wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Usul 20

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

1. Mengapakah Hassan al Banna membuat usul 20?

a)

Usul Isyrin mengandungi beberapa perkara yang wajib dipercayai dan diketahui oleh tiap-tiap orang Muslim dan wajib diikuti dalam tindak-tanduknya; hubungannya dengan khaliqnya dan hubungannya sesama manusia

b)

Usul isyrin mengajak umat islam untuk menyembah Allah

c)

Usul isyrin mengandungi cara-cara untuk menyatukan masyarakat yang berlainan pendapat

d)

Usul isyrin merupakan sumber utama yang wajib dijadikan rujukan dalam membetulkan akidah dan masalah ibadah umat islam pada hari ini

2.

Bolehkah usul 20 ditolak atau dikurangkan?

a)

Boleh kerana tiada dalil yang jelas untuk berpegang kepada usul 20

b)

Boleh kerana usul 20 wujud setelah kewafatan nabi

c)

Tidak boleh kerana usul 20 merupakan perkara asas kepada kesyumulan islam untuk diyakini dan diamalkan

d)

Tidak boleh kerana usul 20 merangkumi perkara yang berkaitan dengan akidah

3.

Usul ke - 3 berkenaan dengan?

a)

Islam sistem kehidupan syumul

b)

Tangkal, azimat, jampi adalah mungkar

c)

Perselisihan fiqh dalam perkara cabang

d)

Iman, ibadah dan mujahadah

4.

Berikut merupakan kepercayaan kebiasaan masyarakat melayu yang tiada dalil yang sahih, kecuali

a)

Jika kupu-kupu masuk ke rumah bermakna akan ada tetamu yang akan datang

b)

Bulu mata jatuh ada seseorang rindu

c)

matahari terbit belah barat bermaksud akan qiamat

d)

masuk tandas kena menggunakan kaki kiri

5.

" Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulu amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul". (An-Nisa': 59). Dalil ini merujuk kepada usul ke berapa?

a)

Usul 1

b)

Usul 2

c)

Usul 3

d)

Usul 4

6.

Kiai Abdullah merupakan seorang ahli sufi yang kuat beribadah. Disebabkan kuat ibadahnya kepada Allah maka beliau diberi beberapa kelebihan antaranya beliau dianugerahkan kasyaf iaitu dapat melihat perkara-perkara ghaib. Melalui kelebihan yang ada padanya, beliau mengetahui untung nasib seseorang, lalu melarang orang yang miskin di kampungnya bersedekah. Mengapakah Imam Hassan Al Banna tidak menolak kasyaf mimpi dan ilham dan adakah tindakan Kiai Abdullah boleh diikuti?

a)

Untuk meraikan kelebihan seseorang dan tindakan Kiai Abdullah adalah boleh diikuti kerana telah dianugerahkan kasyaf

b)

Untuk mengelakkan daripada perpecahan dan tindakan Kiai Abdullah boleh diikuti kerana beliau merupakan ahli sufi yang kuat ibadah

c)

Untuk menunjukan bahawa kasyaf boleh berlaku kepada wali Allah tindakan Kiai boleh diikuti kerana Umar juga pernah mengarahkan tentera islam pergi ke arah bukit

d)

Untuk menunjukkan bahawa kasyaf merupakan perkara thabit yang tidak boleh ditolak keseluruhannya dan tindakan Kiai Abdullah tidak boleh diikuti kerana bertentangan dengan al Quran dan sunnah

7.

Selepas al quran dan sunnah, apakah rujukan yang boleh dijadikan dalil dalam melakukan atau memutuskan sesuatu perkara?

a)

Ilham dan mimpi

b)

kasyaf

c)

Ijtihad dan qias

d)

jmak, qias, ilham dan mimpi

8.

Berikut merupakan harus menggunakan tangkal, kecuali

a)

anya berbentuk ayat al quran, nama Allah atau sifatnya

b)

ianya mesti dimulakan dengan bismillah

c)

Ianya dalam bahasa arab dan difahami maknanya

d)

beri'tiqad bahawasanya, tangkal tidak boleh memberi kesan dengan sendiri tetapi semua dengan takdir Allah

9.

Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Antara aspek tersebut ialah akhlak dan kekuatan. Apakah kekuatan tersebut?

a)

Aqidah, ukhwah dan material

b)

Aqidah, ukhwah, dan kekuasaan

c)

Aqidah, kekuasaan dan kekayaan

d)

Aqidah sahaja sudah memadai

10.

Tuduhan berikut merupakan tuduhan yang benar terhadap Ikhwanul Muslimin kecuali,

a)

IM adalah dakwah salafiah

b)

IM adalah hakikat sufi

c)

IM adalah insitusi politik

d)

IM adalah tarikat Naqsyabandiah