wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa Melayu 1 Tingkatan 2

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Dia seperti ___________ kerana sangat rajin selepas dilantik menjadi ketua kelas.

a)

ringan tulang

b)

penyapu baharu

2.

Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.

a)

putih mata

b)

mati kutu

3.

Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.

a)

cacing kepanasan

b)

gila bayang

4.

Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab.

a)

gulung tikar

b)

angkat kaki

5.

Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.

a)

campur tangan

b)

batu api

6.

Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua musnah dalam kebakaran itu.

a)

saudara kandung

b)

sehelai sepinggang

7.

Nenek berasa _____ apabila mendapat tahu cucu kesayangannya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

a)

seperti halilintar membelah bumi

b)

bagai dihiris sembilu

8.

Walaupun Haikal seorang doktor, hari ini dia _____ dan terpaksa berehat di rumah.

a)

bagai ayam berak kapur

b)

seperti ular kena palu

c)

seperti tikus membaiki labu

d)

ukur baju di badan sendiri

9.

Rumah yang dimiliki oleh Tuan Mustafa _____ dibandingkan dengan rumah pekerjanya.

a)

bagai cincin dengan permata

b)

bagai aur dengan tebing

c)

bagai bumi dengan langit

d)

seperti bertih digoreng

10.

Ketampanan pengantin lelaki dan kecantikan pengantin perempuan mendapat pujian para tetamu _____ .

a)

bagai dihiris sembilu

b)

seperti ikan dalam belat

c)

bagai cincin dengan permata

d)

seperti sirih pulang ke gagang

11.

Mak Cik Saleha kerap naik angin dengan perangai anak-anaknya yang _____ .

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

bagai menatang minyak yang penuh

c)

alah membeli menang memakai

d)

bagai dihiris dengan sembilu

12.

Hubungan persahabatan Valentino dan Joshua _____ kerana selalu dilihat bersama.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti ikan pulang ke lubuk

13.

Akhirnya, Encik Fauzi _____ apabila dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung setelah bertahun-tahun berada di luar negara.

a)

seperti tikus membaiki labu

b)

seperti sirih pulang ke gagang

14.

Encik Ben dan isterinya menyayangi anak tunggal mereka _____ .

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

bagai bumi dengan langit

c)

seperti isi dengan kuku

d)

seperti melukut di tepi gantang

15.

Para pelanggan di kafe itu tidak selesa dengan tiga sekawan itu kerana mereka _____ .

a)

seperti tikus membaiki labu

b)

seperti murai tercabut ekor

c)

alah membeli menang memakai

d)

seperti bertih jagung

16.

Abang _____ apabila kenderaan yang cuba dibaikinya menjadi semakin bermasalah.

a)

seperti halilintar membelah bumi

b)

bagai dihiris dengan sembilu

c)

seperti sirih pulang ke gagang

d)

seperti tikus membaiki labu

17.

Puan Mei Mei sanggup membeli beg tangan yang mahal asalkan beg itu tahan lama.


Berikan peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.

a)

cubit paha kanan, paha kiri terasa

b)

air dicencang tak akan putus

c)

alah membeli menang memakai

d)

ukur baju di badan sendiri

18.

Walaupun hanya menonton daripada televisyen, kakak tidak dapat menahan sebak apabila melihat kesusahan hidup keluarga yang malang itu.


Pilih peribahasa yang betul dengan pernyataan di atas.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti ikan pulang ke lubuk

c)

bagai aur dengan tebing

d)

cubit paha kanan, paha kiri terasa juga

19.

Hasan berhati-hati ketika berbelanja di musim Perintah Kawalan Pergerakan ini.


Pilih peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

seperti katak kena simbah air

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai dihiris sembilu

20.

air dicencang tiada putus

a)

ikatan persaudaraan tidak boleh dipisahkan

b)

ikatan persahabatan tidak boleh dipisahkan

c)

ikatan manusia tidak boleh dipisahkan

d)

ikatan suami isteri yang tidak boleh dipisahkan

21.

bagai aur dengan tebing

a)

saling memerlukan

b)

saling membantu

c)

saling menyayangi

d)

saling memahami

22.

bagai dakwat dengan kertas

a)

sesuai benar/ tidak boleh berpisah

b)

serasi benar/ tidak boleh berpisah

c)

sesuai benar/ tidak boleh bertemu

d)

sesuai benar

23.

bagai menghitung bulu kambing

a)

tenaga yang sia-sia

b)

naishat yang sia-sia

c)

perangai yang sia-sia

d)

usaha yang sia-sia

24.

Berperangai mulia dan berniat baik

a)

Diam-diam ubi

b)

Bagai isi dengan kuku

c)

Baik budi

d)

Buang yang keruh, ambil yang jernih

25.

Bekerja keras dengan bermati-matian

a)

Bagai dakwat dengan kertas

b)

Banting tulang

c)

Baik budi

d)

Bagai tikus membaiki labu