wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 3 (MALAYSIA NEGARA BERDAULAT) - P.AM

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah tanggungjawab utama agensi mengurus

a)

Mengawal perjalanan jentera kerajaan

b)

Merancang segala dasar negara

c)

Menyelaras segala pembangunan negara

d)

Memberikan perkhidmatan kepada masyarakat

2.
  • Menjadi pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan
  • Menjadi setiausaha Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua


Penyataan di atas merujuk kepada peranan

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Setiausaha Negara

c)

Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

Menteri Besar/Ketua Menteri

3.

Yang manakah merujuk kepada kepentingan tadbir urus yang baik

a)

Daya saing dapat dikurangkan

b)

Pengekalan tahap profesionalisme

c)

Memberi keyakinan kepada pihak pelanggan

d)

Menjamin peluang pekerjaan yang banyak dapat diwujudkan

4.

Yang manakah ciri memastikan tadbir urus dapat dilaksanakan dengan berkesan

a)

Tahap keilmuan yang tinggi

b)

Mempunyai kemahiran komunikasi

c)

Berakauntabiliti dalam bidang tugas

d)

Ada hubungan baik dengan pegawai atasan

5.

Yang manakah menjadi cabaran utama dalam membentuk tadbir urus yang baik

a)

Penentuan skim gaji

b)

Pengaruh amalan tradisi

c)

Perkembangan teknologi

d)

Pendidikan yang rendah

6.

Yang manakah amalan yang perlu dipatuhi untuk memastikan tadbir urus yang baik

a)

Pengekalan prestasi

b)

Amalan sistem birokrasi

c)

Pematuhan prosedur

d)

Persekitaran yang menarik

7.

Yang manakah peranan Suruhanjaya Perkhidmatan

a)

Mewujudkan jawatan kosong

b)

Menggubal dasar gaji dan elaun

c)

Membuat pelantikan kakitangan

d)

Membuat pertukaran pegawai awam

8.

Yang manakah menjadi prinsip utama tadbir urus dapat dilaksanakan dengan berkesan

a)

Mempunyai visi dan misi

b)

Mempunyai ramai tenaga kerja

c)

Mempunyai sumber modal yang besar

d)

Mempunyai kepakaran luar yang diiktiraf

9.

Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip

a)

prosedur

b)

budi bicara

c)

akauntabiliti

d)

kawalan dalaman

10.

Antara yang berikut, faktor-faktor yang manakah menyebabkan tahun 2020 dipilih sebagai tahun Malaysia menjadi sebuah negara maju?

a)

Mencukupi untuk pembentukan generasi baru dalam tempoh 20 tahun melalui rancangan dan persekitaran yang baik ke arah pembangunan negara

b)

Masa yang munasabah dan praktikal untuk membolehkan pencapaian matlamat kerajaan

c)

Munasabah untuk dicapai agar tidak ketinggalan dalam perkembangan arus pembangunan dunia

d)

Lambang kepada kemajuan negara

11.

Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri?

a)

Perkapalan

b)

Pelesenan panggung wayang

c)

Buruh dan keselamatan sosial

d)

Kawalan mengenai musuh tanaman

12.
  • Penyebaran Fitnah melalui Sistem Mesej Singkat SMS
  • Individu terlibat di dakwa mahkamah


Badan X membuat siasatan, Badan X ialah?

a)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

b)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

c)

Perbadanan Pembangunan Multimedia

d)

Unit Khas Teknologi Tinggi

13.
  • Merancang dan mengawal pembangunan bandar
  • Memberikan perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sampah


Penyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa

a)

Jabatan Alam Sekitar

b)

Pihak Berkuasa Tempatan

c)

Perbadanan Pembangunan Bandar

d)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

14.

Yang manakah padanan yang betul antara Badan Penyelaras Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan Pengerusi badan tersebut?

a)

Majlis Perhutanan Negara - #Ketua Setiausaha Negara

b)

Majlis Tanah Negara - #Yang di-Pertuan Agong

c)

Majlis Kewangan Negara - #Perdana Menteri

d)

Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan - #Ketua Setiausaha Kementerian

15.

Yang manakah yang termaktub di bawah Senarai Bersama?

a)

Perparitan dan pengairan

b)

Perkapalan dan perikanan

c)

Perlindungan penyu dan penangkapan ikan

d)

Perlindungan binatang dan burung liar

16.
  • Boleh melantik kakitangan secara bebas
  • Dikawal secara tidak langsung oleh pihak kerajaan


Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)

b)

Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)

c)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

d)

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

17.

Penyataan rasmi Parlimen (Hansard) merujuk kepada

a)

catatan takwim dan agenda mesyuarat persidangan di Parlimen

b)

laporan lengkap yang merekodkan segala perbahasan di dewan

c)

nota vang dibuat oleh Speaker Dewan semasa persidangan berlangsung

d)

dokumen yang menyatakan Rang Undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen

18.

Yang manakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya ?

a)

Membatalkan keputusan sesuatu pilihan raya

b)

Mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula

c)

Mencadangkan persempadanan baharu kawasan pilihan raya

d)

Menjaga keselamatan dan ketenteraman semasa hari pengundian

19.

Yang manakah penyataan yang benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Tempoh perkhidmatan anggota tamat setelah usianya menjangkau 58 tahun

b)

Bayaran saraan ditentukan daripada Kumpulan Wang yang Disatukan

c)

Pemecatan.dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri

d)

Pelantikan dibuat oleh Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

20.

Siapakah yang berhak mengundi melalui pos?

a)

Anggota tentera

b)

Banduan di penjara

c)

Peniaga di luar negara

d)

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya

21.

Yang manakah yang benar tentang jawatan Setiausaha Dewan Negara?

a)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

b)

Saraannya ditentukan oleh Jemaah Menteri

c)

Dipilih daripada kalangan ahli Dewan Negara

d)

Memegang jawatan sehingga Parlimen dibubarkan

22.

Mahkamah telah mengarahkan Puan K untuk hadir di mahkamah sebagai saksi dalam satu perbicaraan. Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Saman

b)

Sapina

c)

Petisyen

d)

Mandamus

23.

Yang manakah yang merujuk kepada afidavit?

a)

Kenyataan pengakuan oleh plaintif yang dikemukakan kepada mahkamah terhadap defendan

b)

Dokumen pembelaan oleh peguam bela defendan kepada mahkamah

c)

Kenyataan penghakiman yang dibuat berdasarkan sesuatu kes

d)

Dokumen rayuan tertuduh terhadap keputusan penghakiman

24.

Yang manakah pihak yang mempunyai kuasa untuk mendengar dan memutuskan pertikaian tentang tafsiran perlembagaan?

a)

Mahkamah Khas

b)

Mahkamah Tinggi

c)

Mahkamah Rayuan

d)

Mahkamah Persekutuan

25.

Parlimen - Meluluskan undang-undang

Polis Diraja Malaysia - Melaksanakan undang-undang

Mahkamah Tinggi - Mentafsir Undang-undang


maklumat di atas, merujuk kepada amalan?

a)

Pengasingan Kuasa

b)

Raja Berpelembagaan

c)

Demokrasi Berparlimen

d)

Pemerintahan Persekutusn

26.

Yang manakah tanggungjawab Kerajaan Negeri

a)

Menukarkan status tanah pertanian kepada perindustrian

b)

Mengeluarkan lesen pengendali sekolah swasta

c)

Mengutip cukai dan sewa permis perniagaan

d)

Menjalankan bancian kependudukan

27.
  • Memastikan agensi-agensi negeri melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri
  • Menyelaraskan perhubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Pejabat Kemajuan Negeri

b)

Dewan Undangan Negeri

c)

Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri

d)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

28.

P - Perbendaharaan

Q - Unit Penyelarasan Pelaksanaan

R - Unit Perancang Ekonomi

I - Menubuh dan menyusun semula syarikat-syarikat milik menteri kewangan diperbadankan

II - Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan

III - Pengurusan melaksanakan dan memantau peruntukan khas YB Ahli Dewan Rakyat

P Q R

a)

I, III, II

b)

II, I, III

c)

II, III, I

d)

III, I, II

29.

Yang manakah padanan yang betul antara jawatan dengan pihak yang melantik ?

a)

Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya -# Ketua Setiausaha Negara

b)

Setiausaha Parlimen - # Perdana Menteri

c)

Setiausaha Politik - # Yang Di-Pertuan Agong

d)

Setiausaha Dewan Negara - # Speaker Dewan Negara

30.

Yang manakah yang benar tentang Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ?

a)

Memegang jawatan selama lima tahun

b)

Merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja

c)

Dilantik oleh Majlis Raja-Raja atas nasihat Perdana Menteri

d)

Pegawai kanan yang masih berkhidmat dalam kerajaan dan pesara