NEW
Font size
WorksheetsSejarah - Trial SPM Terengganu 2020
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Pengamalan sifat keterbukaan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Apakah kesan pengamalan sifat keterbukaan dalam petikan di atas? [T4B1]
Penyebaran agama
Perkembangan bidang tulisan
Perluasan wilayah pengaruh
Pertukaran teknologi
Negara kota Anyang terdapatnya istana, kuil dan pusat pentadbiran yang dikelilingi oleh tembok.
Apakah fungsi binaan tembok tersebut? [T4B1]
Membentuk pembahagian kawasan
Menstruktur lapisan masyarakat
Mengukuhkan pertahanan
Menjadi lambang kekayaan negara
Apakah faktor yang membantu kejayaan Shih Huang Ti dalam menyatukan seluruh wilayah kecil di China? [T4B2]
I - Sokongan daripada rakyat
II - Kemajuan bidang perdagangan
III - Pemerintahan secara autokratik
IV - Penghapusan kuasa bangsawan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Seni bina
Panthenon
Acropolis
Binaan di atas dikaitkan dengan tamadun [T4B2]
Yunani
China
India
Rom
Bagaimanakah kerajaan Funan berubah daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim? [T4B3]
Pertahanan laut yang kuat
Pelabuhan yang strategik
Pertanian merosot
Persaingan kuasa
Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan awal di Asia Tenggara? [T4B3]
Mentadbir wilayah
Menjaga keamanan
Menguruskan pembendaharaan
Mengetuai upacara keagamaan
Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar al-Amin? [T4B4]
Sentiasa dipercayai
Berpengalaman luas
Keturunan baginda dihormati
Bergaul dengan setiap lapisan masyarakat
Apakah kesan pengamalan Sistem Kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah? [T4B4]
Pentadbiran pusat menjadi kukuh
Pengukuhan semangat assabiah
Kebebasan beragama diamalkan
Hubungan dengan pihak luar ditingkatkan
Apakah yang dimaksudkan dengan kota Madinah al-Munawwarah? [T4B5]
Kota Hijaz
Kota Yathrib
Bandar bercahaya
Bandar kemuliaan
Mengapakah Uthman bin Affan dipilih untuk ke Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah? [T4B5]
Sifat lemah lembut
Disokong kaum Ansar
Keturunan Bani Hasyim
Seorang hartawan
X
Golongan bukan Islam yang memilih untuk mengekalkan agama asal tetapi rela hidup di bawah pemerintahan Islam
Siapakah golongan X? [T4B6]
Mozarab
Mawali
Mudejar
Zimmi
Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Ghazi? [T4B6]
Semangat pahlawan yang sanggup berkorban
Kumpulan tentera infantri elit dalam sistem ketenteraan
Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan umat Islam
Kemahiran bermain senjata dalam peperangan
Senarai berikut adalah teori kedatangan Islam di Asia Tenggara.
Islam dari Arab
Islam dari India
Islam dari China
Apakah persamaan cara penyebaran Islam berdasarkan ketiga-tiga teori tersebut? [T4B7]
Perluasan kuasa
Pertukaran kebudayaan
Kegiatan perdagangan
Kegiatan kesusasteraan
Ulama mengislamkan golongan raja dan bangsawan terlebih dahulu supaya Islam tersebar luas di Asia Tenggara.
Mengapakah ulama bertindak demikian? [T4B7]
Mematuhi konsep kedaulatan
Mengetahui kesetiaan rakyat
Menghormati kuasa mutlak
Melindungi kepentingan pemerintah
Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal.
Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut? [T4B8]
Pelantikan ketua adat
Keturunan sebelah bapa diutamakan
Perkahwinan sesama suku
Anak perempuan mewarisi harta
Mengapakah institusi baitulmal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka? [T4B8]
Menetapkan kadar cukai
Menguruskan harta kerajaan
Mengendalikan adat istiadat istana
Menentukan bidang tugas pembesar
Jadual berkaitan dengan tokoh di Eropah pada abad ke-15.
Ferdinand Aragon: Sepanyol
Putera Henry: Portugal
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tokoh tersebut? [T4B9]
Penerokaan kawasan Timur
Pembukaan pelabuhan baru
Peperangan sesama mazhab
Perebutan takhta pemerintahan
Golongan berikut muncul di Eropah pada zaman Kemuncak Pertengahan.
Artisan
Pedagang
Ahli Perbankan
Apakah faktor kemunculan golongan tersebut? [T4B9]
Kehadiran orang gasar
Kelahiran golongan baron
Pengukuhan institusi parlimen
Pembukaan bandar besar
Bagaimanakah Akta Tanah Simpanan Melayu yang diperkenalkan oleh British pada 25 November 1913 memanfaatkan orang Melayu? [T4B10]
Memperkenalkan sistem perladangan
Mengekalkan hak milik
Mempelbagaikan jenis tanaman
Meneruskan ekonomi tradisional
Jadual berikut berkaitan dengan mata wang yang digunakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.
Kelantan: Dinar Emas
Pahang: Jongkong Tampang
Terengganu: Kupang Emas
Mengapakah penggunaan mata wang tersebut semakin pupus menjelang abad ke-19? [T4B10]
Kekurangan logam
Kelembapan ekonomi
Pengenalan wang kertas
Penggunaan syiling emas
Pembesar Mandarin di Vietnam dipilih melalui [T5B1]
peperiksaan
pemilihan rakyat
pelantikan maharaja
persetujuan bangsawan
Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku? [T5B1]
Kewujudan golongan bangsawan
Kemunculan ramai golongan intelek
Kepelbagaian sukatan mata pelajaran
Kemasukan kaum imigran tidak terkawal
Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak? [T5B2]
Larangan mengutip hasil hutan
Menghalang kemasukan imigran
Campur tangan dalam pentadbiran
Mengambil alih aktiviti perlombongan
Gambar berikut adalah Mohammad Eunos Abdullah, pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke-20.
Antara sumbangan beliau terhadap orang Melayu di Singapura ialah [T5B2]
mewartakan tanah pertanian
memberi peluang pendidikan
mendapatkan petempatan khas
menyediakan tapak perniagaan
Bagaimanakah sempadan kerajaan yang diperintah oleh seseorang raja dalam kerajaan Melayu tradisional ditentukan? [T5B3]
Kesetiaan rakyat
Kekayaan hasil bumi
Kegiatan perdagangan
Konsep keutuhan
Senarai berikut menunjukkan negara bangsa yang baru muncul di Eropah selepas Perang Dunia Pertama.
Czechoslovakia
Finland
Poland
Apakah peristiwa yang menyebabkan kemunculan negara bangsa baru ini? [T5B3]
Persidangan Damai Paris
Perjanjian Versailles
Penyatuan Etnik Prusia
Persekutuan Yugoslavia
Berikut ialah tiga unit pentadbiran yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Negeri-Negeri Selat (NNS)
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
Mengapakah British menggabungkan ketiga-tiga unit pentadbiran tersebut dalam Perjanjian Malayan Union 1946? [T5B4]
I - Melicinkan pentadbiran
II - Menghapuskan pengaruh komunis
III - Memajukan penduduk tempatan
IV - Menjimatkan kewangan kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946. Mengapakah penyerahan tersebut ditentang oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan Sarawak? [T5B4]
Percanggahan dengan Perlembagaan 1941
Penghapusan hak istimewa peribumi
Penipuan terhadap pembesar
Penentangan Majlis Negeri
Mengapakah British bersetuju memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada tahun 1951? [T5B5]
I - Merangka perlembagaan baru
II - Mengiktiraf sistem pemerintahan beraja
III - Memberi pendedahan ke arah berkerajaan sendiri
IV - Mengurangkan tekanan oleh Parti Komunis Malaya
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman mengadakan kerjasama antara UMNO dan MCA untuk menghadapi pilihan raya Majlis Perbandaran? [T5B5]
Membuka keahlian UMNO kepada orang Cina
Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya
Melantik Jawatankuasa Pilihan Raya
Pada bulan September 1965, Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno di Indonesia.
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap Malaysia? [T5B6]
Golongan radikal memberontak
Kedaulatan negara tergugat
Dasar Konfrontasi tamat
Hubungan luar terhad
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Singapura.
1961: Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim, Singapura
Mengapakah peristiwa tersebut membimbangkan Lee Kuan Yew? [T5B6]
Menghalang kemajuan perdagangan
Menggugat kemerdekaan negeri
Menjejaskan perpaduan kaum
Mengukuhkan kuasa British
Maklumat berikut berkaitan dengan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya.
Parti Maju: Muthu
Parti Sejahtera: Selamat
Berdasarkan peraturan pilihan raya di Malaysia, mengapakah kedua-dua calon tersebut layak bertanding? [T5B7]
Tiada perniagaan
Memiliki kekayaan
Bukan penjawat awam
Memiliki ramai penyokong
Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan parti politik di Sarawak sehinggga tahun 1963.
1940: Penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) & pemimpinnya Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
Apakah tujuan penubuhannya? [T5B7]
Mendapatkan kemerdekaan
Melahirkan rasa taat setia
Melindungi kaum bumiputera
Menyatupadukan penduduk
Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem tersebut? [T5B7]
I - Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara
II - Berhak membatalkan sesuatu undang-undang
III - Bertindak atas nasihat Perdana Menteri
IV - Boleh menggunakan kuasa budi bicara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah berkaitan dengan penubuhan agensi dalam Rancangan Malaya Pertama.
Dalam rancangan ini, penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru dan menjadi petani moden.
Agensi yang dimaksudkan adalah [T5B8]
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MARDI)
Mengapakah Buku Merah diperkenalkan dalam Rancangan Malaya Kedua? [T5B8]
Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan negara
Mengawal mutu perkhidmatan pegawai kerajaan
Memantau pengurusan kewangan negara
Memeriksa tahap kesihatan penduduk
Antara langkah kerajaan untuk memajukan bahasa Melayu adalah dengan [T5B8]
I - melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
II - menggunakan bahasa Melayu di peringkat pra sekolah
III - menggalakan mahkamah menggunakan bahasa Melayu
IV - menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Logo berkaitan dengan salah satu pertubuhan yang dianggotai Malaysia pada tahun 1957 demi keamanan dunia.
Pertubuhan yang dimaksudkan adalah [T5B9]
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Lakaran peta menunjukkan kawasan Koridor Raya Multimedia dan keluasannya.
Apakah tujuan penubuhan kawasan koridor tersebut? [T5B9]
Menggalakkan pembangunan industri
Mengawal kemasukan pendatang asing
Membentuk masyarakat bermaklumat
Membangunkan kawasan berprestasi rendah
