NEW
Font size
WorksheetsBAB 1: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
X merupakan proses perancangan, pengagihan, pengawalan dan kepimpinan modal insan organisasi. Apakah yang berkaitan dengan X ?
Pengurusan sumber kewangan
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber fizikal
Pengurusan pengeluaran
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.
Syarikat Cikbi membayar bonus kepada pekerja yang berproduktiviti tinggi.
Apakah peranan pengurusan sumber manusia tersebut?
Merancang keperluan sumber manusia
Merancang skim keselamatan dan kesihatan
Menguruskan sistem pemberian ganjaran dan pampasan
Menyediakan latihan dan pembangunan
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis dokumen.
Dokumen ini memberi maklumat tentang tugas utama, tanggungjawab kerja dan keadaan kerja.
Apakah dokumen tersebut?
Keperluan kerja
Pengalaman kerja
Penghuraian kerja
Spesifikasi kerja
Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah penentuan keperluan sumber manusia.
Memberi ganjaran secara keseluruhan berkaitan dengan calon dalaman yang layak menggantikan suatu jawatan yang dikosongkan dalam organisasi.
Apakah kaedah tersebut?
Meramal sumber dalaman
Meramal sumber luaran
Carta penggantian
Inventori kemahiran
Mengapakah sesebuah organisasi membuat perekrutan luaran?
Pekerja baharu boleh membawa idea baharu yang boleh dikongsi sama
Pekerja baharu tidak memerlukan latihan dan kemahiran
Kos upah yang rendah
Proses merekrut mudah
Apakah tujuan majikan menyediakan latihan dan pembangunan?
Meningkatkan gaji pekerja
Meningkatkan kebajikan pekerja
Meningkatkan penglibatan pekerja
Meningkatkan produktiviti pekerja
Apakah kepentingan penilaian prestasi ke atas pekerja?
Menyediakan penyelidikan dan pembangunan
Membentuk program latihan yang sesuai
Membaiki reka bentuk produk
Tujuan penglibatan pekerja
Rajah di atas menunjukkan tindakan disiplin.
Apakah X?
Amaran bertukar
Amaran lisan
Inkuiri
Hukuman
Maklumat berikut menunjukkan satu sebab pemberhentian pekerja.
Encik Sim bercadang untuk bersara lebih awal.
Apakah sebab pemberhentian pekerja tersebut?
Penamatan perkhidmatan secara sukarela
Penamatan perkhidmatan secara wajib
Penamatan perkhidmatan secara pemberhentian
Penamatan perkhidmatan secara paksaan
Arif, pekerja Syarikat Pemasaran Gemilang akan menerima tindakan disiplin kerana dia telah datang lewat bekerja disebabkan oleh kesesakan jalan raya.
Apakah tindakan disiplin yang sesuai diberi kepada Arif?
Amaran lisan
Amaran bertulis
Surat tunjuk sebab
Inkuiri
Apakah masalah yang mungkin berlaku jika pengurus mengadakan tindakan disiplin terhadap pekerja?
Risiko penurunan produktiviti
Risiko pekerja berhenti kerja
Risiko majikan didakwa
Risiko masa depan organisasi
Antara berikut, yang manakah merupakan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan?
Kemahiran sosial
Penghargaan dan hukuman
Nilai sosial
Kebolehkerjaan
Maklumat berikut berkaitan dengan jenis kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Aini.
Aini merupakan seorang mahasiswa yang baru tamat pengajian perakaunan. Dia ingin memohon jawatan akauntan di Syarikat Kemboja Sdn Bhd.
Apakah jenis kemahiran kebolehkerjaan tersebut?
Berpengalaman
Kelayakan yang sesuai
Kecekapan
Keberkesanan
Maklumat berikut berkaitan dengan jenis kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Encik Wan.
Encik Wan telah menceburi bidang pertanian sejak lima tahun lepas. Baru-baru ini dia telah memohon jawatan kosong di Syarikat Tangan Hijau di Pahang, iaitu syarikat yang berkaitan pertanian.
Apakah jenis kemahiran kebolehkerjaan tersebut?
Berpengalaman
Kelayakan
Kecekapan
Keberkesanan
Apakah jenis struktur organisasi yang mempunyai banyak cawangan di luar negara?
Struktur organisasi berdasarkan geografi
Struktur organisasi berdasarkan produk
Struktur organisasi berdasarkan matriks
Struktur organisasi berdasarkan fungsi
Pihak pengurusan berusaha mewujudkan perhubungan yang rapat dalam kalangan pekerja dan menjalin persefahaman yang jitu agar mereka dapat menjana idea yang banyak.
Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia?
membangunkan pasukan
memantapkan budaya profesional
membentuk persekitaran kerja yang harmoni
menyediakan latihan peningkatan kemahiran
Pernyataan manakah yang tepat tentang maksud pengurusan sumber manusia?
Satu usaha mengenap pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi.
Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap.
Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk strategik untuk mencapai matlamat organisasi.
Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi.
Pada pandangan anda, mengapakah pemberian insentif yang munasabah kepada pekerja penting bagi organisasi?
I. Menjamin kesetiaan pekerja
II. Dapat meningkatkan imej syarikat
III. Dapat meningkatkan motivasi pekerja
IV. Dapat meningkatkan kreativiti pekerja
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Anda seorang graduan pengurusan sumber manusia dan menghadiri satu temuduga untuk memenuhi kekosongan eksekutif sumber manusia. Salah satu soalan yang diajukan oleh panel penemuduga ialah " pada pendapat anda, apakah fungsi utama pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi perniagaan?"
Manakah yang mungkin respon anda?
Memastikan motivasi pekerja sentiasa pada tahap tinggi.
Menarik, membangun, dan mengekalkan pekerja berprestasi tinggi.
Mengagihkan sumber manusia dalam organisasi secara berkesan.
Merancang pelbagai latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerja.
Datang kerja lewat tanpa alasan yang munasabah.
Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan terhadap Encik Mano?
Amaran lisan
Amaran bertulis
Diberhentikan kerja
Ditahan kenaikan gaji
Bagaimanakah kemahiran berkomunikasi seorang pengurus sumber manusia dapat membantu organisasi?
Dapat menarik lebih ramai pekerja mahir.
Dapat memotivasikan pihak pengurusan atasan.
Dapat mengagihkan sumber-sumber organisasi.
Berupaya menyelesaikan pertikaian majikan dan pekerja.
Perniagaan manakah yang sesuai mengamalkan struktur organisasi berdasarkan matriks?
Agensi pengiklanan
Bank
Kilang roti
Pengeluar buku dan majalah
Kilang Pakaian Mazuin mempunyai seramai 150 orang pekerja di bahagian operasi yang dibayar gaji antara RM1200 hingga RM4000 sebulan.
Apakah faedah kepada pekerja yang diwajibkan oleh undang-undang?
Bonus tunai
Caruman PERKESO
Kemudahan perubatan
Kemudahan keselamatan
Puan Mazuin bertugas sebagai pengurus cawangan sebuah syarikat insurans. Beliau telah dibayar gaji asas oleh majikannya sebanyak RM12000 sebulan. Elaun perjalanan yang dituntut sepanjang bulan ialah sebanyak RM4500. Kadar caruman bulanan KWSP ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%.
Berapakah jumlah caruman KWP bagi Puan Mazuin dalam sebulan?
RM1320
RM1815
RM2760
RM3795
Pengelompokan tugas mengikut kemahiran individu dalam bidang pengeluaran, pemasaran dan kewangan
Apakah jenis struktur organisasi berkenaan?
Struktur organisasi berdasarkan geografi
Struktur organisasi berdasarkan matriks
Struktur organisasi berdasarkan produk
Struktur organisasi berdasarkan fungsi
