wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Bahagian A

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

" _______________ bertiga dari sekolah yang sama, " kata Ali, Abu dan Atan kepada pegawai sukan itu.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

2.

Juruhebah radio Cahaya FM sedang _______________ perlawanan separuh akhir bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

a)

melakar

b)

mengulas

c)

membidas

d)

mengucap

3.

"Esok _______________ dan beberapa orang pembesar istana akan berangkat ke Pulau Sumatera," titah Sultn Mansur kepada menteri.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

4.

Monyet kesayangan Pak Ali sedang _____________ pokok kelapa pandan di belakang rumah.

a)

mengait

b)

menjolok

c)

memanjat

d)

mengambil

5.

Pasukan bola sepak sekolah gigih menjalani latihan. ______________ , mereka menjuarai pertandingan bola sepak peringkat daerah.

a)

Akhirnya

b)

Kalau begitu

c)

Tambahan pula

d)

Namun demikian

6.

Pegawai kesihatan ________________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes di Bandara Saujana Putra.

a)

terhebat

b)

kehebatan

c)

memperhebat

d)

memperhebatkan

7.

"Kereta yang terletak di ___________ jalan itu merupakan kereta abang saya," kata Syamsul sambil menuding jarinya ke arah kereta tersebut.

a)

atas

b)

tengah

c)

hujung

d)

pangkal

8.

Adik Lukman menangis kerana takut akan ____________ yang dilihatnya di atas pagar itu.

a)

obor-obor ( jellyfish)

b)

kelip-kelip (fireflly)

c)

jentik-jentik (mosquito larva)

d)

sumpah-sumpah (chameleons)

9.

Harith enggan membantu Adnan sedangkan Adnanlah yang selalu membantunya semasa dia menghadapi kesulitan.


Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

seperti sekam dalam api (perbuatan jahat yang tersembunyi)

b)

bagai kucing dibawakan lidi (perasaan yang sangat takut)

c)

seperti anai-anai makan kayu (melakukan sesuatu dengan tekun dan rajin)

d)

bagai kacang lupakan kulit (orang yang tidak tahu mengenang budi)

10.

Anak kambing Pak Latif yang hilang itu meninggalkan jejak pada tanah lumpur di tepi sungai.


Pilih perkataan sinonim bagi jejak (pilih dua jawapan)

a)

calit

b)

lopak

c)

bekas

d)

tanda

11.

Fahizal dan kawan-kawannya bermain bola sepak di padang yang becak itu semalam.


Pilih perkataan antonim bagi becak

a)

kotor

b)

keras

c)

kering

d)

lembap

12.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana telah menganjurkan kursus Asas Pertolongan Cemas.

a)

Siapakah yang menyertai kursus Asas Pertolongan Cemas ?

b)

Apakah persatuan yang telah menganjurkan kursus Asas Pertolongan Cemas ?

c)

Mengapakah Persatuan Bulan Sabit Merah menganjurkan kursus Asas Pertolongan Cemas ?

d)

Di manakah kursus Asas Pertolongan Cemas Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana diadakan?

13.

Pilih ayat yang betul.

a)

Sultan Selangor telah mengurniakan Encik Aswadi sebutir pingat keberanian.

b)

Ibu menghidangi lauk-pauk yang amat isimewa untuk kami pada hari ini.

c)

Penduduk Taman Jati sentiasa mengamalkan sikap saling bantu-membantu.

d)

Pengusaha makanan dingin beku itu memperoleh pendapatan yang lumayan.

14.

Pilih dua ayat yang menggunakan perkataan berat dengan betul.

a)

Makanan ala berat merupakan makanan kegemaraan keluarganya.

b)

Pemuda itu dihukum penjara kerana melakukan kesalahan yang berat.

c)

Aktiviti lasak sebegini terlampau berat bagi murid-murid sekolah rendah.

d)

Cik Nurul agak berat meninggalkan kakaknya seorang diri di kampung.

15.

Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberikan.


"Taklimat pengisian data ini dijangka akan berlarutan hingga pukul 4.00 petang," kata guru besar kepada guru-guru.

a)

Guru besar menyatakan bahawa pada pukul 4.00 petang masa pengisian data untuk guru-guru.

b)

Guru besar dijangka akan memberikan taklimat pengisian data ini hingga pukul 4.00 petang kepada guru-guru.

c)

Taklimat pengisian data kepada guru besar dan guru-guru ini dijangka akan berlanjutan hingga pukul 4.00 petang.

d)

Guru besar memberitahu guru-guru bahawa taklimat pengisian data berkemungkinan akan berlanjutan hingga pukul 4.00 petang ini.