wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGENALAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (T1)

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri tekstur?

a)

Terbahagi kepada tiga kumpulan

b)

Mempunyai pandangan tiga dimensi

c)

Mempunyai permukaan yang licin, kasar atau kesat

d)

Mempunyai ruang yang dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai

2.

Rajah 1 menunjukkan prinsip kontras yang digunakan untuk menyerlahkan perbezaan.


Antara berikut ciri elemen manakah yang digunakan dalam prinsip kontras tersebut?

a)

Saiz

b)

Ruang

c)

Bentuk

d)

Tekstur

3.

Rajah 2 menunjukkan objek yang dihasilkan menggunakan suatu teknik pembinaan.


Antara berikut teknik pembinaan objek manakah yang digunakan?

a)

Peleraian

b)

Penyatuan

c)

Pembuangan

d)

Pembenaman

4.

Antara berikut manakah merupakan tugas secara am seorang pereka bentuk kejuruteraan?

a)

Mereka bentuk peralatan dan sistem

b)

Mereka bentuk peralatan untuk kegunaan awam

c)

Merancang reka bentuk dan pelan pembangunan

d)

Mereka bentuk litar elektrik, mesin, bangunan dan jentera

5.

Antara berikut manakah merupakan definisi inovasi?

a)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem

b)

Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga, bermakna dan mesra pengguna

c)

Proses atau kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

6.

Antara berikut manakah merupakan definisi reka bentuk?

a)

Pengetahuan tentang proses pengubahsuaian produk

b)

Pengetahuan tentang penghasilan sesuatu produk yang melibatkan bahan tertentu

c)

Pengetahuan tentang pemilihan produk yang sesuai untuk disusun secara terancang

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan

7.

Antara berikut manakah merupakan kepentingan reka bentuk dan teknologi?

a)

Memudahkan pengeluar mengaut keuntungan yang lebih

b)

Meningkatkan penggunaan produk yang berkualiti tinggi

c)

Memberikan keamanan dan kedamaian kepada pengguna

d)

Menyumbang kepada pembangunan sosial, sains dan perniagaan

8.

Antara berikut manakah merupakan definisi bagi invensi?

a)

Kaedah dan proses rekaan produk baharu yang tidak mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan

b)

Kaedah dan proses penambahbaikan produk sedia ada untuk menjadikannya lebih menarik dan unik

c)

Kaedah dan proses memperbaharui produk sedia ada dan mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan dalam rekaan

d)

Kaedah dan proses mencari jalan dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya

9.

Tandakan (√) pada prinsip reka bentuk yang betul pada petak yang disediakan.

a)

Tekstur

b)

Kontras

c)

Pergerakan

10.

Tandakan () untuk kriteria reka bentuk yang baik bagi sesuatu produk.

a)

Kreativiti

b)

Estetika

c)

Ergonomik

11.

Tandakan (√) bagi pernyataan yang menerangkan kepentingan reka bentuk dan teknologi yang betul pada petak yang disediakan.

a)

Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

b)

Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden

c)

Memupuk semangat mementingkan diri untuk kemajuan sendiri

12.

Tandakan (√) pada pernyataan mengenai warna panas yang betul pada petak yang disediakan.

a)

Memberikan kesan cahaya yang rendah

b)

Menimbulkan suasana ceria, riang dan bersemangat

c)

Merupakan warna yang lembut

13.

Tandakan (√) pada pernyataan mengenai teknik pembinaan objek yang betul pada petak yang disediakan

a)

Teknik peleraian dilakukan hanya pada bahagian yang tidak dikehendaki

b)

Teknik lipatan melibatkan rupa asas yang dilipat menjadi bentuk asas

c)

Teknik pembenaman ialah apabila sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek yang lain

14.

Tandakan (√) pada pernyataan mengenai etika dalam reka bentuk yang betul pada petak yang disediakan.

a)

Produk perlulah dihasilkan dengan menggunakan bahan yang tidak menjejaskan alam sekitar

b)

Berusaha dan bersungguh-sungguh dalam mereka produk serta menggunakan idea sendiri

c)

Produk yang dihasilkan perlu berfungsi dengan baik tanpa mengambil kira mengenai tahap keselamatan produk terhadap pengguna

15.

Tandakan (√) pada warna primer pada petak yang disediakan.

a)

Biru

b)

Jingga

c)

Hijau