wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL JOHOR 2022

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Soalan berikut berkaitan dengan wilayah pengaruh dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka.

X

· Diperoleh melalui peperangan

· Contoh Pahang, Kelantan dan Rokan

Apakah  X?

a)

Wilayah naungan

b)

Wilayah taklukan

c)

Wilayah kedaulatan

d)

Wilayah persekutuan

2.

Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberi perhatian.

Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini?

a)

Memastikan ketua keluarga memainkan peranannya

b)

Memastikan adat-adat pernikahan dipatuhi

c)

Memastikan keharmonian dalam keluarga

d)

Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan nasionalisme di Barat.

· Revolusi Keagungan (1688)

· Revolusi Amerika (1776)

· Revolusi Perancis (1789)

Apakah kesan daripada peristiwa di atas terhadap negara kita?

a)

Kesedaran memperjuangkan kedaulatan negara

b)

Kemunculan kerajaan pusat dan kerajaan negeri

c)

Kebangkitan rakyat menentang raja berkuasa mutlak

d)

Kemunculan rusuhan jalanan untuk menumbangkan kerajaan

4.

Novel berikut merupakan hasil penulisan kreatif Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad.

 Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila

Bagaimanakah Pak Sako memberikan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu?

I Meningkatkan ilmu pengetahuan

II Menyentuh sindiran kepada penjajah

III Mengingatkan kepentingan kebebasan

IV Menyeru rakyat kembali kepada Islam

a)

I dan II-Meningkatkan ilmu pengetahuan

dan menyentuh sindiran kepada penjajah

b)

I dan IV-Meningkatkan ilmu pengetahuan dan menyeru rakyat kembali kepada Islam

c)

II dan III- Menyentuh sindiran kepada penjajah dan mengingatkan kepentingan kebebasan

d)

III dan IV-Mengingatkan kepentingan kebebasan dan menyeru rakyat kembali kepada Islam

5.

Perang Dunia Kedua  berlaku pada tahun 1939 hingga 1945.

Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya perang tersebut?

a)

Krisis rantau Balkan

b)

Persidangan Damai Paris

c)

Kemunculan pakatan tentera

d)

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

6.

Kekejaman tentera Jepun dan kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mencetuskan penentangan penduduk.

Apakah cara penentangan tersebut?

a)

Menubuhkan  Rejimen Askar Melayu

b)

Menubuhkan Tentera Semut

c)

Melancarkan Perang Saraf

d)

Mengadakan demonstrasi

7.

Soalan berikut berkaitan dengan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union.

Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Apakah implikasi terhadap institusi beraja sekiranya Malayan Union berjaya dilaksanakan?

a)

Kedudukan raja diiktiraf Malayan Union

b)

Kedaulatan institusi beraja akan terhapus

c)

Kepimpinan pemimpin tempatan tergugat

d)

Keistimewaan orang-orang Melayu hilang

8.

Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946.

Mengapakah penyerahan ini berlaku?

I Masalah kewangan

II Masalah pewarisan takhta

III Mengukuhkan pertahanan

IV Menggalakkan pelaburan luar

a)

I dan II- Masalah kewangan dan masalah pewarisan takhta

b)

I dan IV- Masalah kewangan dan menggalakkan pelaburan luar

c)

II dan III- Masalah pewarisan takhta dan mengukuhkan pertahanan

d)

III dan IV- Mengukuhkan pertahanan dan menggalakkan pelaburan luar

9.

Berikut merupakan ciri-ciri Majlis Perundangan Persekutuan di Tanah Melayu.

· Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British

· Ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum

· Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu

Apakah bidang kuasa majlis tersebut?

a)

Kewarganegaraan

b)

Keselamatan

c)

Kehakiman

d)

Kewangan

10.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mewujudkan  sebuah negara bangsa yang kukuh.

Apakah iktibar yang boleh diambil dari penubuhan ini?

a)

Taat setia kepada pemerintah

b)

Sanggup berkorban demi negara

c)

Hormat menghormati antara kaum

d)

Kerjasama antara rakyat dengan pemimpin

11.

Petikan berikut adalah berkaitan dengan perisytiharan darurat di Tanah Melayu.

Tindakan komunis melancarkan serangan bersenjata di Tanah Melayu telah menyebabkan kerajaan British mengistiharkan darurat.

Dalam situasi bagaimanakah sesebuah kerajaan itu boleh mengistiharkan darurat?

a)

Serangan tentera siber

b)

Berlaku pertukaran kerajaan  

c)

Ancaman kepada keselamatan negara

d)

Provokasi terhadap pemerintahan negara

12.

Gambar berikut adalah berkaitan dengan Auxiliary Police (AP).

Apakah tugas mereka dalam usaha kerajaan memerangi ancaman komunis?

a)

Memusnahkan kubu operasi komunis

b)

Mempertahankan bandar dan kampung

c)

Mengesan tempat persembunyian komunis

d)

Membuat penyusupan dalam organisasi PKM

13.

Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu di Tanah Melayu?

I Tanah Melayu satu-satunya tanah air mereka

II Taat setia orang Melayu yang tidak berbelah bahagi  

III Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu

IV Menyekat penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi

a)

I dan II- Tanah Melayu satu-satunya tanah air mereka dan taat setia orang Melayu yang tidak berbelah bahagi

b)

I dan IV- Tanah Melayu satu-satunya tanah air mereka dan menyekat penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi

c)

II dan III- Taat setia orang Melayu yang tidak berbelah bahagi dan memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu

d)

III dan IV- Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu

dan menyekat penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi

14.

Sistem Ahli diperkenalkan selaras dengan dasar dekolonisasi British di Tanah Melayu.

Siapakah yang bertanggungjawab melantik anggota Sistem Ahli?

a)

Gabenor Jeneral

b)

Yang di-Pertuan Agong  

c)

Setiausaha Tanah Jajahan

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

15.

Encik Salleh adalah warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang berminat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Apakah syarat yang perlu beliau patuhi?

a)

Berumur tidak lebih daripada 21 tahun

b)

Wajib mendaftar sebagai ahli sesebuah parti

c)

Tinggal di Tanah Melayu dalam tempoh 6 bulan terdahulu

d)

Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

16.

Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) berperanan menggubal undang-undang pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah institusi yang memainkan peranan yang sama seperti MPP pada hari ini?

a)

Istana

b)

Parlimen

c)

Mahkamah

d)

Kementerian

17.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.

Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

a)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Mengemukakan memorandum kepada raja-raja Melayu

c)

Memberi kuasa mutlak kepada penduduk untuk mentadbir

d)

Meninjau pendapat penduduk tentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

18.

Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan antara intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Antara berikut yang manakah memberi gambaran jelas tentang Yang di-Pertuan Agong?

I Tidak boleh dibicara di mana-mana mahkamah

II Kuasa mengatasi Perlembagaan Persekutuan

III Ketua agama Islam di semua negeri Melayu

IV Dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun sekali

a)

I dan II-Tidak boleh dibicara di mana-mana mahkamah

dan kuasa mengatasi Perlembagaan Persekutuan

b)

I dan IV- Tidak boleh dibicara di mana-mana mahkamah dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun sekali

c)

II dan III- Kuasa mengatasi Perlembagaan Persekutuan dan ketua agama Islam di semua negeri Melayu

d)

III dan IV- Ketua agama Islam di semua negeri Melayu

dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun sekali

19.

Gambar berikut merupakan lambang-lambang negara yang dibentuk sebelum pengisytiharan kemerdekaan negara.

Apakah kepentingan lambang-lambang tersebut?

a)

Simbol kegigihan

b)

Simbol keagungan

c)

Simbol kegemilangan

d)

Simbol identiti negara

20.

Berikut adalah peranan penting negara pada peringkat antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan.

· Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

· Sertai misi pengaman PBB ke Congo.

 Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan penglibatan ini?

a)

Menjamin keamanan dan kestabilan politik

b)

Mempunyai pemimpin yang berwibawa

c)

Menerima pengiktirafan antarabangsa

d)

Memiliki tentera yang berdisiplin

21.

Maklumat berikut merupakan takrif perkataan kedaulatan dalam bahasa Arab.

Daulah

Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

b)

Kebebasan dan kemerdekaan negara

c)

Kuasa penuh terhadap pemerintahan

d)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan

22.

Perpaduan kaum penting dalam usaha kita mengekalkan kedaulatan negara.

Manakah antara berikut merupakan peranan rakyat untuk mengekalkan perpaduan kaum?

I Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan negara

II Menganggotai pasukan keselamatan dan sukarelawan

III Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan

IV Menghormati agama dan budaya pelbagai kaum

a)

I dan II-Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan negara

dan menganggotai pasukan keselamatan dan sukarelawan

b)

I dan IV- Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan negara dan menghormati agama dan budaya pelbagai kaum

c)

II dan III- Menganggotai pasukan keselamatan dan sukarelawan

dan melibatkan diri dalam program kemasyarakatan

d)

III dan IV- Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan

dan menghormati agama dan budaya pelbagai kaum

23.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sistem demokrasi di Malaysia.

Apakah yang menjadi asas kepada amalan demokrasi tersebut?

a)

Pilihan raya umum 1963

b)

Pilihan raya umum 1958

c)

Pilihan raya umum 1957

d)

Pilihan raya umum 1955

24.

Berikut merupakan pindaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

· Pindaan Perlembagaan 1963

· Pindaan Perlembagaan 1965

Mengapakah pindaan tersebut dilaksanakan?

a)

Menyesuaikannya dengan keperluan semasa

b)

Mengikut permintaan parti-parti politik 

c)

Mengekalkan keluhuran perlembagaan

d)

Melengkapi antara satu sama lain 

25.

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk menggantikan Malayan Union.

Apakah hak dan kuasa Majlis Raja-Raja pada masa itu?

a)

Membincangkan undang-undang berkaitan agama Islam

b)

Membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan

c)

Mendapatkan penerangan tentang dasar Kerajaan Persekutuan

d)

Menasihati Pesuruhjaya Tinggi British

26.

Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi.

Apakah bukti negara kita mengamalkan kebebasan asasi dalam beragama? 

I Menganjurkan aktiviti agama secara tertutup

II Membenarkan sikap diskriminasi terhadap agama lain

III Menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan  

IV Mengizinkan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing

a)

I dan II- Menganjurkan aktiviti agama secara tertutup

dan membenarkan sikap diskriminasi terhadap agama lain

b)

I dan IV- Menganjurkan aktiviti agama secara tertutup dan mengizinkan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing

c)

II dan III- Membenarkan sikap diskriminasi terhadap agama lain

dan menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan

d)

III dan IV- Menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan  

dan mengizinkan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing

27.

Maklumat berikut berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri bagi Sarawak dan Sabah.   

· Senarai Negeri

· Senarai Bersama

· Peruntukan Tambahan

  Mengapakah peruntukan tambahan diberikan kepada negeri tersebut?

a)

Mengelakkan penggubalan undang-undang baharu

b)

Menyesuaikan kemasukan negeri berkenaan ke dalam Malaysia

c)

Memudahkan pengurusan kawasan tempatan di Sabah dan Sarawakan

d)

Membentuk kerajaan tempatan peringkat ketiga di negeri berkenaan

28.

Sistem Persekutuan yang diamalkan di Malaysia telah menjamin kedaulatan dan kestabilan negara ini.

Apakah kekuatan perlaksanaan sistem tersebut?

a)

Mengukuhkan jati diri rakyat

b)

Mewujudkan kerjasama erat

c)

Mengeratkan perpaduan kaum

d)

Menambahkan kekayaan hasil bumi

29.

Jadual di bawah adalah mengenai siri lawatan ke Sarawak dan Sabah untuk merealisasikan pembentukan Malaysia.

 

Tarikh: Julai 1961

Siri Lawatan: Sarawak dan Brunei

Tokoh Terlibat: Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

Tarikh: Ogos 1962

Siri Lawatan: Persekutuan Tanah Melayu

Tokoh Terlibat: Pemimpin Sarawak Dan Sabah

Tarikh: November 1962

Siri Lawatan:  Sarawak dan Sabah

Tokoh Terlibat: Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

Sarawak dan Sabah

Dr. Burhanuddin al-Helmi

Tun Ghafar Baba

                        

Apakah kepentingan siri lawatan tersebut?

a)

Kemampuan mengekalkan kuasa

b)

Kecekapan membangunkan wilayah

c)

Kesepakatan menyelesaikan masalah

d)

Kebijaksanaan mendapatkan kemerdekaan

30.

Pada 30 September 1965, berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia.

Apakah tindakan yang diambil oleh Indonesia kesan daripada perubahan tersebut?

a)

Menamatkan konfrontasi dengan Malaysia

b)

Mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia

c)

Melancarkan serangan gerila di Sarawak dan Sabah

d)

Mendaratkan tenteranya di Labis, Johor

31.

Apakah persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia pada awal Ogos 1965?

a)

Rancangan pemisahan Singapura

b)

Rancangan pembatalan konsep Melayu Raya

c)

Rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia

d)

Rancangan menamatkan konfrontasi dengan Indonesia

32.

Berikut adalah operasi ketenteraan yang dijalankan di  Sarawak

· Operasi Hammer

· Operasi RASCOM

· Operasi Sri Aman

Apakah matlamat operasi tersebut?

a)

Mengawal sempadan

b)

Membuka tanah hutan

c)

Membanteras komunis

d)

Mengadakan latihan tentera

33.

Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk untuk memupuk perpaduan kaum.

Bagaimanakah dasar ini mampu dicapai melalui Laporan Rahman Talib?

a)

Menekankan aktiviti kokurikulum

b)

Mengadakan kurikulum yang sama

c)

Memperkenalkan pelbagai kursus kemahiran

d)

Memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan

34.

Mengapakah Rukun Negara diisytiharkan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970?

a)

Mewujudkan kaum mengikut identiti

b)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

c)

Memperkukuh perpaduan kaum

d)

Melahirkan negara maju

35.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menggunakan beberapa strategi untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Strategi DPN

· Ekonomi

· Sosial

· Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar

Apakah strategi DPN dalam bidang ekonomi?

a)

Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian

b)

Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif

c)

Menyedia dan menambah baik kemudahan asas

d)

Menggunakan sains dan teknologi moden

36.

Apakah petunjuk berlakunya peningkatan kualiti hidup rakyat setelah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?

a)

Peningkatan kos sara hidup rakyat

b)

Penyediaan infrastruktur untuk rakyat

c)

Pertambahan jumlah kedatangan pelancong

d)

Pembentukan kawasan Zon Perindustrian Bebas

37.

Peristiwa yang berlaku pada peringkat antarabangsa berikut memberi kesan kepada negara kita.

Perang Dingin

Blok Barat

Blok Timur

 

Apakah kesan tersebut?

a)

Banyak nyawa terkorban

b)

Bermulanya dasar probarat

c)

Berlaku perubahan dasar luar

d)

Berlaku kemelesetan ekonomi

38.

Apakah peranan organisasi Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR)?

a)

Menyelesaikan jenayah antarabangsa

b)

Melindungi golongan tidak bernegara

c)

Mengawal penyakit berjangkit

d)

Menjamin keamanan dunia

39.

Gambar berikut merupakan logo suatu pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1971.     

* Logo OIC 

Apakah matlamat pertubuhan tersebut?

a)

Memelihara keamanan dunia

b)

Memupuk kerjasama sosiobudaya

c)

Meningkatkan taraf hidup negara miskin

d)

Menjaga kepentingan umat Islam sedunia

40.

Bagaimanakah rakyat Malaysia menyatakan sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin?

 

I Menyalurkan bantuan kemanusiaan

II Mewujudkan tabung sumbangan

III Meminta bantuan kuasa dunia  

IV Menghantar pasukan tentera

a)

I dan II- Menyalurkan bantuan kemanusiaan

dan mewujudkan tabung sumbangan

b)

I dan IV- Menyalurkan bantuan kemanusiaan dan menghantar pasukan tentera

c)

II dan III- Mewujudkan tabung sumbangan

dan meminta bantuan kuasa dunia

d)

III dan IV- Meminta bantuan kuasa dunia dan menghantar pasukan tentera