d)

Kepentingan pendidikan

25.

Gagasan 1 Malaysia yang mempunyai persamaan dengan konsep bangsa Malaysia.


Bagaimana konsep bangsa Malaysia dapat dicapai ?

a)

Perkongsian amalan agama

b)

Penggunaan bahasa kebangsaan

c)

Pengekalan sistem pendidikan vernakular

d)

Persempadanan negara berasaskan bangsa

26.

SULTAN ABU BAKAR : SULTAN JOHOR


Apakah sumbangan baginda?

a)

Merangka peta negeri

b)

Menggubal perlembagaan

c)

Menubuhkan pusat kebudayaan

d)

Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu

27.

British telah mengubah sistem pentadbiran di Tanah Melayu iaitu Malayan Union 1946 kepada Persekutuan Tanah Melayu 1948.


Mengapakah berlaku perubahan tersebut ?

a)

Ketegasan orang Melayu

b)

Penentangan orang dagang

c)

Tuntutan ekonomi penjajah

d)

Desakan golongan berhaluan kiri

28.

Gambar 5 menunjukkan pemimpin tempatan yang terlibat dalam pembunuhan Gabenor British di Sarawak pada tahun 1949.


Mengapakah beliau bertindak sedemikian?

a)

Menolak sistem cukai

b)

Mempertahan adat resam

c)

Menggugat kuasa pembesar

d)

Menentang penyerahan negeri

29.

Dialog berikut mungkin berlaku selepas pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Pak Leman : Tahniah ! Nampaknya Parti Perikatan telah menang besar kali ini.

Pak Yahya : Ini hasil keberkesanan manifesto yang dibentangkan oleh pemimpin parti

Apakah yang dijanjikan dalam manifesto tersebut?

a)

Peningkatan taraf kesihatan penduduk

b)

Pengekalan sistem pentadbiran Barat

c)

Peluang pekerjaan kepada rakyat

d)

Perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu

30.

SURUHANJAYA REID


Apakah peranan suruhanjaya tersebut?

a)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran

c)

Menganjurkan rundingan antara kaum

d)

Mencadangkan tarikh pilihan raya

31.

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan cadangan pembentukan Malaysia di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.

Mengapakah beliau bersetuju dengan pembentukan tersebut?

a)

Memenuhi desakan pelabur asing

b)

Membanteras pengaruh komunis

c)

Menghalang kemasukan imigran

d)

Meneruskan dasar neokolonialisme

32.

Maklumat berikut merujuk kepada Parti Perikatan Sabah pada tahun 1962.

· UNKO

· USNO

· Parti Pasok Momogun

· Parti Bersatu

· Parti Demokratik

Apakah kepentingan penubuhan parti tersebut?

a)

Mengembalikan kuasa rakyat

b)

Memulakan proses demokrasi

c)

Menyokong gagasan Malaysia

d)

Mempertahankan hak semua kaum

33.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 iaitu Sultan Muhammad V.

Apakah bidang kuasa baginda mengikut Perlembagaan Malaysia?

a)

Membubarkan parlimen

b)

Menggubal undang-undang

c)

Memilih ahli Dewan Rakyat

d)

Menetapkan tarikh pilihan raya

34.

Mengapakah pilihanraya kecil ini diadakan?

a)

Pembentukan parti baru

b)

Berlakunya kematian

c)

Hilang sokongan rakyat

d)

Pemecatan keahlian parti

35.

Apakah nilai yang diterapkan di dalam lirik Lagu Negaraku yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia?

a)

Keagungan

b)

Kegigihan

c)

Kemajuan

d)

Kesetiaan

36.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan sebuah agensi kerajaan Malaysia.

X

· Menambah guna tenaga bumiputera

· Meningkatkan ekuiti bumiputera

Apakah X ?

a)

MARA

b)

FAMA

c)

FELDA

d)

FELCRA

37.

Kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ dalam Dasar Pertanian Negara (DPN).

Apakah strategi yang digunakan untuk menjayakan program tersebut ?

a)

Membuka petempatan baru

b)

Menambah peluang pekerjaan

c)

Menggalakkan industri kecil dan sederhana

d)

Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

38.

Rukun Negara diisytiharkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 31 Ogos 1970.

Apakah tujuan pengisytiharan tersebut ?

a)

Mengeratkan perpaduan rakyat

b)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

c)

Melindungi hak istimewa pribumi

d)

Mengukuhkan kedudukan pemerintah

39.
Apakah kesan peristiwa terebut?
a)
Pembentukan Liga Bangsa
b)
Keruntuhan institusi beraja
c)
Perjanjian Versailles ditandatangani
d)
Berlaku Perang Dunia Pertama
40.
Bagaimanakah Saidina Abu Bakar al-Siddiq dilantik sebagai khalifah? 
a)
Melalui proses musyawarah
b)
Cadangan dari Nabi Muhammad SAW 
c)
Pencalonan oleh sekelompok masyarakat 
d)
Pemilihan daripada beberapa orang calon