Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKBBBK: NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Permulaan cerita, pengarang memperkenalkan watak .......... dan gambaran tentang penduduk Kampung ...........

a)

Pak Saidi .......... Sungai Masin

b)

Adnan .......... Sungai Ramal

c)

Pak Saidi .......... Sungai Ramal

d)

Adnan .......... Sungai Masin

2.

Ketika berusia 10 tahun, Adnan menunjukkan minat untuk menjadi ...........

a)

anggota polis

b)

guru

c)

pensyarah

d)

pahlawan

3.

Pada perkembangan cerita, penduduk kampung membantah keputusan Pak Saidi untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana bimbang ..........

a)

Adnan akan bertukar agama

b)

Adnan akan menjadi orang Inggeris

c)

Adnan akan lupa asal usul dan agama Islam

d)

Adnan akan lupa solat dan terpengaruh dengan agama lain.

4.

Adnan dinaikkan pangkat sebagai ........... dan kemudiannya sebagai ..................... kerana kecemerlangannya.

a)

prebet .......... sarjan

b)

prebet .......... leftenan muda

c)

sarjan .......... leftenan muda

d)

sarjan .......... jeneral

5.

Pada klimaks cerita, Leftenan Adnan dibunuh dengan kejam oleh Jeneral Yamashita kerana ...........

a)

membalas dendam

b)

mungkir janji

c)

dengki dan iri hati

d)

membalas budi

6.

Pada bahagian peleraian , Sophia iaitu isteri kepada Leftenan Adnan meninggal dunia akibat ...........

a)

penyakit kanser

b)

penyakit lemah jantung

c)

menderita kanser usus

d)

menderita penyakit leukemia

7.

Persoalan kepentingan strategi dalam peperangan. Buktinya .......................................

a)

Tentera Jepun mengatur strategi peperangan yang cukup mantap

b)

Pihak Inggeris telah mengatur strategi yang cukup mantap.

c)

Askar Melayu menyusun strategi peperangan yang hebat.

d)

Askar Melayu bergabung dengan askar Jepun mengalahkan pihak Inggeris.

8.

Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Buktinya ..................................................

a)

Tentera Jepun suka membaca hingga membuka mindanya untuk menyerang tanah Melayu.

b)

Adnan suka membaca hingga membuka mindanya untuk menjadi askar.

c)

Mak Milah suka membaca hingga membuka mindanya untuk menasihati Adnan menjadi seorang guru.

d)

Pak Saidi seorang yang gemar membaca, terutama buku karya Syed Syeikh al-Hadi hingga membuka mindanya untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.

9.

Leftenan Adnan seorang yang berani sejak di bangku sekolah lagi. Buktinya ........................................

a)

Menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris kerana beliau memang fasih berbahasa Inggeris.

b)

Menyertai pertandingan syair Bahasa Inggeris walaupun dia tidak begitu fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.

c)

Menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris walaupun dia tidak begitu fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.

d)

Menyertai pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris walaupun dia tidak begitu fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.

10.

Leftenan Adnan taat pada perintah agama. Buktinya......................

a)

tidak lalai menunaikan solat fardu

b)

tidak lalai mengulang kaji pelajaran

c)

tidak suka membuang masa dengan melepak.

d)

tidak suka membazir dan berbelanja tanpa berhemah.

11.

Penyataan di bawah menunjukkan Pak Saidi seorang yang penyayang kecuali..........................................

a)

membuat keris dan senapang daripada kayu untuk memenuhi permintaan anak-anak.

b)

mengayuh basikal pagi-pagi lagi untuk menghantar Adnan ke sekolah di pekan.

c)

membiarkan anak-anaknya mengisi masa bermain sehingga letih .

d)

menitik beratkan hal agama kepada anak-anak terutama waktu mengaji dan solat lima waktu.

12.

Sekolah Inggeris Sungai Ramal ialah tempat ................

a)

Adnan belajar Bahasa Inggeris

b)

Adnan ditikam dengan bertubi-tubi

c)

Adnan belajar mengaji dan belajar solat

d)

Adnan belajar Bahasa Inggeris dan johan pertandingan pidato bahasa inggeris.

13.

Nyatakan gaya bahasa berdasarkan contoh berikut:

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

a)

simile

b)

hiperbola

c)

peribahasa

d)

personifikasi

14.

Nyatakan gaya bahasa berdasarkan contoh berikut.

langit terbentang luas bagaikan kawah biru.

a)

simile

b)

hiperbola

c)

peribahasa

d)

personifikasi

15.

Nyatakan gaya bahasa berdasarkan contoh di bawah:

abangnya diam seribu bahasa

a)

simile

b)

hiperbola

c)

personifikasi

d)

peribahasa

16.

Nyatakan gaya bahasa berdasarkan contoh di bawah:

uniform

a)

simile

b)

Bahasa Inggeris

c)

Personifikasi

d)

Peribahasa

17.

Nyatakan gaya bahasa berdasarkan contoh di bawah:

Cuaca sejuk menusuk

a)

simile

b)

peribahasa

c)

personifikasi

d)

hiperbola

18.

Berikut adalah nilai murni yang terdapat dalam novel yang dikaji kecuali ..........................

a)

keberanian

b)

ketaatan

c)

kerajinan

d)

ketokohan

19.

Pengajaran daripada peristiwa kematian Leftenan Adnan ialah.......................................

a)

Kita hendaklah reda dengan takdir Tuhan agar hidup menjadi tenang.

b)

Kita hendaklah pasrah, berserah dan sentiasa bersedih.

c)

Kita hendaklah membalas dendam akan kematian ahli keluarga kita.

d)

Kita hendaklah menangis bagi menunjukkan kita kesedihan dan kesal apa yang berlaku.

20.

Adnan bersungguh-sungguh menjalani latihan di kem tentera di Port Dickson. Apakah pengajaran yang sesuai dengan situasi ini.

a)

Kita haruslah nekad apabila membuat keputusan.

b)

Kita haruslah bersungguh-sungguh untuk bersaing.

c)

Kita haruslah bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu untuk mendapatkan kejayaan.

d)

Kita haruslah bersungguh-sungguh untuk berjaya tanpa menghiraukan perasaan orang lain.