Font size
WorksheetsTAMADUN ISLAM (1 SETIA)
Total questions: 20
Worksheet time: 2hrs 40mins
Antara berikut, yang manakah ibu kota yang terletak di wilayah Hijaz?
Najd
Yaman
Makkah
Madinah
Mengapakah kehidupan sosial masyarakat Arab Jahiliah lemah?
Menolak undang-undang Allah S.W.T
Tidak mampu membina Empangan Maarib
Tidak mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya
Tidak mengamalkan nilai-nilai Islam sebagai panduan hidup
Apakah aktiviti yang dijalankan oleh kaum Hadhari?
Menjalankan pertanian
Menjalankan perniagaan
Memiliki binatang ternakan
Mengamalkan sistem barter
Apakah cara hidup kaum Badwi sebelum kedatangan Islam?
Hidup secara nomad
Menjalankan aktiviti pertanian
Menjalankan perniagaan
Memelihara binatang ternakan
Apakah tanaman yang diusahakan di beberapa tempat di Oman?
Padi
Sekoi
Barli
Gandum
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan dakwah Nabi Muhammad SAW secara terang-terangan?
Berdakwah kepada kaum keluarga dengan mengadakan pertemuan di Bukit Safa
Abu Lahab yang merupakan bapa saudara nabi telah menentang dakwah tersebut
Berdakwah melalui sahabat-sahabat
Rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam merupakan tempat berdakwah
Apakah gelaran kerajaan Islam yang dipimpin oleh para sahabat Nabi Muhammad setelah kewafatan baginda?
Khulafa al-Rasyidin
Kerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani Abbasiyah
Kerajaan Turki Uthmaniyah
Antara berikut, yang manakah merupakah isi kandungan Piagam Madinah?
Undang-undang Islam diguna pakai oleh orang Islam
Keselamatan orang bukan Islam terjamin selagi mereka tidak menghina agama Islam
Orang bukan Islam diberi kebebasan untuk mengamalkan agama dan adat masing-masing
Masyarakat Madinah dituntut bekerjasama demi mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh
Apakah aspek yang ditekankan oleh Nabi Muhammad dalam Piagam Madinah?
Akhlak
Syariah
Keadilan
Syura atau perundingan
Antara berikut, yang manakah prinsip ekonomi Islam?
Melarang penindasan
Bekerja bersungguh-sungguh
Mengamalkan sistem barter
Menebus guna tanah yang tergadai
Antara berikut, yang manakah cara Islam disebarkan di Madinah?
Melalui peperangan
Melalui syair, sajak dan pidato
Melalui para pendakwah yang berdagang
Melalui risalah kepada pembesar-pembesar
Apakah yang dimaksudkan dengan syura?
Mesyuarat yang diadakan untuk menaikkan imej Islam
Kerjasama antara penduduk dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah
Tanggungjawab semua penduduk dalam menegakkan agama Islam
Mesyuarat yang diadakan untuk mencapai keputusan mengikut suara ahli yang terbanyak
Apakah yang dapat membuktikan ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul?
Merangka Piagam Madinah
Mengislamkan ramai kaum Yahudi
Menjual tanah kepada kaum Yahudi
Menggalakkan hubungan perdagangan
Dalam Islam, peperangan tidak diizinkan kecuali setelah
orang Islam diancam
demi mempertahankan agama
demi mempertahankan kekuasaan
demi memperjuangkan kebenaran
Apakah faktor kejayaan pembukaan semula kota Makkah?
Semangat kerjasama dalam pasukan
Pasukan tentera yang hebat dan terlatih
Bantuan ketenteraan daripada pihak luar
Kebijaksanaan mengatur strategi peperangan
Apakah sumbangan beliau?
Pengasas ilmu algebra
Mencipta alat ukuran masa
Menghasilkan 270 buah karya
Belayar hingga sampai ke India
Apakah ciri-ciri seni bina tersebut?
Mempunyai ruang cahaya
Mempunyai sudut pemandangan
Corak hiasan berunsurkan Yunani
Binaan yang kukuh, selamat dan tahan lama
Mihrab merupakan elemen penting dalam sesebuah masjid yang berfungsi sebagai
penanda arah kiblat
tempat membaca khutbah
memperjelas laungan azan
bukti reka bentuk bercorak Islam
Apakah fungsi ukiran berdasarkan pernyataan berikut?
Ukiran menjadi lebih berseni apabila dihiasi kaca bertatahkan batu permata.
Sebagai pelengkap binaan
Mewujudkan rasa tenang
Mempamerkan kekayaan negara
Memperlihat keunikan seni bina Islam
Antara berikut, ilmuan Islam yang manakah pernah berlayar sampai ke India dan Alam Melayu?
Al-Kindi
Al-Biruni
Ibn Battuta
Al-Khawarizmi
