WorksheetsSejarah Bab 3 (Ting 4)
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Kerajaan awal dunia terbahagi kepada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
Apakah yang membezakan kedua-dua bentuk kerajaan tersebut?
(Pilih dua ciri)
Kegiatan ekonomi
Lokasi kerajaan
Anutan agama
Sistem pemerintahan
Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.
Srivijaya
Kedah Tua
Kerajaan tersebut berkembang kerana
banyak bekalan hasil pertanian
mendapat perlindungan kuasa asing
terdapat pelabuhan dalam kegiatan perdagangan
terletak dalam kawasan pedalaman yang subur
Gambar menunjukkan lokasi Tasik Tonle Sap.
Mengapakah tasik tersebut penting kepada penduduk sekitar?
(Pilih dua jawapan)
Perdagangan antarabangsa
Benteng keselamatan
Sumber pengairan
Bekalan protein
Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintah dalam tamadun awal dunia.
Firaun Hatshepsut
Raja Indravarman I
Apakah persamaan sumbangan kedua-dua pemerintah tersebut?
Memperkenalkan sistem perundangan
Meluaskan kegiatan perdagangan
Memperkuat sistem pertahanan
Meningkatkan hasil pertanian
Bagaimanakah kerajaan agraria memajukan ekonomi?
Memastikan tenaga buruh mencukupi
Mengemaskini sistem kutipan cukai
Menaik taraf kemudahan pelabuhan
Memantapkan sistem pengairan
Raja Indravarman I memerintah kerajaan Angkor mulai tahun 877 Masihi.
Apakah sumbangan baginda terhadap kerajaan Angkor?
Menyediakan kemudahan pelabuhan
Memajukan perusahaan perkapalan
Menghapuskan cukai tanaman
Membina takungan air
Apakah kesan pembinaan sistem pengairan di Angkor pada zaman Raja Indravarman I?
Penempatan kekal lebih banyak
Keperluan beras negara mencukupi
Sistem pertanian pindah berkembang
Pergantungan kepada hasil hutan berkurangan
Kerajaan Funan berubah daripada bentuk kerajaan agraria kepada kerajaan maritim.
Mengapa perubahan tersebut berlaku?
Kekuatan tentera
Perluasan empayar
Kemajuan pelabuhan
Pertambahan penduduk
Apakah faktor kemajuan kerajaan maritim di Asia Tenggara?
Kekayaan hasil pertanian
Kekayaan hasil hutan
Kemahiran membina kapal
Kebolehan membina terusan
Mengapakah kerajaan maritim berjaya meneroka dunia luar?
Kegiatan pertanian berkembang maju
Kerajaan asing memberikan bantuan
Pusat latihan kelautan ditubuhkan
Mahir dalam pembinaan kapal
Dalam sistem pentadbiran Srivijaya, terdapat jawatan Datu.
Apakah persamaan datu dalam sistem pentadbiran tersebut?
Ketua agama
Pentadbir daerah
Pemerintah tentera
Pencatat salasilah raja
Gambar yang ditunjukkan ialah Gunung Jerai di Kedah.
Apakah kepentingan gunung tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua?
Memudahkan kedatangan pedagang
Simbol penguasaan alam semesta
Lambang kekuatan pemerintah
Benteng pertahanan negeri
Tahap perkembangan sesebuah pelabuhan dalam kerajaan awal di Asia Tenggara adalah seperti berikut.
Pelabuhan pembekal --> Pelabuhan X --> Pelabuhan entrepot
Pelabuhan X ialah
Pelabuhan bandar
Pelabuhan nelayan
Pelabuhan kerajaan
Pelabuhan bebas
Dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, rakyat takut untuk menderhaka kepada raja.
Mengapakah mereka bersikap demikian?
Raja menguasai empayar
Raja menjadi ketua pendeta
Raja adalah bayangan Tuhan
Raja memiliki kekuatan tentera
Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?
Mengetuai upacara keagamaan
Menguruskan perbendaharaan
Menjaga keamanan
Mentadbir wilayah
Dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, raja dikaitkan dengan konsep berikut.
Dewa raja
Order kosmos
Mengapakah konsep tersebut dikaitkan dengan raja?
Mengekalkan pemerintahan yang adil
Memantapkan adat istiadat di istana
Mempelbagai upacara keagamaan
Memantapkan kuasa pemerintahan
Pernyataan berikut merujuk kepada hubungan antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
"Saling bergantungan antara satu sama lain"
Apakah kesan hubungan tersebut kepada kerajaan Agraria?
Menjadi kuasa laut yang unggul
Pesaing yang hebat
Pembekal sumber makanan
Menakluk kawasan berhampiran
Unsur mitos merupakan elemen penting dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
Apakah kepentingan unsur tersebut?
Memperkukuhkan kedudukan pemerintah
Mendaulatkan sistem perundangan
Mengiktiraf golongan pendeta
Mengekalkan warisan tradisi
Mengapakah kerajaan Angkor membina candi Angkor Wat?
Sebagai pusat kegiatan perdagangan
Menjadi pusat pentadbiran
Lambang penguasaan alam semesta
Memperkukuhkan sistem pertahanan negara
Nagarakertagama
Hikayat Pendawa Lima
Senarai di atas merujuk kepada hasil kesusasteraan di Asia Tenggara.
Apakah yang dapat disimpulkan berkaitan dengan hasil kesusasteraan tersebut?
Dipengaruhi unsur India
Ditulis golongan pendeta
Diminati para bangsawan
Dijadikan dasar perundangan
