Font size
WorksheetsGAME PLAN SEJARAH SPM 2025 - SET 2022
Total questions: 40
Worksheet time: 3600secs
Apakah dua faktor yang menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan Melayu yang terkenal?
Dinaungi kerajaan berhampiran
Pemerintah mempunyai wawasan
Berada di laluan yang strategik
Mendapat bantuan dari luar
Apakah tugas Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Mengetuai pentadbiran
Menguruskan kewangan
Menjaga keselamatan kota
Mengutip cukai perdagangan
Mengapakah gerakan nasionalisme di China menentang pemerintahan Dinasti Manchu?
Gagal menghalang kemasukan Barat
Rakyat dibebani cukai yang tinggi
Menentang golongan Mandarin
Fahaman komunis berkembang
Pasangan pernyataan yang manakah betul tentang tujuan gerakan nasionalisme di Thailand dengan gerakan nasionalisme di negara lain di Asia Tenggara?
A
B
C
D
Mengapakah gerakan nasionalisme muncul di negara kita?
Kemunculan golongan intelek
Kegiatan ekonomi pelbagai
Galakan daripada kerajaan
Bantuan negara luar
Revolusi Perancis berlaku pada tahun 1879.
Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Perancis?
Kedudukan bangsawan kukuh
Sistem republik dilaksanakan
Kuasa parlimen tergugat
Wilayah kecil merdeka
Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut?
Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa
Rakyat disatukan berdasarkan agama
Amalan realpolitik diharamkan
Sistem monarki dipulihkan
Bagi menangani kemelesetan ekonomi di Tanah Melayu, Jepun telah memperkenalkan ...
(Pilih DUA jawapan tepat)
Jawatankuasa Penyelidikan Bahan
Rancangan Pengeluaran Lima Tahun
Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda
Rancangan Kemakmuran Bersama Asia Timur
Maklumat berikut berkaitan dengan sejarah Sistem Persekutuan di Malaysia.
- Negeri-negeri Melayu Bersekutu
- Malayan Union 1946
- Persekutuan Tanah Melayu 1948
Apakah persamaan yang terkandung dalam sistem tersebut?
Raja berkuasa mutlak
Penyatuan beberapa negeri
Pengukuhan undang-undang adat
Majlis Perundangan Persekutuan dibubarkan
Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap Tanah Melayu?
Komposisi kaum seimbang
Kuasa kerajaan negeri kurang
Berpeluang berkerajaan sendiri
Undang-undang tradisional mansuh
Perkara yang manakah terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Syarat kewarganegaraan
Kemerdekaan tanah air
Pendidikan vernakular
Pilihan raya umum
Apakah dua kuasa kerajaan di bawah Undang-Undang Darurat yang dikuatkuasakan pada tahun 1948?
Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dengan pergerakan komunis
Menghantar pulang kaum imigran bagi mengelakkan sifat perkauman
Mempelbagaikan tanaman makanan untuk menjamin makanan mencukupi
Mengenakan hukuman mati terhadap sesiapa yang membawa senjata api
Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Apakah matlamat perjuangan komunis di Tanah Melayu?
Mengusir semua penjajah
Menyatukan pelbagai kaum
Menentang konsep Melayu Raya
Menubuhkan sebuah negara republik
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.
Sejauhmanakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi?
Pemerintahan bebas daripada kawalan kerajaan pusat
Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan
Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja
Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir
Maklumat berikut berkaitan dengan tugas Ahli dalam Sistem Ahli pada tahun 1951.
Mengapakah tugas tersebut ditetapkan pada setiap Ahli?
Menggalakkan kemasukan pelabur
Menjimatkan perbelanjaan kerajaan
Menyediakan langkah berkerajaan sendiri
Mengekalkan sistem pentadbiran tradisional
Mengapakah pilihan raya dilaksanakan?
Menggalakkan penubuhan parti politik
Membentuk kerajaan yang mantap
Menjimatkan perbelanjaan negara
Meneruskan warisan bangsa
Apakah dua tujuan Pilihan Raya Umum pertama di Tanah Melayu diadakan pada tahun 1955?
Mengawal pemberian kerakyatan kepada orang asing
Memperkukuh kerjasama rakyat dalam politik
Mempercepat proses kemerdekaan tanah air
Menghalang kemasukan kaum imigran
Apakah dua perkara yang berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Pegawai British menasihati raja dalam pentadbiran
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
Agama Islam sebagai agama Persekutuan
Sultan menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan
Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid).
Apakah X ?
Menentukan sempadan negeri
Menggubal syarat kerakyatan
Merangka perlembagaan negara
Mencadangkan tarikh pilihan raya
Konsep kedaulatan tradisional merujuk kepada ...
raja memiliki kuasa tertinggi dalam pentadbiran
pengiktirafan badan antarabangsa terhadap negara
perkongsian kuasa antara badan-badan pemerintah
rakyat berhak menentukan hala tuju pentadbiran negara
Apakah dua ciri negara yang berdaulat?
Kerajaan yang sistematik
Sempadan yang jelas
Rakyat berbilang kaum
Mendapat naungan kerajaan asing
Mengapakah Perlembagaan penting terhadap sesebuah negara?
Mengekalkan kuasa penuh kerajaan negeri
Memberi kebebasan penuh kepada rakyat
Mengekalkan kuasa mutlak raja-raja
Menetapkan hala tuju pemerintahan negara
Mengapakah pindaan perlembagaan negara dilakukan pada tahun 1965?
Singapura berpisah daripada Malaysia
Hak autonomi Sarawak dan Sabah
Pengisytiharan bahasa kebangsaan
Pengasingan kuasa pemerintahan
British telah memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-Negeri Selat pada abad ke-19.
Mengapakah British memperkenalkan Charter of Justice tersebut?
Mempelbagai kegiatan ekonomi
Membendung keganasan komunis
Menghalang campur tangan kuasa asing
Mengelakkan penindasan terhadap penduduk
Rajah berikut berkaitan dengan komponen Parlimen Malaysia.
Apakah X ?
Dewan Negara
Jemaah Menteri
Raja-raja Melayu
Badan Kehakiman
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.
Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?
Melantik Yang di-Pertuan Agong
Mengamalkan gaya hidup bebas
Memiliki dua kewarganegaraan
Memilih pemimpin negara
Berikut adalah kerajaan tempatan di negara kita.
Apakah fungsi kerajaan tempatan tersebut?
Memberi bantuan kewangan
Membina kemudahan awam
Mengawal sempadan negeri
Membina rumah ibadat
Senarai Bersama ialah perkara yang membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang untuk perkara yang sama.
Antara yang berikut, yang manakah dua bidang kuasa dalam Senarai Bersama?
Kewangan
Kerakyatan
Kebajikan awam
Kebudayaan dan sukan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berusaha untuk membolehkan golongan pertengahan memiliki rumah kediaman.
Bagaimanakah kedua-dua kerajaan mencapai matlamat tersebut?
Menyekat pembinaan rumah-rumah mewah
Memperbanyak pembinaan rumah mampu milik
Menyediakan pinjaman perumahan tanpa faedah
Melarang warga asing membeli rumah di Malaysia
Berikut adalah tokoh Melayu yang mencadangkan idea penggabungan wilayah sejak sebelum Perang Dunia Kedua.
Mereka mencadangkan supaya Tanah Melayu digabungkan dengan ....
Sabah
Sarawak
Indonesia
Thailand
Pegawai British berikut mencadangkan idea pembentukan Malaysia.
Apakah dua sebab mereka mencadangkan pembentukan Malaysia?
Meredakan tekanan
Memperkukuh kuasa
Memanfaatkan potensi ekonomi
Memperkasa keselamatan wilayah
Mengapakah Singapura berpisah daripada Malaysia?
Ancaman daripada parti komunis
Enggan mematuhi dasar kerajaan
Menentang pilihan raya negeri
Bantahan oleh Majlis Negeri
Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, wilayah dan kawasan di negara kita.
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah tersebut?
Menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MAPEN)
Membentuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama
Melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Perkara berikut berkaitan dengan cadangan aktiviti kokurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Mengapakah aktiviti kokurikulum diberi tumpuan?
Memupuk perpaduan kaum
Melahirkan atlet bertaraf dunia
Mempelbagai aliran persekolahan
Meningkatkan kemahiran teknologi
Gambar berikut berkaitan dengan perkhidmatan Feri Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1986.
Mengapakah perkhidmatan tersebut diperkenalkan?
Memperkasa aktiviti perdagangan
Meningkatkan keselamatan negara
Menggiatkan penerokaan sumber asli
Meningkatkan integrasi antara wilayah
Maklumat berikut berkaitan dengan polarisasi kaum di Tanah Melayu pada zaman British.
Apakah kesan polarisasi tersebut?
Perpaduan rakyat lemah
Taraf hidup meningkat
Identiti bangsa luntur
Pentadbiran seragam
Dasar Ekonomi Baru bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Bagaimanakah cara untuk mencapai tujuan tersebut?
Membuka kampung-kampung baharu
Melaksanakan pembangunan wilayah
Mengurangkan kemasukan imigran
Mengurangkan saham milik asing
Malaysia menjalin hubungan serantau dengan beberapa buah negara.
Apakah kesan hubungan serantau tersebut?
Kemasukan imigran bertambah
Hasil bumi dikongsi bersama
Kedaulatan negara terjamin
Wilayah pentadbiran meluas
Semasa Tunku Abdul Rahman menjawat jawatan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, beliau mengamalkan dasar luar ...
tidak memihak kepada mana-mana kuasa
berbaik-baik dengan semua negara
mengutamakan negara serantau
probarat dan antikomunis
Malaysia telah memperkenalkan Anugerah Langkawi mulai tahun 1991.
Apakah tujuan anugerah tersebut diperkenalkan?
Menghargai sumbangan dalam bidang keamanan
Menghargai sumbangan dalam bidang alam sekitar
Menggalakkan penglibatan dalam bidang teknologi
Mengiktiraf penglibatan dalam bidang kemanusiaan
