wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Hubungan Etnik

Total questions: 30

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

"Merupakan peraturan dan undang-undang yang sebagai panduan agar manusia boleh hidup dalam persekitran yang aman dan damai"


Pernyataan di atas merujuk kepada:

a)

Bangsa

b)

Agama

c)

Agama Islam

d)

Budaya

2.

Berikut merupakan antara sebab beragama KECUALI:

a)

Mencari jawapan pada perosalan yang sukar

b)

Warisan kebudayaan dari kaum dan keluarga

c)

Sebagai panduan hidup

d)

Faktor kemiskinan

3.

"Pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain"


Pernyataan di atas merujuk kepada:

a)

Asimilasi

b)

Segregasi

c)

Integrasi

d)

Diskriminasi

4.

Unsur-unsur penting dalam membina kesepaduan sosial di Malaysia ialah ..

a)

Ppekerjaan

b)

Umur

c)

Taraf pendidikan

d)

Interaksi

5.

Berikut merupakan faktor yang mencetuskan perpecahan, KECUALI:

a)

Rasisme

b)

Perkauman

c)

Integrasi

d)

Diskriminasi

6.

Antara cabaran dalam memupuk Integrasi di Malaysia ialah:

a)

Taraf pendidikan

b)

Pendapatan

c)

Kemiskinan

d)

Kos hidup meningkat

7.

Berikut merupakan peranan masyarakat dalam usaha untuk menyatupadukan rakyat pelbagai etnik, KECUALI:

a)

Penubuhan Dasar Pendidikan

b)

Jabatan Perpaduan negara

c)

Mewujudkan Dasar Sukan Negara

d)

Mengadakan rumah terbuka

8.

"Merupakan peraturan dan undang-undang yang sebagai panduan agar manusia boleh hidup dalam persekitran yang aman dan damai"


Pernyataan di atas merujuk kepada:

a)

Bangsa

b)

Agama

c)

Agama Islam

d)

Budaya

9.

apa itu stereotaip?

a)

suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti

b)

pandangan negatif semua benda

c)

tidak suka kaum

d)

menyebelahkan masyarakat setempat

10.

British menggunakan dasar ini bagi mengasingkan kaum dari sudut pekerjaan dan penempatan.

a)

Dasar Liberalisasi

b)

Dasar Pecah dan Perintah

c)

Kerakyatan Jus Soli

d)

Malayan Union

11.

Punca konflik etnik 13 Mei 1969 berlaku adalah kerana faktor-fktor berikut kecuali ...

a)

menimbulkan isu-isu sensitif kaum

b)

keputusan Pilihan Raya Umum 1969

c)

kedatangan imigran dari luar negara

d)

ketidakseimbangan ekonomi

12.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 telah menggabungkan ____________.

a)

Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan

b)

Sabah, Sarawak dan Indonesia

c)

Sabah, Sarawak dan Singapura

d)

Sabah dan Sarawak

13.

Apakah tujuan agama dalam kehidupan manusia?

a)

Sebagai gaya hidup moden terkini

b)

Menjadi panduan dalam kehidupan

c)

Satu alat untuk mencapai kebahagiaan dan kekayaan

d)

Merupakan sumber utama dalam kehidupan

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan budaya?

a)

Mengaitkan budaya dengan aktiviti yang terdapat dalam persekitaran manusia seperti makanan, pakaian, kesenian dan lain-lain.

b)

Budaya merupakan unsur adat dari pengaruh luar.

c)

Adat resam sesuatu kaum berdasarkan perkembangan semasa sahaja.

d)

Budaya asli yang dicampur dengan budaya moden.

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan budaya bukan kebendaan?

a)

Merupakan budaya yang dapat dilihat secara terus dan langsung.

b)

Merupakan budaya yang menekankan kepada adat resam, bahasa dan undang-undang.

c)

Merupakan budaya daripada pendapat para ilmuan dan sejarawan.

d)

Merupakan budaya campuran dari luar.

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan ras?

a)

Persamaan ciri fizikal manusia dan tempattinggal.

b)

Perbezaan agama dan budaya sesuatu kaum.

c)

Persamaan dari sudut keturunan dan adat resam.

d)

Perbezaan ciri-ciri fizikal berdasarkan lokasi geografi.

17.

Berkulit putih, bermata biru, hidung mancung dan tinggi. Ciri tersebut merujuk kepada ras _______________.

a)

American Indian

b)

Mongoloid

c)

Austroloid

d)

Caucasoid

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan Ethnosentrisme?

a)

Bersifat individualistik dan perkauman yang menebal (rasisme)

b)

Sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih unggul berbanding budaya bangsa lain.

c)

Sikap menunjukkan kebolehan bangsa itu sendiri.

d)

Melakukan pembunuhan secara beramai-ramai.

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan Akomodasi?

a)

Setiap kumpulan etnik dapat meminjam budaya kaum lain.

b)

Kaum yang mengamalkan perkahwinan campur dan wujud pluraliti masyarakat baru.

c)

Kaum yang menghormati nilai etnik lain dan tetap mempertahankan nilai-nilai budaya sendiri.

d)

Kaum minoriti menyerap budaya kaum dominan.

20.

Budaya meliputi keseluruhan cara berfikir dan cara bertindak merangkumi seperti berikut (pilih jawapan lebih dari satu):

a)

Kepercayaan

b)

Agama

c)

Ekonomi

d)

Adat resam

21.

Kaum Cina selalunya dikaitkan dengan pandai matematik dan selok-belok perniagaan. Pernyataan ini merujuk kepada _______________.

a)

Asimilasi

b)

Ethnosentrism

c)

Akomodasi

d)

Stereotaip positif

22.

Bangsa Amerika mengiktiraf kedudukan negara dan bangsa mereka hebat dan unggul di mata dunia. Pernyataan ini merujuk kepada _______________.

a)

Rasisme

b)

Stereotaip

c)

Ras

d)

Ethnosentrisme

23.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pluralisme?

a)

Proses mempertahankan kepelbagaian dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian.

b)

Kaum minoriti menyerap budaya kaum dominan

c)

Proses meminjam kebudayaan dari etnik lain

d)

Proses perkahwinan campur dari pelbagai etnik

24.

Apakah contoh pluraliti awal yang berlaku terhadap penduduk di Tanah Melayu?

a)

Penjajah mengasingkan masyarakat mengikut kaum dan sumber ekonomi

b)

Kampung dilabelkan mengikut latar belakang penduduk

c)

Pegawai Istana terdiri daripada pelbagai kaum

d)

Penjajah membentuk satu kampung khas mengikut kaum

25.

Apakah konsep umum 'perlembagaan'

a)

Dokumen yang mengandungi himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip asas

b)

Dokumen yang mengandungi himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip asas yang dianggap penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara

c)

Himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip asas yang penting

d)

Himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip asas yang penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara

26.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan peranan perlembagaan?

a)

Memelihara keamanan

b)

Menetapkan peraturan bagi memberi kebebasan pergerakan atau rakyat dan kerajaan

c)

Menjadi garis panduan untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian yang timbul

d)

Memperuntukkan hak-hak tertentu kepada sesuatu warganegara dalam konteks perhubungan kaum

27.

Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Reid?

a)

Memelihara keamanan dan kestabilan politik

b)

Menetapkan peraturan bagi mengawal pergerakan atau kebebasan rakyat dan kerajaan

c)

Memperuntukkan hak-hak tertentu kepada setiap warganegara dalam konteks perhubungan kaum

d)

Menggubal satu perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

28.

Antara berikut yang manakah BENAR mengenai intipati Perlembagaan Tanah Melayu yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan.

a)

Ketua Negara adalah Perdana Menteri.

b)

Agama Islam dan agama lain adalah agama Persekutuan.

c)

Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa rasmi Perlembagaan Persekutuan

d)

Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

29.

Tujuan utama Perlembagaan Malaysia adalah untuk menjaga keamanan dan kestabilan negara yang membawa maksud ...

I. Kebebasan individu biarpun terjamin tetapi dibatasi dengan undang-undang.

II. Hak Kebebasan Asasi dinikmati oleh semua rakyat.

III. Memelihara kepentingan minoriti dan majoriti.

IV. Setiap warganegara perlu akur dengan kedaulatan undang-undang.

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

I, II dan IV

d)

I, II, III dan IV

30.

Antara konsep-konsep tahap hubungan etnik berikut, yang manakah akan memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi?

a)

Amalgamasi

b)

Asimilasi

c)

Akulturasi

d)

Segregasi