Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tentukan jenis frasa bagi ayat berikut:

Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu kepunyaan abang David.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

2.

Tentukan jenis frasa bagi ayat berikut:

Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN +FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

3.

Tentukan jenis frasa bagi ayat berikut:

Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing ikan di sepanjang Sungai Pahang.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN +FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

4.

Tentukan jenis frasa bagi ayat berikut:

Kereta yang tiba-tiba membelok ke kanan tadi kereta peronda polis.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN +FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

5.

Tentukan jenis frasa bagi ayat berikut:

Kereta yang tiba-tiba membelok ke kanan tadi kereta peronda polis.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN +FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

6.

Tentukan jenis frasa bagi ayat berikut:

Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaaknya.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN +FN)

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

7.

Tentukan subjek bagi ayat berikut:

Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.

a)

Buah durian

b)

Buah durian sudah gugur

c)

Buah durian di belakang rumah Pak Lazim

d)

Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah

8.

Tentukan subjek bagi ayat berikut:

Urusan mencetak kad undangan perkahwinan kakak ialah tugas abang.

a)

Urusan

b)

Urusan mencetak kad

c)

Urusan mencetak kad undangan perkahwinan

d)

Urusan mencetak kad undangan perkahwinan kakak

9.

Tentukan predikat bagi ayat berikut:

Anak buahnya pendiam dan bercakap perlahan-lahan.

a)

Anak buahnya

b)

pendiam dan bercakap perlahan-lahan

c)

pendiam

d)

dan bercakap perlahan-lahan

10.

Tentukan predikat bagi ayat berikut:

Cikgu Lyana yang sentiasa berdedikasi dan tekun dengan pekerjaannya di pejabat pengetua sekolah sekarang.

a)

di pejabat pengetua sekolah sekarang

b)

tekun dengan pekerjaannya di pejabat pengetua sekolah sekarang

c)

yang sentiasa berdedikasi dan tekun dengan pekerjaannya

d)

yang sentiasa berdedikasi dan tekun dengan pekerjaannya di pejabat pengetua sekolah sekarang

11.

Tentukan jenis ayat perintah bagi ayat berikut:

Minta kamu semua mengambil tempat duduk masing-masing.

a)

Ayat silaan

b)

Ayat suruhan

c)

Ayat larangan

d)

Ayat permintaan

12.

Tentukan jenis ayat perintah bagi ayat berikut:

Makanlah nasi itu sehingga habis.

a)

Ayat silaan

b)

Ayat suruhan

c)

Ayat larangan

d)

Ayat permintaan

13.

Tentukan jenis ayat perintah bagi ayat berikut:

Usah dikenangkan kisah duka itu lagi.

a)

Ayat silaan

b)

Ayat suruhan

c)

Ayat larangan

d)

Ayat permintaan

14.

Tentukan jenis ayat perintah bagi ayat berikut:

Tolong hantarkan buku latihan itu ke bilik pengetua.

a)

Ayat silaan

b)

Ayat suruhan

c)

Ayat larangan

d)

Ayat permintaan

15.

Fitrina dan Zalika tidak pernah mengetahui ____________ mereka sebenarnya mempunyai pertalian darah.

a)

yang

b)

bahawa

c)

sekiranya

d)

sungguhpun

16.

_____________ menunggu nasi yang ditanak itu masak, Ida mencuci pinggan mangkuk yang banyak di dalam singki itu.

a)

Sementara

b)

Apabila

c)

Semasa

d)

Tatkala

17.

Permaidani di ruang tamu itu berbau _____________ kerana sudah lama tidak dicuci.

a)

tengik

b)

hapak

c)

busuk

d)

hancing

18.

Lagu yang disampaikan oleh Muiz itu sungguh _______________ dan memukau para penonton sehingga mendapat tepukan yang gemuruh setelah persembahannya selesai.

a)

serak

b)

garau

c)

merdu

d)

nyaring

19.

Faizal _________________ seutas rantai kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga tahun.

a)

hadiahi

b)

hadiahkan

c)

menghadiahi

d)

menghadiahkan

20.

Aira segera menghubungi bapanya apabila melihat seorang lelaki berjalan ________________ di hadapan rumah mereka.

a)

lenggang-lenggok

b)

mundar-mandir

c)

lintang-pukang

d)

huyung-hayang