wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 3 - Bab 7

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Matlamat utama perjuangan penentangan masyarakat tempatan adalah seperti berikut , KECUALI?

a)

Mengembalikan dan mengekalkan sistem pentadbiran tradisional.

b)

Mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah tempatan daripada perubahan pentadbiran Barat yang merugikan.

c)

Menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan hidup rakyat tempatan.

d)

Bermuafakat dengan pemimpin Rembau untuk menentang British

2.

Salah satu bentuk penentangan masyarakat tempatan ialah?

a)

penentangan bersenjata

b)

perebutan tahta

c)

menakluki berperingkat

d)

menunggu dan berpecah

3.

Penentangan bersenjata masyarakat tempatan terhadap British diketuai oleh?

a)

Sultan

b)

Residen

c)

Golongan pemimpin agama

d)

Raja DiHilir

4.

Beliau merupakan penentang di Naning, Melaka. Nama sebenar beliau iaitu Abdul Said Bin Omar. Beliau ialah?

a)

Yamtuan Antah

b)

Dato Bahaman

c)

Rentap

d)

Dol Said

5.

Apakah sebab penentangan Dol Said keatas pihak Barat?

a)

Bayaran cukai hasil tahunan yang dikenakan terlalu tinggi

b)

Dituduh sebagai lanun

c)

Menggugat kedaulatan bangsa

d)

Hak mengutip cukai tanpa pengetahuannya

6.

Perang Naning Pertama berjaya menumpaskan pihak British tetapi Perang Naning yang kedua tidak berjaya dikuasai oleh Dol Said. Mengapakah perkara tersebut berlaku?

a)

Yamtuan Naning dan pembesar enggan bekerjasama

b)

British berjaya memecahbelahkan pakatan tersebut

c)

British menghantar Kolonel Walker untuk menawan Naning

d)

British menyerang kubu mereka

7.

Beliau merupakan anak Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Beliau ialah?

a)

Rentap

b)

James Brooke

c)

Tunku Antah

d)

Dato Bahaman

8.

Mengapakah Yamtuan Antah menentang pihak Barat?

a)

Britsh ingin menghapuskan petempatan orang Iban

b)

Mendakwa Naning sebagai negeri yang merdeka

c)

Membina balai polis tanpa pengetahuannya

d)

Campur tangan British di Sungai Ujong menggugat kedaulatan bangsa

9.

Padanan tokoh berikut menentang pihak Barat mengikut negeri masing-masing kecuali?

a)

Dol Said- Naning

b)

Yamtuan Antah - Negeri Sembilan

c)

Rentap - Sarawak

d)

Mat Sator - Kelantan

10.

Rentap merupakan pemimpin orang Iban yang di gelar Raja Ulu dan Raja Darat. Mengapakah Rentap menentang James Brooke di Sarawak?

a)

Hak memungut cukai dipertikaikan

b)

James Brooke menuduh Rentap adalah lanun dan ingin menghapuskan petempatan orang Iban

c)

Tindakan SBUB menyebabkan pembesar tempatan hilang jawatan

d)

Sarikei diletakkan dibawah pentadbiran Brooke

11.

Sebanyak berapa kalikah Charles Brooke menyerang Kubu Rentap di Bukit Sadok?

a)

2 kali

b)

3 kali

c)

1 kali

d)

5 kali

12.

Tokoh-tokoh pejuang tersebut meninggal dunia semasa menentang pihak British KECUALI

a)

Tok Janggut

b)

Mat Salleh

c)

Mat Sator

d)

Sharif Masahor

13.

Beliau menentang kekerasan pentadbiran Encik Abdul Latiff, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan mendapat pendidikan pondok di Kelantan. Siapakah beliau?

a)

Mat Salleh

b)

Dato Maharaja Lela

c)

Tok Bahaman

d)

Tok Janggut

14.

Mat Salleh dan Mat Sator meninggal dunia semasa memperjuangkan kedaulatan negeri...

a)

Kelantan

b)

Sarawak

c)

Sabah

d)

Terengganu

15.

Apakah peristiwa yang menyebabkan Dato Maharaja Lela dihukum gantung semasa menentang pihak British?

a)

pembunuhan James Brooke

b)

pembunuhan Rentap

c)

pembunuhan J.W.W. Birch

d)

pembunuhan R.C Woods

16.

Pengambilan alih cukai kuasa sultan dan mencabuli adat resam orang Melayu menyebabkan Dato Maharaja Lela menentang British. Apakah bentuk penentangan tersebut?

a)

penentangan bersenjata

b)

penentangan menggunakan sistem perundangan

c)

penentangan bermati-matian

d)

mencabar perjanjian

17.

Siapakah tokoh tempatan yang cuba mencabar perjanjian yang telah dimeterai dengan British?

a)

Dol Said

b)

Tok Janggut

c)

Haji Abdul Rahman Limbong

d)

Dato' Maharaja Lela

18.

Pilih TIGA bentuk penentangan masyarakat tempatan.

a)

Menggunakan sistem perundangan

b)

Penentangan politik tradisonal

c)

Mencabar perjanjian

d)

Penentangan Bersenjata

19.

Apakah faktor penentangan Dato Maharaja Lela di Perak?

a)

Residen British mengambil alih kuasa Sultan

b)

Pengambilan hak mengutip cukai oleh British

c)

British menurunkan takhta Sultan Perak

d)

Residen British mencabuli adat resam orang Melayu

20.

Berapakah cukai tangkapan ikan besar yang dikenakan oleh SBUB ke atas orang Murut di Sabah?

a)

$4.00 seekor

b)

$3.00 seekor

c)

$2.00 seekor

d)

$1.00 seekor

21.

Berapakah kadar cukai yang dikenakan keatas pokok pinang terhadap petani di Pasir Puteh?

a)

3 sen sepokok

b)

2 sen sepokok

c)

1 sen sepokok

d)

1/2 sen sepokok

22.

Apakah tindakan British setelah menguasai seluruh Negeri Sembilan?

a)

Memecat kesemua pembesar Melayu

b)

Menyatukan semua daerah dan membentuk Persekutuan Negeri Sembilan

c)

Menurunkan takhta Yang Dipertuan Besar

d)

Menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri Selat

23.

Apakah strategi yang digunakan oleh masyarakat di Perak dalam usaha menentang British?

a)

Membina kubu pertahanan

b)

Pakatan sulit

c)

Serangan bersenjata

d)

Perundangan

24.

Pilih DUA sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British menemui kegagalan.

a)

Kelemahan teknologi

b)

Penentangan bersifat setempat

c)

British berpakat dengan Portugis

d)

Perpecahan dalam kalangan pembesar

25.

Antara berikut, yang manakah DUA strategi British untuk menggagalkan tentangan masyarakat tempatan di Tanah Melayu?

a)

Memberi rasuah

b)

Menangkap pembesar

c)

Menggunakan istana

d)

Memecahbelahkan pakatan

26.

Apakah yang dilakukan oleh British dalam sistem pentadbiran kesan daripada penentangan masyarakat tempatan?

a)

Meminta bantuan Belanda

b)

Meminta campur tangan istana

c)

Melantik residen yang fasih berbahasa Melayu

d)

Mengembalikan kuasa mengutip cukai kepada pembesar tempatan

27.

Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat tempatan dalam usaha menentang British?

a)

Kesyukuran

b)

Keberanian

c)

Kegigihan

d)

Ketaatan

28.

Apakah DUA kriteria yang diutamakan British dalam pelantikan Residen di negeri-negeri Melayu?

a)

Berpendidikan tinggi

b)

Penduduk tempatan

c)

Bijak mengambil hati

d)

Fasih berbahasa Melayu

29.

Bagaimanakah kebangkitan masyarakat tempatan dapat memberi kesan terhadap kedudukan Raja-Raja Melayu?

a)

Mempunyai suara dalam pentadbiran British

b)

Semakin tersepit antara kehendak British dan rakyat

c)

Hilang keseluruhan kuasa yang dimilikinya

d)

Hilang kedudukannya sebagai pemerintah negeri

30.

# Memohon Lesen Wakil (Pleader)

Permohonan tersebut telah dilakukan oleh

a)

Dol Said

b)

Mat Salleh

c)

Tok Janggut

d)

Haji Abdul Rahman Limbong