wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah - Trial SPM Kelantan 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan pembentukan tamadun awal dunia.

Tamadun Indus: Lembah Sungai Indus

X: Lembah Sungai Nil


Apakah X? [T4B1M17]

a)

Tamadun Rom

b)

Tamadun Hwang Ho

c)

Tamadun Mesir Purba

d)

Tamadun Mesopotamia

2.

Kod Undang-Undang Hammurabi digubal semasa Raja Hammurabi memerintah Babylon.


Apakah prinsip undang-undang tersebut? [T4B1M14]

a)

Menekankan konsep kerjasama antara masyarakat

b)

Berasaskan adat dan kepercayaan masyarakat

c)

Hukuman yang sama untuk semua golongan

d)

Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

3.

Maklumat berikut merupakan bidang tumpuan dalam sistem pendidikan masyarakat di Athens.

Sukan

Seni berpidato

Kesusasteraan


Mengapakah bidang tersebut penting? [T4B2M53]

a)

Membina watak kepimpinan

b)

Memudahkan mobiliti sosial

c)

Melahirkan rakyat yang seimbang

d)

Memperkukuh jati diri masyarakat

4.

Gambar merupakah pengasas akademi falsafah di Athens.

Menurut Plato, ahli falsafah adalah orang yang paling layak memerintah negara.


Mengapakah beliau berpendapat demikian? [T4B2M56]

a)

Berupaya menggubal undang-undang

b)

Memahami strategi peperangan

c)

Mendapat sokongan rakyat

d)

Berketurunan bangsawan

5.

Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan awal di Asia Tenggara? [T4B3M85]

a)

Menjaga keamanan negara

b)

Mentadbir wilayah jajahan

c)

Mengetuai upacara keagamaan

d)

Menguruskan perbendaharaan

6.

Maklumat merujuk kepada pentadbiran sebuah kerajaan di Asia Tenggara.

Kumpulan anak raja

Yuvaraja

Pratiyuvaraja

Raja Kumara


Apakah kerajaan tersebut? [T4B3M86]

a)

Angkor

b)

Srivijaya

c)

Majapahit

d)

Kedah Tua

7.

Mengapakah perbalahan sering terjadi antara kabilah Arab pada Zaman Jahiliah? [T4B4M102]

a)

Semangat pahlawan

b)

Ketiadaan pemimpin

c)

Kemasukan pengaruh luar

d)

Semangat kesukuan menebal

8.

X

Tiga tahun secara rahsia

Sepuluh tahun secara terbuka


X dalam rajah di atas merujuk kepada [T4B4M108-109]

a)

Pembentukan negara

b)

Penyebaran agama Islam

c)

Penghijrahan orang Islam

d)

Perkembangan pendidikan Islam

9.

Apakah persamaan kandungan Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua? [T4B5M118-119]

a)

Kesediaan mempertahankan Islam

b)

Jaminan keselamatan orang Islam

c)

Pembentukan Piagam Madinah

d)

Penghijrahan ke kota Madinah

10.

Nabi Muhammad SAW membuka semua kota Makkah pada 630 Masihi.


Mengapakah peristiwa tersebut berlaku? [T4B5M134]

a)

Permintaan pembesar Quraisy

b)

Tentera Quraisy menyerah kalah

c)

Kaum Quraisy menzalimi orang Islam

d)

Orang Quraisy mencabuli perjanjian

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan ancaman terhadap kerajaan Islam Madinah..

Kerajaan Rom Timur (Byzantines)

Kerajaan Parsi


Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut? [T4B6M145]

a)

Mengambil tindakan ketenteraan

b)

Menamatkan hubungan diplomatik

c)

Menghantar bayaran ufti setiap tahun

d)

Menandatangani perjanjian persahabatan

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan bandar utama kerajaan Islam.

Cordova: Bani Umaiyah

Baghdad: Bani Abbasiyah


Apakah persamaan bandar tersebut [T4B6M153-156]

a)

Pusat perkembangan ilmu

b)

Pelabuhan yang strategik

c)

Pusat perdagangan antarabangsa

d)

Perusahaan pembuatan barangan

13.

Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzafar Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi di Sumatera Utara.


Mengapakah mereka berbuat demikian? [T4B7M180]

a)

Menjalinkan hubungan diplomatik

b)

Meluaskan penyebaran Islam

c)

Mengukuhkan empayar Melaka

d)

Meningkatkan hubungan diplomatik

14.

Maklumat berikut berkaitan sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.

1) Waktu pembelajaran tidak terbatas

2) Pelajar mengambil masa yang panjang untuk menamatkan pengajian


Apakah institusi yang berkaitan dengan maklumat tersebut? [T4B8M203]

a)

Istana

b)

Masjid

c)

Pondok

d)

Madrasah

15.

Bagaimanakah laksamana membantu meneruskan perkembangan Islam di Melaka pada abad ke-16? [T4B8M209]

a)

Menjaga keselamatan perairan

b)

Mentadbir kemudahan di pelabuhan

c)

Mengawal keamanan dalam negeri

d)

Mengetuai hal ehwal protokol

16.

Bagaimanakah konsep daulat diperkukuhkan dalam masyarakat Melayu tradisional? [T4B8M197-198]

a)

Melalui pendidikan formal

b)

Mengiktiraf golongan bangsawan

c)

Melaksanakan upacara pertabalan

d)

Menyeragamkan sistem cukai

17.

Mengapakah Martin Luther menentang amalan penjualan surat pengampunan dari gereja di Eropah pada abad ke-16? [T4B9M221]

a)

Kuasa raja tercabar

b)

Rakyat jelata tertindas

c)

Kadar jenayah meningkat

d)

Ajaran agama diseleweng

18.

Maklumat berkaitan dengan revolusi perindustrian di Britain.

Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act)


Apakah kesan pelaksanaan akta tersebut? [T4B9M236]

a)

Harga barangan berkurangan

b)

Buruh asing dilarang bekerja

c)

Gaji pekerja tidak meningkat

d)

Wanita dilarang bekerja di kilang

19.

Jadual di bawah berkaitan dengan mata wang yang digunakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.

Kelantan: Dinar emas

Pahang: Jongkong tampang

Terengganu: Kupang emas


Mengapakah penggunaan mata wang tersebut semakin pupus menjelang abad ke-19? [T4B10M255-256]

a)

Kekurangan logam

b)

Kelembapan ekonomi

c)

Pengenalan wang kertas

d)

Penggunaan syiling emas

20.

Apakah tujuan Land Settlement Order dikuatkuasakan di Sarawak pada tahun 1933? [T4B10M261]

a)

Memajukan kegiatan pertanian

b)

Melindungi tanah milik pribumi

c)

Membenarkan imigran memiliki tanah

d)

Memudahkan usaha membina kemudahan asas

21.

Mengapakah negara Asia berikut menjadi sasaran imperialis Barat pada abad ke-17? [T5B1M6]

China

India

a)

Kepelbagaian budaya

b)

Kestabilan politik

c)

Keluasan pasaran

d)

Ketinggian tamadun

22.

Mongkut

Chulalongkorn

Bagaimanakah tokoh tersebut mengekalkan kemerdekaan Thailand? [T5B1M12]

a)

Memperkenalkan birokrasi Barat

b)

Melonggarkan syarat kerakyatan

c)

Menjalin hubungan dengan China

d)

Merangka perlembagaan baru

23.

Maklumat di bawah merujuk wilayah yang ditakluki British di Tanah Melayu pada abad ke-19.

Perak

Kelantan

Pahang


Mengapakah British menakluki kawasan tersebut? [T5B2M30]

a)

Menyebarkan pengaruh agama

b)

Membanteras ancaman komunis

c)

Menguasai perdagangan rempah

d)

Memperkukuh kedudukan politik

24.

Jadual berikut menerangkan perkembangan yang berlaku di Naning pada awal abad ke-19.

1831

Penghulu Dol Said berjaya mengalahkan tentera British


Apakah faktor yang membawa kepada kejayaan tersebut? [T5B2M32]

a)

Penggunaan senjata moden

b)

Kekuatan kubu pertahanan

c)

Kesetiaan tentera upahan

d)

Bantuan tentera luar

25.

Anda merupakan pemimpin Kaum Muda sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.

Bagaimanakah anda menyebarkan idea perjuangan Kaum Muda? [T5B2M50]


I - Menguatkuasakan undang-undang

II - Mendapatkan sokongan pembesar

III - Menubuhkan madrasah

IV - Menerbitkan akhbar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Tanah Melayu.


Apakah tujuan perlembagaan digubal? [T5B3M74]

a)

Memantapkan hubungan luar

b)

Melindungi kepentingan rakyat

c)

Menghalang kemasukan imigran

d)

Mengawal penubuhan parti politik

27.

Bagaimanakah pemerintah Johor menghalang percubaan British dalam mencampuri urusan pentadbiran? [T5B3M82]

a)

Menubuhkan angkatan tentera

b)

Menggubal undang-undang baru

c)

Memajukan aktiviti perlombongan

d)

Mengukuhkan perpaduan penduduk

28.

Dialog di bawah mungkin berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1940-an.

Ahmad : Isu berkaitan agama Islam mendorong orang Melayu menentang Malayan Union

Syukri: Mereka bimbang agama Islam akan terjejas!


Isu agama dalam dialog tersebut merujuk kepada [T5B4M99]

a)

hak mengutip zakat fitrah

b)

larangan membina rumah ibadat

c)

kuasa menggubal undang-undang

d)

halangan mengadakan ceramah agama

29.

Maklumat berikut berkaitan reaksi pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

AMCJA dan PUTERA telah mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik, demonstrasi dan mogok untu menentang British dan UMNO.


Apakah kejayaan daripada penentangan tersebut? [T5B4M106]

a)

Pilihan raya diadakan

b)

Kebebasan bersuara diberikan

c)

Jawatankuasa Perunding ditubuhkan

d)

Pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri

30.

Jadual di bawah menunjukkan perubahan yang berlaku di Tanah Melayu.

1951

Pengenalan Sistem Ahli


Mengapakah British melakukan perubahan tersebut? [T5B5M117]

a)

Memberikan latihan pentadbiran

b)

Menanamkan semangat taat setia

c)

Melicinkan struktur pentadbiran

d)

Mengiktiraf hak orang dagang

31.

Rundingan berikut telah diadakan di Tanah Melayu pada tahun 1940-an.

Perundingan UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)


Apakah perkara yang dipersetujui dalam perundingan tersebut? [T5B5M120]


I - Pelaksanaan Sistem Ahli 1951

II - Penggubalan Perlembagaan Rakyat

III - Pemberian Kerakyata Negeri 1951

IV - Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Ucapan berikut merujuk faktor penyertaan Singapura dalam Malaysia.

“Saya percaya pengalaman lama Perseketuan Tanah Melayu dapat membantu kita.”

Lee Kuan Yew


Ucapan tersebut merujuk kepada [T5B6M139]

a)

kesepakatan para pemimpin

b)

kecekapan sistem pentadbiran

c)

keberkesanan perjuangan kemerdekaan

d)

kejayaan membanteras pengaruh komunis

33.

Tokoh berikut telah banyak berjasa kepada Malaysia.

Tun Haji Abdul Razak

Tun H.S. Lee

Tun V.T. Sambanthan


Apakah jasa mereka? [T5B6M155]

a)

Menyatupadukan rakyat

b)

Menentang Malayan Union

c)

Menamatkan zaman Darurat

d)

Menjadi Yang di-Pertuan Dewan Negara

34.

Petikan berikut menerangkan tentang ancaman komunis di Asia Tenggara.

Teori Domino berpengaruh dalam politik Asia Tenggara pada tahun-tahun 1960-an. Menurut teori ini, komunis yang sudah bertapak di Indo-China akan menguasai negara-negara lain di Asia Tenggara.

Sumber: Sejarah Malaysia 1800-1963, Mohd Isa Othman


Apakah tindakan pemimpin kita untuk mengelakkan ancaman tersebut? [T5B7M161]

a)

Menubuhkan Majlis Gerakan Negara

b)

Membentuk Persekutuan Malaysia

c)

Menyekat kemasukan imigran

d)

Meminda perlembagaan

35.

Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil? [T5B7M179]

a)

Tidak membenarkan wakil parti politik memantau pilihan raya

b)

Tidak memihak kepada mana-mana parti politik

c)

Membenarkan calon mengemukakan sebarang isu

d)

Melantik pegawai pengurus pilihan raya luar negara

36.

Maklumat berikut menerangkan langkah kerajaan untuk memajukan ekonomi negara.

1 Mac 1966

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Bank Bumiputera


Apakah kesan langkah tersebut? [T5B8M201]

a)

Perkembangan kemudahan asas

b)

Peningkatan produktiviti pertanian

c)

Peningkatan sektor perusahaan

d)

Pembukaan tanah baharu

37.

Rajah di bawah merujuk kepada matlamat dasar pembangunan ekonomi negara.

Dasar Kependudukan

Mencapai 70 juta penduduk menjelang tahun 2100


Mengapakah matlamat tersebut disasarkan? [T5B8M209]

a)

Meluaskan pasaran

b)

Memantapkan perpaduan

c)

Mengurangkan beban kewangan

d)

Meningkatkan peluang pekerjaan

38.

Dasar sosial berikut memberi sumbangan kepada Malaysia.

Dasar Bahasa Kebangsaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Apakah sumbangan dasar di atas? [T5B8M211]

a)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Menjamin kecemerlangan negara

d)

Membina masyarakat berdaya saing

39.

Kedua-dua blok berikut muncul selepas Perang Dunia Kedua.

Blok Kapitalis

Blok Komunis


Mengapakah Negara-Negara Dunia Ketiga tidak menyertai kedua-dua blok? [T5B9M235]

a)

Mematuhi Piagam PBB

b)

Menganggotai Kuasa Berikat

c)

Menghadapi konflik dalaman

d)

Mengamalkan sikap berkecuali

40.

Maklumat berikut adalah prinsip ASEAN.

Zon Bebas, Aman dan Berkecuali (ZOPFAN)


Apakah kepentingannya? [T5B9M258]

a)

Mengukuhkan pertahanan negara

b)

Mengekalkan keamanan negara

c)

Memantapkan hubungan luar

d)

Mengekalkan sistem beraja