wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Total questions: 46

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Aktiviti eksport akan membawa masuk tukaran wang

asing dalam negara dan menambahkan pendapatan negara. Nyatakan kepentingan PAB dalam ekonomi berdasarkan pernyataan tersebut.

a)

tukaran asing,

b)

pasaran luas

c)

guna tenaga

d)

pemindahan teknologi

2.

Lebihan keluaran yang terdapat dalam sesebuah negara, boleh dipasarkan ke negara luar. Nyatakan kepentingan PAB dalam ekonomi berdasarkan pernyataan tersebut.

a)

tukaran asing,

b)

pasaran luas

c)

guna tenaga

d)

pemindahan teknologi

3.

Aktiviti PAB seperti eksport memerlukan pekerja dan ini mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara tersebut. Nyatakan kepentingan PAB dalam ekonomi berdasarkan pernyataan tersebut.

a)

tukaran asing,

b)

pasaran luas

c)

guna tenaga

d)

pemindahan teknologi

4.

Kepakaran teknologi Jepun (robot) di bawa masuk ke Malaysia. Nyatakan kepentingan PAB dalam ekonomi berdasarkan pernyataan tersebut.

a)

tukaran asing,

b)

pasaran luas

c)

guna tenaga

d)

pemindahan teknologi

5.

Pengeluaran dan pemasaran adalah untuk pasaran tempatan di negara tersebut sahaja dan melibatkan matawang tempatan sahaja. Nyatakan tahap PAB tersebut.

a)

domestik,

b)

antarabangsa

c)

multinasional

d)

global

6.

Perniagaan yang melibatkan antara sesebuah negara dengan negara lain dan menggunakan keupayaan semasa untuk berkembang di pasaran luar. Nyatakan tahap PAB tersebut.

a)

domestik,

b)

antarabangsa

c)

multinasional

d)

global

7.

Syarikat besar yang beroperasi dengan cawangan-cawangannya terdapat di beberapa buah negara. Cawangan ini akan dikawal oleh syarikat induk di negara asalnya. Nyatakan tahap PAB tersebut.

a)

domestik,

b)

antarabangsa

c)

multinasional

d)

global

8.

Perniagaan yang melihat dunia sebagai pasaran tunggal yang mana operasinya dikawal oleh ibu pejabat korporat dan pemilikan, kawalan dan pengurusan peringkat atasan melibatkan kakitangan beberapa negara. Nyatakan tahap PAB tersebut.

a)

domestik,

b)

antarabangsa

c)

multinasional

d)

global

9.

Aktiviti yang melibatkan pembelian barangan @ produk daripada negara luar ialah (a)  

10.

Aktiviti yang melibatkan penjualan produk ke negara luar dan dilakukan apabila keluaran dalam negara tersebut berlebihan ialah (a)  

11.

Aktiviti yang diamalkan oleh syarikat Nike dengan mengikat kontrak dengan beberapa kilang sekitar Asia Tenggara untuk mengeluarkan kasut dan pakaian sukan mengikut spesifikasi syarikat ialah (a)  

12.

Aktiviti pembentukan perjanjian antara pemegang lesen dengan penerima lesen bagi membolehkan penerima lesen berhak terhadap proses pengeluaran, cap dagang, paten kepunyaan pemegang lesen. Penerima lesen akan memberi royalti kepada pemegang lesen ialah (a)  

13.

Aktiviti pemasaran produk @ perkhidmatan dimana syarikat induk (francaisor) memberikan hak untuk memasarkan produk tersebut kepada usahawan tempatan (francaisi) dan perlu membayar royalti @ yuran tertentu kepada syarikat induk ialah (a)  

14.

Gabungan beberapa syarikat antarabangsa/ dengan syarikat luar yang bertujuan untuk menjalankan sesuatu perniagaan ialah (a)  

15.

Sesebuah syarikat yang dipunyai oleh syarikat lain melalui pemegangan sahamnya dan syarikat tersebut menjadi anak syarikat kepada syarikat lain itu ialah (a)  

16.

Aktiviti sebuah syarikat merekabentuk, membina dan menyiapkan sesuatu kemudahan di Negara asing di samping melatih pekerja negara itu untuk mengambil alih operasi kemudahan yang dibina ialah (a)  

17.

Konsep di mana pergerakan perniagaan merentasi sempadan Negara tanpa sebarang tariff atau sekatan lain ialah (a)  

18.

Konsep di mana pasaran baharu muncul kerana peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran tersebut ialah (a)  

19.

Konsep di mana negara-negara membangun di Hemisfera Selatan bersepakat mengatasi masalah harga bahan mentah dll ialah (a)  

20.

Konsep di mana ekonomi dunia bergerak ke arah menjadi satu ekonomi yang saling bergantung ialah (a)  

21.

Konsep di mana syarikat mengubahsuai fungsi tertentu mengikut perubahan citarasa pasaran ia beroperasi ialah (a)  

22.

Konsep di mana tindakan kerajaan mengambilalih pemilikan firma asing dan menjadikan firma milik negara ialah (a)  

23.

Konsep di mana proses pemindahan daripada sektor awam kepada sektor swasta ialah (a)  

24.

Cabaran syarikat multinasional dari aspek sukar memilih bentuk penjabatan dan juga sukar untuk pengagihan autonomi kepada subsidiari ialah

a)

struktur organisasi

b)

kawalan pengurusan

c)

politik dan perundangan

d)

ekonomi

e)

sosiobudaya

25.

Cabaran syarikat multinasional dari aspek kaedah kawalan berbeza dan Lokasi yang jauh ialah

a)

struktur organisasi

b)

kawalan pengurusan

c)

politik dan perundangan

d)

ekonomi

e)

sosiobudaya

26.

Cabaran syarikat multinasional dari aspek ketidakstabilan politik dan sistem undang-undang berbeza ialah

a)

struktur organisasi

b)

kawalan pengurusan

c)

politik dan perundangan

d)

ekonomi

e)

sosiobudaya

27.

Cabaran syarikat multinasional dari aspek sistem ekonomi berbeza dan kemelesetan ekonomi ialah

a)

struktur organisasi

b)

kawalan pengurusan

c)

politik dan perundangan

d)

ekonomi

e)

sosiobudaya

28.

Cabaran syarikat multinasional dari aspek perbezaan sosial, budaya dan masalah komunikasi ialah

a)

struktur organisasi

b)

kawalan pengurusan

c)

politik dan perundangan

d)

ekonomi

e)

sosiobudaya

29.

Risiko syarikat multinasional dari aspek polisi cukai sesebuah negara boleh berubah-ubah risiko seperti menaikan cukai import, menaikan cukai eksport dan lain-lain ialah

a)

risiko ekonomi

b)

risiko politik

c)

risiko kredit

d)

pemilikan negara

e)

penghantaran balik modal dan dividen

30.

Risiko kemungkinan berlakunya perubahan pemerintah negara tersebut. Contoh: pemerintahan demokrasi kepada pemerintahan komunisme ialah

a)

risiko ekonomi

b)

risiko politik

c)

risiko kredit

d)

pemilikan negara

e)

penghantaran balik modal dan dividen

31.

Risiko di mana sistem pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza ialah

a)

risiko ekonomi

b)

risiko politik

c)

risiko kredit

d)

pemilikan negara

e)

penghantaran balik modal dan dividen

32.

Risiko untuk mendapatkan pembayaran dari luar negara kerana mungkin negara tersebut sedang mengalami kemelesetan ekonomi, ketidakstabilan politik, bencana alam dan sebagainya ialah

a)

risiko ekonomi

b)

risiko politik

c)

risiko kredit

d)

pemilikan negara

e)

penghantaran balik modal dan dividen

33.

Kerajaan mencampuri urusan syarikat memindahkan dana keluar/masuk dari negara syarikat beroperasi ialah

a)

risiko ekonomi

b)

risiko politik

c)

risiko kredit

d)

pemilikan negara

e)

penghantaran balik modal dan dividen

34.

Dokumen yang dikeluarkan oleh pengimport dengan bank pengimport sebagai penjamin untuk membayar sejumlah wang kepada pengeksport di bawah syarat-syarat ialah

(a)  

35.

Dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat perkapalan untuk dihantar kepada penerima yang dinyatakan dalam dokumen itu ialah

(a)  

36.

Satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat penerbangan untuk dihantar kepada penama yang dinyatakan dalam dokumen itu ialah

(a)  

37.

Satu pengakuan yang ditandatangani oleh pengeksport dan disahkan oleh pegawai jabatan perdagangan dari negara pengeksport bahawa barang itu dibuat di negara pengeksport ialah

(a)  

38.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mempromosikan pelaburan di Malaysia ialah

a)

Taraf perintis

b)

Elaun Cukai Pelaburan (ITA)

c)

Kempen belilah barangan tempatan

d)

Potongan Cukai bagi Mempromosikan

e)

Eksport Elaun Eksport

39.

Galakan perniagaan antarabangsa ialah Blok perdagangan, Kempen kerajaan, Promosi Pelaburan dan (a)  

40.

Pilih program atau usaha kerajaan bagi merangsang kegiatan PAB

a)

Embargo

b)

Galakan Cukai

c)

Zon Perdagangan Bebas

d)

Pembiayaan eksport

e)

Pengecualian Cukai

41.

Sekatan yang mengehadkan kuantiti kemasukan sesuatu barang import dalam satu jangka masa tertentu ialah

a)

Kuota

b)

Subsidi Eksport

c)

Kawalan Tukaran Asing

d)

Embargo

e)

Kempen Membeli Barangan Tempatan

42.

Bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada pengeksport supaya dapat mengurangkan kos pengeluaran ialah

a)

Kuota

b)

Subsidi Eksport

c)

Kawalan Tukaran Asing

d)

Embargo

e)

Kempen Membeli Barangan Tempatan

43.

Kerajaan akan mengawal tukaran asing dengan cara:

1. mengurangkan import daripada negara tesebut

2. menetapkan kadar pertukaran. Contoh: 1 dolar US bersamaan RM3.80

a)

Kuota

b)

Subsidi Eksport

c)

Kawalan Tukaran Asing

d)

Embargo

e)

Kempen Membeli Barangan Tempatan

44.

Sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Malaysia ke atas negara lain iaitu sama ada import/ eksport terhadap semua kategori produk ialah

a)

Kuota

b)

Subsidi Eksport

c)

Kawalan Tukaran Asing

d)

Embargo

e)

Kempen Membeli Barangan Tempatan

45.

Kaedah yang digunakan untuk memberi keutamaan kepada pengeluar tempatan ialah

a)

Kuota

b)

Subsidi Eksport

c)

Kawalan Tukaran Asing

d)

Embargo

e)

Kempen Membeli Barangan Tempatan

46.

Satu diskriminasi harga iaitu pengeluar akan menjual barang dengan harga lebih rendah dipasaran antarabangsa berbanding dengan harga tempatan, maka pengguna minat membeli barang import daripada barang tempatan ialah dasar

a)

defisit

b)

taraf perintis

c)

lambakan

d)

embargo