wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Ting 2, Bab 5 (Kesultanan Melayu Melaka)

Total questions: 41

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah Parameswara mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sekitar tahun 1300

b)

Sekitar tahun 1400

c)

Sekitar tahun 1500

d)

Sekitar tahun 1600

2.

Pusat Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka terletak di...............

a)

Muara Sungai Linggi

b)

Muara Sungai Bertam

c)

Muara Sungai Merbok

d)

Muara Sungai Kesang

3.

Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang....................... sesuai dijadikan benteng pertahanan dan panduan kapal dagang

a)

Bergunung ganang

b)

Berbukit bukau

c)

Berpaya

d)

Berlumpur

4.

Apakah 2 pokok yang menjadi benteng pertahanan dan pelindung semulajadi serta sukar ditembusi musuh?

a)

Mata-mata

b)

Api-api

c)

Pokok Buluh

d)

Pokok Bakau

5.

Muara sungai yang terletak di Sungai Melaka membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat

a)

Betul

b)

Salah

6.

Pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang. Bukti tersebut bersumberkan kepada______________

a)

Hikayat Hang Tuah

b)

Hikayat Raja-Raja Pasai

c)

Sulalatus Salatin

d)

Salasilah raja- raja Melayu

7.

Kepimpinan Raja dikaitkan dengan konsep...............

a)

Taat dan Sembah

b)

Daulat dan Derhaka

c)

Taat dan Derhaka

d)

Sembah dan Tulah

8.

Berkan 2 contoh Alat Kebesaran Diraja

a)

Nobat

b)

Gendang

c)

Cap Mohor

d)

Serunai

9.

Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan sistem...........

a)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

b)

Sistem Pembesar Lapan Lipatan

c)

Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

10.

Kawasan yang diberikan kepada pembesar berempat ialah.......

a)

Kawasan Pemakanan

b)

Kawasan Pegangan

c)

Kawasan Kerja

11.

Pembesar berempat merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak utama pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Mereka terdiri daripada................


i. Bendahara

ii. Temenggung

iii. Bendahari

iv. Penghulu Bendahara

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

12.

Berdasarkan pernyataan berikut:


Pembesar X berperanan menjadi ketua Duta dan

menjadi ketua Utusan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka


Pembesar X ialah………………….

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

13.

Mengapakah Parameswara memilih Orang Laut sebagai penjaga keamanan dan keselamatan Melaka?

a)

Mahir dalam Perdagangan

b)

Memberikan taat setia kepada Raja

c)

Merupakan Pendudukk asal negeri Melaka

d)

Mempunyai hubungan dengan kerajaan Siam

14.

Apakah antara kandungan Hukum kanun Melaka?

a)

Peranan Nakhoda

b)

Undang – Undang Syariah

c)

Perlantikan Syahbandar

d)

Peraturan laut

15.

HUKUM KANUN MELAKA telah ditulis semasa pemerintahan..............

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah

b)

Sultan Muzaffar Shah

c)

Sultan Iskandar Syah

d)

Sultan Mansur Shah

16.

Antara tugas utama pembesar ialah mengutip cukai dan hasil lain. Tugas ini dijalankan melalui ....................

a)

Sistem Kerah

b)

Sistem Serah

17.

-Pemungut Hasil atau Ufti

-Ketua segala Bendahari


Tugas ini dilaksanakan oleh................

a)

Temenggung

b)

Laksamana

c)

Penghulu Bendahari

d)

Bendahara

18.

Antara berikut, maklumat manakah benar tentang Sistem Kerah?

a)

pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat kepada pemerintah

b)

merupakan sesuatu pekerjaan yang dibuat tanpa diberi upah

c)

Pemberian ini dilakukan sebagai balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah untuk rakyat

d)

Kadar dan nilai serahan bergantung pada hasil tanaman

dan ternakan yang diperoleh

19.

Apakah bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh GOLONGAN KIWI terhadap kesultanan Melayu Melaka

a)

Menjamin keselamatan

b)

Menguatkuasakan sistem perundangan

c)

Membekalkan minuman dan makanan

d)

Menyewakan tempat letak barang

20.

Berapakah bilangan fasal yang terdapat didalam undang-undang laut Melaka?

a)

25 fasal

b)

30 fasal

c)

44 fasal

d)

45 fasal

21.

Antara maklumat berikut, yang manakah benar tentang HUKUM KANUN MELAKA?

a)

berkaitan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar

b)

berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab raja

dan pembesar

c)

menerangkan peraturan di laut, tertib berniaga dan tatacara berjual beli

22.

Berapakah bilangan bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka?

a)

78 bahasa

b)

80 bahasa

c)

82 bahasa

d)

84 bahasa

23.

Antara maklumat berikut, yang manakah 2 maklumat yang benar tentang ADAT TEMENGGUNG?

a)

undang-undang Adat yang diamalkan di Negeri sembilan

b)

Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta,

perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan.

c)

Berkaitan sistem penggantian sultan, iaitu takhta kerajaan

diwarisi oleh anak perempuan yang sulung

d)

Mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Kuasa tertinggi terletak di tangan sultan atau raja

24.

Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana menyebabkan pengaruh Melaka semakin meluas


Maklumat tersebut ialah cara pembentukan empayar melalui cara.......................

a)

Naungan

b)

Persahabatan

c)

Penaklukan

d)

Perkahwinan

25.

Menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan


Maklumat berikut menunjukkan kesan pembentukan empayar dalam aspek......

a)

Sosial

b)

Politik

c)

Ekonomi

d)

Agama

26.

Sultan Alauddin Riayat Syah menghantar ulama untuk mengajar Raja Pahang, Kampar dan Inderagiri tentang hal ehwal agama


Maklumat berikut merupakan cara penyebaran Agama Islam melalui cara................

a)

Perkahwinan

b)

Perluasan Kuasa

c)

Peranan Ulama dan Mbaligh

d)

Perdagangan

27.

Pengaruh Islam terdapat dalam saduran karya sastera dari

Arab dan Parsi. 2 Contoh karya tersebut ialah................

a)

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

b)

Hikayat Merong Mahawangsa

c)

Hikayat Amir Hamzah

28.

Berapakah kadar cukai yang dibayar oleh pedagang dari CEYLON kepada pelabuhan Melaka?

a)

3%

b)

4%

c)

5%

d)

6%

29.

Melaka terkenal sebagai pusat pengumpulan barang. Antara 2 barang luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah...

a)

Batu Delima

b)

Bijih Timah

c)

Rempah Ratus

d)

Benang Emas

30.

Pelabuhan Melaka sering dikunjungi oleh pelbagai jenis kapal besar dan kecil. 2 Contoh Kapal besar ialah

a)

Sampan

b)

Jong

c)

Bahtera

d)

Baluk

31.

Kapal jong milik orang Melayu dibina di Pegu dan Jawa. Kapal ini boleh memuatkan...............

a)

30 hingga 50 orang

b)

20 hingga 40 orang

c)

40 hingga 100 orang

32.

Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai rasmi dan tidak rasmi. Manakah 2 maklumat yang BENAR tentang cukai rasmi?

a)

Kadarnya berbeza-beza mengikut tempat asal pedagang

b)

bentuk hadiah

c)

dikenali sebagai panduan

33.

Siapakah yang bertanggungjawab sebagai tentera untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka

a)

Syahbandar

b)

Temenggung

c)

Orang Laut

34.

Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Alam Melayu iaitu...... nyatakan 2

a)

China

b)

Demak

c)

Ryukyu

d)

Pasai

35.

Hubungan diplomatik terjalin melalui perkahwinan Sultan Melaka dengan puteri kerajaan ............., iaitu Puteri Ratna Kaumala

a)

Pasai

b)

Majapahit

c)

Makassar

36.

Kerajaan apa yang menghadiakan 'Budak Raja' kepada Sultan Melaka?

a)

Majapahit

b)

Makasar

37.

Kunjungan utusan diketuai oleh Yin Ching pada tahun 1403 dan Laksamana Zheng He pada tahun 1405


Hubngan ini terjalin antara kerajaan Melaka dengan kerajaan...............

a)

Ryukyu/Jepun

b)

China

c)

Siam

38.

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun.............

a)

1520

b)

1511

c)

1500

d)

1525

39.

Antara berikut, yang manaka merupakan faktor kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka?

I. Penaklukan China

II. Serangan Siam

III. Kelemahan Sultan Mahmud Shah

IV. Persaingan kuasa pembesar Melaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Antara yang berikut, manakah tindak balas Melaka terhadap serangan tentera Portugis?

a)

Menggunakan tentera darat

b)

Menggunakan tentera berkuda

c)

Menggunakan tentera bergajah

d)

Menggunakan armada perang yang besar

41.

Tarikh di bawah berkaitan dengan suatu peristiwa yang berlaku di Melaka


11 September 1509


Apakah peristiwa yang berlaku pada tarikh ini?

a)

Permulaan penyerangan Portugis

b)

Kedatangan Lopez de Sequeira

c)

Kegagalan rundingan dengan Portugis

d)

Perpindahan kesultanan Melaka ke Johor