NEW
Font size
WorksheetsSejarah - Trial SPM Negeri Sembilan 2020
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Maklumat berikut merujuk kepada sumbangan tamadun Mesopotamia.
1) Penciptaan kalendar berasaskan sistem solar
2) Penggunaan jalan laut
Apakah ilmu yang perlu dikuasai oleh masyarakat tersebut? [T4B1M15]
Sains
Geometri
Geologi
Astronomi
Masyarakat Hwang Ho percaya jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup.
Apakah yang anda faham dengan konsep tersebut? [T4B1M31]
Merupakan Tuhan Ibu
Raja bayangan tuhan
Raja berkuasa mutlak
Mandat daripada tuhan
Senarai berikut merujuk kepada negara kota dalam tamadun Yunani.
Corinth
Athens
Mengapakah negara kota tersebut tidak memberi perhatian dalam bidang pertanian? [T4B2M51]
Kekurangan tanah untuk pertanian
Kemahiran dalam bidang pelabuhan
Kekurangan sumber bahan mentah
Keadaan iklim tidak sesuai
Apakah kepentingan Alam Melayu kepada tamadun India? [T4B2M52]
Pusat ketenteraan
Pusat penterjemahan
Pembekal rempah ratus
Pembekal barangan tembikar
Rajah berikut merupakan perubahan yang berlaku kepada kerajaan Funan.
Kerajaan agraria ---> Kerajaan maritim
Mengapakah perubahan ini berlaku? [T4B3M76]
Kemajuan teknologi
Kemudahan pelabuhan
Pemerintah berwibawa
Peningkatan penduduk
Mengapakah unsur mitos dan legenda berkaitan asal usul raja digunakan semasa pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara? [T4B3M85]
Memperkukuh kedudukan pemerintah
Mendaulatkan sistem perundangan
Mengiktiraf golongan pendeta
Mengekalkan warisan tradisi
Rajah berikut merujuk kepada masyarakat Arab Jahiliah.
Masyarakat Arab Jahiliah
Masyarakat Badwi
Masyarakat Hadari
Mengapakah berlaku perbezaan dalam cara hidup dan pencapaian antara masyarakat tersebut? [T4B4M100]
Pegangan agama
Perbezaan petempatan
Pendidikan masyarakat
Percanggahan pendapat
Peristiwa tersebut telah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW semasa baginda berumur 35 tahun.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab? [T4B4M106]
Menerima ajaran Islam
Meningkatkan semangat kesukuan
Perebutan kuasa menjaga Kaabah
Perbalahan kaum dapat dielakkan
Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian antara Nabi Muhammad SAW dengan orang Arab Madinah.
622 Masihi
Perjanjian Aqabah Kedua ditandatangani antara Nabi Muhammad SAW dengan suku Aus dan Khazraj
Apakah perkara yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut? [T4B5M119]
I - Menamatkan permusuhan dengan Makkah
II - Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad SAW
III - Menjemput Nabi Muhammad SAW dan orang Islam ke Madinah
IV - Mempersaudarakan orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah reaksi orang Islam apabila mendengar khabar angina tentang kematian Uthman bin Affan yang dihantar untuk menerangkan tujuan mereka ke Makkah? [T4B5M132]
Membela kematian Uthman
Mengadakan rundingan damai
Mengukuhkan pasukan tentera
Menghantar pasukan pemerhati
Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
1) Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah
2) Mengumpul tulisan al-Quran
3) Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera
Siapakah khalifah tersebut? [T4B6M148]
Abu Bakar al-Siddiq
Umar bin al-Khattab
Uthman bin Affan
Ali bin Abu Talib
Rajah berikut berkaitan dengan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
Cara pertembungan
Perdagangan dan perniagaan
X
Penaklukan dan ketenteraan
Kebudayaan
Intelektual
Apakah X? [T4B6M164-165]
Sistem pemeritahan
Perkahwinan diraja
Hubungan diplomatik
Kecemerlangan individu
Maklumat berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam di Asia Tenggara.
Sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi
Apakah teori yang dikaitkan dengan pernyataan tersebut? [T4B7M176]
Islam dari India
Islam dari China
Islam dari Kepulauan Melayu
Islam dari Semenanjung Tanah Arab
Kedatangan Islam telah mengubah sistem politik di Asia Tenggara.
Apakah perubahan tersebut? [T4B7M185-186]
I - Penggunaan gelaran sultan
II - Pengenalan perundangan Islam
III - Pemerintahan raja berkuasa mutlak
IV - Pengurangan pengaruh golongan pembesar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka.
1) Hukum Kanun Melaka
2) Undang-undang Laut Melaka
Apakah persamaan undang-undang tersebut? [T4B8M200]
Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar
Menghuraikan tanggungjawab dan hukuman
Mengandungi undang-undang keluarga
Menerangkan permasalahan ibadah
Maklumat berikut berkaitan dengan watak yang terdapat dalam cerita jenaka atau cerita lucu masyarakat Melayu. [T4B8M204]
Pak Belalang
Si Luncai
Apakah sifat yang ditonjolkan pada watak tersebut?
Lurus bendul
Kejujuran
Kecerdikan
Bekerjasama
Mengapakah Portugal menjadi pelopor kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Eropah ke Timur? [T4B9M223-224]
Kekuatan monarki baru
Menyebarkan tamadun
Mendapatkan bahan mentah
Galakan daripada pemerintah
Gambar adalah alat yang dicipta oleh Jethro Tull.
Apakah kepentingan alat tersebut? [T4B9M229]
I - Banyak lubang digali serentak
II - Peningkatan kesuburan tanah
III - Banyak tanaman baru ditanam
IV - Penanaman biji benih lebih pantas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu oleh pemodal Eropah meningkat dari tahun 1926 hingga tahun 1935? [T4B10M251-252]
Sokongan pembesar Melayu
Cukai eksport meningkat
Penggunaan kapal korek
Intensif buruh
Mengapakah perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu perlahan sebelum abad ke-20? [T4B10M266]
Kekuarangan buruh mahir
Persaingan barangan import
Tumpuan pertanian komersial
Infrastruktur yang mundur
Tokoh berikut adalah nasionalis di Asia Tenggara yang telah menghasilkan karya sastera sebelum Perang Dunia Kedua.
Pak Sako: Anak Mat Lela Gila
Jose Rizal: Noli Me Tangere
Chairil Anuar: Kerikil-kerikil Tajam
Apakah mesej yang mereka hendak sampaikan? [T5B1M15]
Pembentukan kerajaan sendiri
Penggunaan bahasa pribumi
Penindasan terhadap rakyat
Pembelaan terhadap wanita
Persatuan Belia Buddha adalah pertubuhan tahap pertama di Burma yang menggunakan Isu Kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat.
Mengapakah persatuan tersebut ditubuhkan? [T5B1M21]
Mengekalkan tradisi Buddha
Melancarkan pemberontakan
Memperjuangkan kemajuan ekonomi
Memperjuangkan kuasa pemimpin tempatan
Mengapakah kedatangan British ke Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah ditentang oleh pemimpin setempat? [T5B2M30]
I - Menguasai daerah mereka
II - Mempengaruhi masyarakat tempatan
III - Menyelaraskan penggunaan mata wang
IV - Memperkenalkan sistem pentadbiran baru
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pasukan Force 136 ditubuhkan dalam kalangan orang Melayu.
Apakah tujuan penubuhan pasukan tersebut? [T5B2M58]
Menentang Jepun
Menjaga kepentingan Bintang Tiga
Menjaga kepentingan British
Menentang MPAJA
Bagaimanakah sempadan wilayah kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional ditentukan? [T5B3M65]
Kesetiaan rakyat
Kegiatan ekonomi
Konsep dewaraja
Kekayaan hasil bumi
Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat Adat Pepatih di Negeri Sembilan.
Bulat anak buah menjadi buapak
Bulat buapak menjadi Lembaga
Bulat lembaga menjadi penghulu
Bulat penghulu menjadi raja
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada perbilangan tersebut? [T5B3M88]
Mempertahankan konsep raja berkuasa mutlak
Mengekalkan khazanah budaya bangsa
Menegakkan kecemerlangan individu
Mengutamakan kepentingan permuafakatan
Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946 di Tanah Melayu? [T5B4M96]
Menjamin penguasaan ekonomi
Menyekat perluasan kuasa luar
Melindungi golongan imigran
Mengamal dasar birokrasi Barat
Kerajaan British di Sarawak telah mengeluarkan Surat Pekeliling Bil. 9.
Mengapakah surat tersebut dikeluarkan? [T5B4M111]
Melicinkan sistem pentadbiran British
Memastikan kesetiaan kakitangan kerajaan
Mempertahan kedaulatan Sarawak
Memelihara hak penduduk pribumi
Sistem Ahli dilaksanakan di Tanah Melayu dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955.
Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat? [T5B5M119]
Penggubalan Akta Hasutan
Penggunaan bahasa kebangsaan
Ahli dipantau oleh Majlis Raja-raja
Ahli dilantik dalam pelbagai kaum
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan Suruhanjaya Reid.
Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka
Apakah isu hangat yang diberi perhatian oleh suruhanjaya tersebut? [T5B5M126]
Penetapan hak wilayah
Penetapan sempadan
Hal kerakyatan
Hal imigresen
Mengapakah Lee Kuan Yew bersetuju dengan cadangan pembentukan Malaysia? [T5B6M138]
Mengimbangi ketidakseimbangan penduduk
Menyekat pengaruh komunis
Mengurangkan campur tangan asing
Mempertahankan persamaan hak
Jadual berikut berkaitan pembahagian kerusi dalam perwakilan parlimen semasa pembentukan Malaysia 1963.
Sarawak: 24 kerusi
Sabah: 16 kerusi
Singapura: 15 kerusi
Mengapakah pembahagiann kerusi tersebut penting kepada Sarawak dan Sabah? [T5B6M155]
Pengiktirafan hak bumiputera
Pembentukan perpaduan
Pengukuhan kekuasaan
Peningkatan kekayaan
Sistem Republik yang diamalkan di Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina membolehkan seseroang Presiden yang dilantik memegang dua jawatan.
Apakah jawatan tersebut? [T5B7M161]
I - Ketua gabenor
II - Ketua konsulat
III - Ketua negara
IV - Ketua kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.
Apakah perkara sensitif tersebut? [T5B7M165]
Sistem pilihan raya
Sistem kabinet
Agama Islam
Agenda ekonomi
Rajah di bawah berkaitan dengan proses pilihan raya di Malaysia.
(1) Penetapan tarikh penamaan calon dan penngundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
(2) X
(3) Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding
Apakah X? [T5B7M178]
Pelancaran kempen
Penamaan calon
Pembuangan undi
Pengiraan undi
Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan sejak sebelum merdeka lagi.
Apakah matlamat utama rancangan ini dilaksanakan? [T5B8M198]
I - Mempelbagaikan aktiviti ekonomi
II - Merapatkan jurang pendapatan
III - Menghapuskan ancaman komunis
IV - Membuka kawasan perindustrian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Senarai berikut adalah antara syarikat yang terlibat dalam Dasar Penswastaan.
Syarikat Airod Sdn Bhd
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Telekom Malaysia Bhd
Apakah matlamat utama dasar tersebut dilaksanakan? [T5B8M207-208]
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Mengatasi masalah pengangguran
Mengurangkan beban kewangan kerajaan
Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
Kenyataan berikut adalah salah satu program dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Jawatankuasa Kabinet 1974
Apakah tujuan jawatankuasa ini dibentuk? [T5B8M214]
Menyeragamkan kurikulum bercorak kebangsaan
Mencadangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan
Menubuhkan sekolah umum dan sekolah jenis umum
Apakah faktor yang membawa kepada kemunculan blok dunia dan Perang Dingin? [T5B9M234]
Pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary
Persaingan meluaskan kuasa ekonomi
Perebutan kawasan kaya bahan mentah
Perbezaan ideologi dan fahaman politik
Jadual berikut berkaitan dengan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN pada November 1971.
Kuala Lumpur
Deklarasi Kuala Lumpur
Apakah kesan daripada deklarasi tersebut? [T5B9M258]
Pembentukan AFTA
Pengisytiharan ZOPFAN
Penubuhan SEAMEO
Penubuhan RECSAM
