wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GAME PLAN SEJARAH SPM 2026 - SET 2024

Total questions: 40

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Apakah yang menentukan kuasa dan pengaruh seorang raja terhadap sesebuah wilayah dalam sistem politik Melayu tradisional?

a)

Persamaan budaya

b)

Kesetiaan rakyat

c)

Kegiatan ekonomi

d)

Konsep kepercayaan

2.

Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka menjadi kerajaan Melayu yang terkenal?

(Pilih DUA jawapan yang tepat)

a)

Pemerintah mempunyai wawasan

b)

Berada di laluan yang strategik

c)

Mendapat bantuan dari luar

d)

Dinaungi kuasa besar

3.

Novel berikut dihasilkan pada abad ke-20 di Asia Tenggara.

  • - Habis Gelap Terbitlah Terang

  • - Melor Kuala Lumpur

Bagaimanakah novel tersebut dapat menyemarakkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Memuatkan kegiatan ekonomi penjajah

b)

Mendedahkan penindasan terhadap rakyat

c)

Mengulas kemajuan penduduk negara luar

d)

Mengkritik kelemahan pemimpin tempatan

4.

Pasangan pernyataan yang manakah betul tentang tujuan gerakan nasionalisme di Thailand dengan gerakan nasionalisme di negara lain di Asia Tenggara?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

5.

Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914 memberi kesan besar terhadap penduduk dunia.

Mengapakah perang tersebut tercetus?

a)

Pembunuh pewaris takhta Austria-Hungary

b)

Pencerobohan terhadap wilayah Jerman

c)

Persengketaan Rusia dengan Britain

d)

Pengeboman Pearl Harbour

6.

Pakatan kuasa berikut ditubuhkan di Eropah pada awal abad ke-20.

  • - Kuasa Tengah

  • - Pakatan Bertiga

Antara berikut, yang manakah DUA faktor pencetus peperangan antara kedua-dua pakatan kuasa tersebut?

a)

Perjuangan untuk mengekalkan kemerdekaan

b)

Perlumbaan untuk memperluas kawasan pengaruh

c)

Persaingan untuk menguasai sumber bahan mentah

d)

Percubaan untuk mewujudkan pertubuhan antarabangsa

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan fahaman ideologi politik.

X - Sesuatu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara

Apakah X?

a)

Feudalisme

b)

Sosialisme

c)

Kapitalisme

d)

Komunisme

8.

Mengapakah Raja-raja Melayu dari Kedah, Perak dan Johor menghantar surat bantahan kepada George Henry Hall di London pada tahun 1946?

a)

Mengkritik undang-undang Barat

b)

Memaklumkan keputusan mesyuarat

c)

Menghalang British melanggar perjanjian

d)

Mendakwa diperdaya wakil kerajaan British

9.

Perkara berikut merupakan satu daripada syarat Malayan Union yang dilaksanakan oleh British pada tahun 1946.

Kerakyatan jus soli

Mengapakah orang Melayu menentang syarat tersebut?

a)

Persaingan dengan orang asing

b)

Taraf negeri naungan dikekalkan

c)

Kuasa golongan pembesar meluas

d)

Fahaman komunis mudah bertapak

10.

Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.

Apakah kesan tindakan Vyner Brooke tersebut terhadap Sarawak?

a)

Mendapat taraf pemerintahan sendiri

b)

Menjadi tanah jajahan kuasa asing

c)

Kaum imigran semakin berkurang

d)

Wilayah-wilayah kecil bersatu

11.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu pada 1 Februari 1948.

Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Tanah Melayu?

a)

Komposisi kaum seimbang

b)

Berpeluang berkerajaan sendiri

c)

Kuasa kerajaan negeri berkurang

d)

Undang-undang tradisional mansuh

12.

Mengapakah British bersetuju menerima cadangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Memudahkan pelaksanaan pilihan raya umum

b)

Melambatkan proses kemerdekaan tanah air

c)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

d)

Memulihkan kuasa golongan bangsawan

13.

Sistem pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan diperkenalkan pada tahun 1948.

Bagaimanakah langkah tersebut dapat membantu British melemahkan komunis?

a)

Menambah anggota keselamatan kerajaan

b)

Meningkatkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan

c)

Memudahkan pengiraan jumlah penduduk tempatan

d)

Memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti orang awam

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan pertubuhan politik di Tanah Melayu.

1938 - Kesatuan Melayu Muda

1945 - Parti Kebangsaan Melayu Malaya

Apakah persamaan matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?

a)

Konsep "Merdeka dengan Darah"

b)

Merdeka melalui konsep Melayu Raya

c)

Mengutamakan slogan Malaya untuk Melayu

d)

Penubuhan sebuah parti politik pelbagai kaum

15.

Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat?

a)

Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas

b)

Undang-undang anti perkauman digubal

c)

Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum

d)

Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan

16.

Maklumat berikut merujuk kepada keanggotaan Sistem Ahli.

Dato' Onn Jaafar => Ahli Dalam Negeri

Dr. Lee Tiang Keng => Ahli Kesihatan

Dato' E.E.C Thuraisingam => Ahli Pelajaran

Apakah DUA peranan ahli tersebut?

a)

Mengetuai portfolio

b)

Meluluskan undang-undang

c)

Membuat dasar tertinggi negara

d)

Menguruskan pentadbiran harian jabatan

17.

Mengapakah pilihan raya umum pertama Tanah Melayu pada tahun 1955 diadakan?

(Pilih DUA jawapan yang tepat)

a)

Mengawal pemberian kerakyatan kepada orang asing

b)

Memperkukuh kerjasama rakyat dalam politik

c)

Mempercepat proses kemerdekaan tanah air

d)

Menghalang kemasukan kaum imigran

18.

Kabinet pertama dibentuk selepas pilihan raya umum di Tanah Melayu pada tahun 1955.

Mengapakah pembentukan kabinet tersebut penting?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Memperkukuh kesetiaan rakyat

c)

Membuktikan penyatuan parti politik

d)

Memperjuangkan pentadbiran tempatan

19.

Apakah isu yang menjadi perhatian terma rujukan Suruhanjaya Perlembagaan dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Mengekalkan raja berkuasa mutlak

b)

Mewujudkan kerajaan negeri yang kuat

c)

Menyediakan satu bentuk kewarganegaraan

d)

Mengukuhkan kedudukan rakyat pelbagai kaum

20.

Apakah yang perlu dilakukan sebagai rakyat dalam sebuah negara yang merdeka?

a)

Membebaskan diri daripada pengaruh asing yang negatif

b)

Meningkatkan usaha demi kepentingan peribadi

c)

Meninggalkan norma-norma tradisional bangsa

d)

Menyumbang dana untuk pemimpin

21.

Maklumat berikut berkaitan pengisytiharan darurat di negara kita.

  • - Peristiwa berdarah 13 Mei 1969

  • - Jerebu 1997, 2005, 2013

  • - Wabak Covid-19, 2021

Mengapakah kerajaan melaksanakan tindakan tersebut?

a)

Menyekat campur tangan negara asing

b)

Keharmonian hidup rakyat dipelihara

c)

Kesetiaan rakyat dapat ditingkatkan

d)

Melicinkan pemindahan penduduk

22.

Apakah maksud negara berdaulat?

a)

Memiliki pemerintahan sendiri

b)

Mempunyai wilayah yang luas

c)

Mendapat naungan kuasa besar

d)

Mengamalkan sistem demokrasi

23.

Mengapakah British memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-Negeri Selat pada abad ke-19?

a)

Membendung keganasan komunis

b)

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

c)

Menghalang campur tangan kuasa asing

d)

Mengelakkan penindasan terhadap penduduk

24.

Pada tahun 1963, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dipinda.

Mengapakah pindaan tersebut dilakukan?

a)

Pemansuhan darurat

b)

Pemisahan Singapura

c)

Pembubaran Parlimen

d)

Pembentukan Malaysia

25.

Apakah perkara yang berkaitan dengan sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan oleh Malaysia sejak merdeka?

a)

Perlembagaan ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong

b)

Pentadbiran dikuasai monarki berkuasa mutlak

c)

Badan Kehakiman menggubal undang-undang

d)

Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan ketua utama Persekutuan dan Negeri.

  • - Selangor

  • - Pahang

  • - Perak

  • - Negeri Sembilan

Mengapakah British menyatukan negeri-negeri tersebut dalam sebuah Persekutuan?

a)

Meningkatkan kutipan cukai

b)

Memperkukuh kuasa sultan

c)

Memudahkan pentadbiran

d)

Mengawal kaum dagang

27.

Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa tambahan di bawah Senarai Negeri kepada Sarawak dan Sabah.

Apakah kuasa tambahan tersebut?

a)

Pertahanan

b)

Hak kewarganegaraan

c)

Undang-undang Islam

d)

Mahkamah Anak Negeri

28.

Jadual berikut berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Persekutuan.

Apakah bidang kuasa X?

a)

Membuat pengisytiharan darurat

b)

Mempunyai kuasa pengampunan

c)

Memperkenan perubahan sempadan

d)

Melantik menteri dalam pentadbiran

29.

Mengapakah pembentukan Malaysia ditunda dari 31 Ogos 1963 ke 16 September 1963?

a)

Tentangan daripada negara jiran

b)

Sekatan perdagangan oleh negara lain

c)

Serangan Tentera Nasional Kalimantan Utara

d)

Halangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

30.

Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia?

a)

Penduduk terdiri daripada pelbagai bangsa

b)

Desakan daripada kumpulan radikal

c)

Semangat toleransi menjadi amalan

d)

Pemimpin menjaga kepentingan kaum masing-masing

31.

Mengapakah Pilihan Raya Umum Ketiga menjadi pencetus berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?

a)

Kewibawaan calon pilihan raya dipertikai

b)

Kempen melibatkan isu sensitiviti kaum

c)

Keputusan pemilihan tidak adil

d)

Keadaan politik negara asing

32.

Penyebaran berita palsu telah menyukarkan usaha Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) menyelesaikan konflik peristiwa 13 Mei 1969.

Bagaimanakah kerajaan berusaha mengatasi penyebaran berita palsu tersebut?

(Pilih DUA jawapan yang tepat)

a)

Menggantung penerbitan akhbar tempatan

b)

Mengawal penulisan oleh wartawan tempatan

c)

Merombak semula struktur Jabatan Penerangan

d)

Menguatkuasa Akta Hasutan 1948

33.

Maklumat berikut berkaitan matlamat pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

  • - Mengukuhkan perpaduan bangsa

  • - Memelihara keperibadian kebangsaan

  • - Mempertingkatkan kualiti kehidupan

Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?

a)

Menggalakkan perkahwinan campur

b)

Menubuhkan kongres kepelbagaian kaum

c)

Memperkasakan penggunaan bahasa asing

d)

Memperkenalkan Program Citrawarna Malaysia

34.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan kurikulum pendidikan di Malaysia.

1982 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

  • 1988 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Apakah persamaan kandungan kurikulum tersebut?

a)

Kenaikan darjah dan tingkatan secara automatik

b)

Menekankan aktiviti pelbagai bidang kemahiran

c)

Menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan asing

d)

Kemahiran aliran vokasional dan teknikal diperkenalkan

35.

Senarai berikut berkaitan rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru.

  • - Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

  • - Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?

a)

Mengimbangi sosioekonomi rakyat

b)

Mengukuhkan keamanan serantau

c)

Memanfaatkan sumber tempatan

d)

Melancarkan pentadbiran negara

36.

Apakah matlamat Dasar Penswastaan yang dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat pada bulan Mac 1983?

a)

Memperhebat pembukaan tanah

b)

Meningkatkan kemudahan fizikal

c)

Meningkatkan kualiti perkhidmatan

d)

Mengimbangi pemilikan harta antara kaum

37.

Maklumat berikut berkaitan agensi yang ditubuhkan untuk meningkatkan pencapaian ekonomi masyarakat luar bandar.

  • - Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

  • - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

  • - Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)

Bagaimanakah agensi tersebut berperanan?

a)

Membaik pulih penempatan tersusun

b)

Memperluas tanaman komersial

c)

Menubuhkan institusi kewangan

d)

Memberi bantuan dana

38.

Apakah kesan tindakan berikut terhadap negara kita?

a)

Menaikkan imej negara

b)

Mendapat bantuan pertahanan

c)

Mengelakkan persaingan kuasa

d)

Mempertahankan keselamatan negara

39.

Malaysia menjalin hubungan serantau dengan beberapa buah negara.

Apakah kesan hubungan tersebut?

a)

Kemasukan imigran bertambah

b)

Hasil bumi dikongsi bersama

c)

Wilayah pentadbiran meluas

d)

Kedaulatan negara terjamin

40.

Apakah isu yang dibincangkan dalam persidangan berikut?

Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 3 hingga 14 Jun 1992

a)

Polarisasi kaum

b)

Kepadatan penduduk

c)

Kekurangan bekalan air

d)

Pencemaran alam sekitar