wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan gambar di atas sila pilih kata kerja yang sesuai.

a)

membersihkan rumah

b)

mencuci longkang

c)

membasuh baju

d)

menonton televisyen

2.
 Emak menegur sikap Mimi yang suka __________ percakapan orang tua.
a)
mengekang
b)
menyindir
c)
menahan
d)
menyampuk
3.
Perempuan tua itu __________ bakul berisi beberapa biji betik di atas kepalanya.
a)
menjinjing
b)
menjunjung
c)
mengelek
d)
memikul
4.
Bancian menunjukkan bahawa rancangan drama Hindi yang __________ oleh Televisyen Swasta mendapat sambutan hangat daripada penonton.
a)
disiarkan
b)
dipaparkan
c)
dipamerkan
d)
ditunjukkan
5.
Kami ............. bola sepak di padang.
a)
bermain
b)
dimain
c)
memain
6.
Penagih-penagih dadah yang lari dari pusat pemulihan itu masih __________ di sekitar Kampung Sentosa.
a)
berselerak
b)
berkeliaran
c)
bertaburan
d)
bertempiaran
7.
Ranting-ranting kayu itu _________ dengan seutas tali oleh ahli pengakap.
a)
dijerat
b)
dijerut
c)
diikat
d)
ditambat
8.
Rumah yang rosak akibat dilanda ribut itu ____________ secara gotong-royong.
a)
diruntuhkan
b)
dibaiki
c)
dipulihkan
d)
dikemaskan
9.
Barang-barang perhiasan tembaga itu ___________ oleh Puan Suraya sehingga berkilat
a)
dilap
b)
disapu
c)
dicalit
d)
digilap
10.
Adik _____lilin yang terletak di atas kek hari jadinya.

a)
mematikan
b)
menyalakan
c)
memasangkan
d)
menghembuskan
11.
Buah epal yang sudah ______ itu disimpan ke dalam peti sejuk
a)
dikupas
b)
dikopek
c)
ditarah
d)
disiang
12.
Amin ____ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.
a)
terjatuh
b)
tercegat
c)
terhenti
d)
terduduk
13.
Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
a)
menggigil 
b)
mengecut
c)
menggoyang
d)
meracau
14.
Dari beranda rumah nenek, Eda dapat melihat ombak _______ di pantai.
a)
menguning
b)
memutih
c)
membiru
d)
menghitam
15.
Puan Idah _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang mendidih.
a)
mencanai
b)
menggentel
c)
menguli
d)
mengisar
16.
Puan Hidayah.... rendang ayam dan ketupat untuk hidangan makan malam.
a)
menggoreng
b)
memasak
c)
menjerang
17.
Encik  Ramu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali
a)
mengecat
b)
menconteng
c)
menghias
d)
mengemas
18.
Encik Khusairi_________ sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak sulungnya.
a)
menjemput
b)
meminta
c)
menghantar
d)
menerima
19.
Dollah sedang ..... lubang untuk menanam bangkai haiwan yang telah mati.
a)
menimbus
b)
menanam
c)
menggali
d)
mencakar
20.
Adik ...... tayangan Didi dan rakan-rakan di ruang tamu sambal menghisap susu.
a)
melihat
b)
memasang
c)
memandang
d)
menonton
21.

Kata kerja aktif transitif ditandai imbuhan meN- atau meN-...-kan dan mesti disertai objek.


Pilih kata kerja aktif transitif di bawah.

a)

memberus

b)

dimakan

c)

menyiram

d)

ditebas

22.

Hana rajin __________ pokok bunga.

a)

memakan

b)

memukul

c)

menyiram

23.

Aidan sedang __________ kasut sekolahnya yang kotor.

a)

menjahit

b)

menjemur

c)

memberus

24.

Puan Murni ___________ kain di ruang tamu.

a)

menyapu

b)

melipat

c)

menyalin

25.

Apakah aktiviti yang sedang dilakukan oleh Sew Ling?

a)

memasak nasi

b)

melukis matahari

c)

membaca majalah

26.

Nurul dan Amirul sedang ___________ basikal ke sekolah setiap pagi.

a)

mengayuh

b)

mendayung

c)

menunggang

27.

Pak Ramli suka ___________ keretanya setiap hari Sabtu.

a)

mengecat

b)

membasuh

c)

mendirikan

28.

Tukarkan kata kerja pasif di bawah menjadi kata kerja aktif transitif.


Rumput itu ditebas oleh Pak Cik Malik.

(a)  

29.

Lengkapkan ayat aktif di bawah.


Johan _____________ buku cerita dari perpustakaan.

a)

meminjam

b)

membeli

30.

Ikram sedang ____________ seorang nenek tua _____________ bakul yang penuh dengan makanan.

a)

melihat............menjinjing

b)

membantu..............membawa

c)

menolak.............mendukung