Font size
WorksheetsAsid dan Bes
Total questions: 25
Worksheet time: 15mins
Asid ialah...
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen.
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida.
Bes ialah...
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen.
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida.
Asid Kuat ialah Bahan kimia yang mengion sepenuhnya di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen berkepekatan tinggi
Betul
Salah
Asid lemah ialah Bahan kimia yang mengion separa di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen berkepekatan tinggi
Betul
Salah
yang manakah asid diprotik?
asid sulfurik
asid etanoik
asid sitrik
asid hidroklorik
Manakah formula kimia asid yang SALAH?
HSO4, asid sulfurik
HCl, asid hidroklorik
HNO3, asid nitrik
CH3COOH, asid etanoik
Apakah perbezaan antara bes dan alkali?
Semua bes adalah alkali, tidak semua alkali adalah bes.
Semua bes larut dalam air, tidak semua alkali larut dalam air
Alkali ialah bes yang boleh larut dalam air.
Bes ialah alkali yang larut dalam air
Manakah antara berikut bukan kegunaan asid dalam kehidupan seharian.
elektrolit dalam bateri kereta
membuat ubat gastrik
membuat minuman berkarbonat
menggumpalkan lateks
antara berikut yang manakah alkali lemah?
larutan natrium hidroksida
larutan litium hidroksida
larutan magnesium hidroksida
larutan ammonia
Mengapakah asid etanoik glasial tidak boleh menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah?
asid etanoik glasial adalah asid lemah
asid etanoik glasial adalah monoprotik asid
asid etanoik glasial hanya mengion separa
asid etanoik glasial berbentuk molekul tiada ion hidrogen bergerak bebas.
Natrium hidroksida hanya menunjukkan sifat kekonduksian elektriknya apabila dilarutkan di dalam ......
air
metil benzena
alkohol
1,1,1-triklorometana
yang manakah mempunyai pH paling rendah?
asid etanoik, 2 mol dm3
kuprum (II) sulfat, 1 mol dm3
asid hidroklorik, 0.1 mol dm3
natrium hidroksida, 0.5 mol dm3
"Asid etanoik glasial tidak boleh mengalirkan arus elektrik."
Antara berikut, yang manakah menerangkan pernyataan di atas?
Asid etanoik glasial ialah asid lemah.
Asid etanoik glasial mengion separa.
Asid etanoik glasial terdiri daripada molekul.
Asid etanoik glasial berada dalam keadaan pepejal pada keadaan bilik.
40 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 dineutralkan oleh 25 cm3 larutan litium hidroksida. Berapakah kemolaran larutan litium hidroksida?
1.0 mol dm-3
1.2 mol dm-3
1.4 mol dm-3
1.6 mol dm-3
Berapakah isi padu air suling yang perlu ditambahkan ke dalam sebuah bikar yang mengandungi 4.8 g pepejal kuprum(II) sulfat untuk menghasilkan satu larutan dengan kepekatan 0.3 mol dm-3?
[JMR; CuSO4 = 160 g mol-1]
100 cm3
200 cm3
300 cm3
400 cm3
Tandakan asid - asid lemah.
Asid nitrik
Asid karbonik
Asid metanoik
Asid sulfurik
Asid fosforik
Seorang petani mendapati tanah di kebunnya sangat berasid.
Bahan manakah yang sesuai untuk mengurangkan keasidan tanahnya?
Natrium klorida
Kalsium oksida
Barium nitrat
Kalium iodide
Manakah antara berikut merupakan alkali lemah
NH4OH
NaOH
KOH
BaOH2
Beberapa titis asid nitrik ditambah ke dalam sebuah tabung uji yang berisi larutan kalium klorida. Apakah nilai pH yang paling sesuai untuk larutan campuran itu?
2.0
5.5
7.0
9.8
Persamaan kimia yang manakah mewakili suatu tindak balas peneutralan?
Mg + H2SO4 → MgSO4 + H2
ZnCl2 + 2HNO3 → Zn(NO3)2 + 2HCl
2HCl + CaCO3 → CaCl2 + CO2 + H2O
NaOH + CH3COOH → CH3COONa + H2O
14.9 g pepejal kalium klorida, KCl perlu dilarutkan ke dalam air suling untuk menghasilkan larutan kalium klorida, KCl 0.4 mol dm-3. Berapakah isi padu air suling yang diperlukan untuk melarutkan pepejal kalium klorida itu?
[Jisim molar KCl = 74.5 g mol-1]
50 cm3
200 cm3
500 cm3
2 000 cm3
50.0 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH 0.4 mol dm-3 yang diisi di dalam sebuah kelalang kon dititratkan dengan asid sulfurik, H2SO4 1.0 mol dm-3. Tentukan isi padu akhir larutan di dalam kelalang kon itu.
10.0 cm3
60.0 cm3
70.0 cm3
100.0 cm3
Mengapakah limau boleh mengkonduksikan arus elektrik?
kerana berasa masam
kerana menukarkan kertas litmus biru ke merah
kerana bersifat licin
kerana mengandungi ion yang bergerak bebas
Antara berikut, bahan yang manakah digunakan untuk menyingkirkan lapisan logam yang berkarat?
KOH
HCl
NaCl
CH3COOH
Apakah asid yang digunakan sebagai elektrolit dalam bateri kereta?
HBr
HNO3
HCl
H2SO4
