wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 10 T5 : Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah isu global kontemporari?

a)

Penyakit berjangkit

b)

Pemerdagangan manusia

c)

Penyeludupan haiwan liar

d)

Pengeluaran barang tiruan

2.

Gambar berikut menunjukkan kempen antiminyak sawit.

Mengapakah NGO Pencinta Alam di Eropah melancarkan kempen tersebut?

a)

Menjejaskan kesihatan

b)

Mengancam kestabilan ekonomi

c)

Menjadi punca kemusnahan hutan

d)

Menarik kemasukan pendatang asing

3.

Apakah kerjasama ekonomi segi tiga antara negara berikut?

• Malaysia

• Indonesia

• Thailand

a)

AFTA

b)

APEC

c)

IMT-GT

d)

SIJORI-GT

4.

Apakah program yang melibatkan NGO berikut?

a)

Menghantar misi pengaman ke Somalia

b)

Menubuhkan Tabung Kemanusiaan Syria

c)

Menjalankan misi kemanusiaan di Sri Lanka

d)

Membangunkan rumah anak yatim di Aceh

5.

Apakah yang dihantar oleh NGO dalam misi kemanusiaan?

a)

Buruh

b)

Makanan

c)

Ubat-ubatan

d)

Bahan mentah

6.

Anugerah Langkawi diberikan kepada warganegara Malaysia yang memberi sumbangan dalam bidang

a)

ekonomi

b)

perpaduan

c)

alam sekitar

d)

pelancongan

7.

Isu pencemaran alam sekitar mencetuskan Sidang Kemuncak Bumi pada tahun 1992 yang diadakan

a)

Brazil

b)

Jepun

c)

Thailand

d)

Indonesia

8.

Apakah cadangan Malaysia dalam isu Antartika?

a)

Dijadikan warisan manusia sejagat

b)

Diserahkan sepenuhnya kepada kuasa besar

c)

Dikongsi bersama negara sedang membangun

d)

Diterokai oleh negara berteknologi tinggi sahaja

9.

Apakah isu alam sekitar yang dihadapi oleh negara di Asia Tenggara?

a)

Jerebu

b)

Kemarau

c)

Tumpahan minyak

d)

Pencemaran bunyi

10.

Apakah negara yang mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB?

a)

India

b)

Rusia

c)

Perancis

d)

Australia

11.

Gerakan antiminyak kelapa sawit dilancarkan oleh negara maju. Mengapakah keadaan ini berlaku?

a)

Harga minyak sawit yang tinggi

b)

Pesaing utama minyak sayuran

c)

Permintaan yang terlalu tinggi

d)

Pesaing utama minyak kacang soya

12.

Permerdagangan orang merupakan jenayah terancang. Apakah sebab Malaysia menjadi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain?

a)

Kestabilan politik

b)

Hukuman yang ringan

c)

Kedudukan yang strategik

d)

Kawalan sempadan yang longgar

13.

Peranan Malaysia dapat dilihat melalui penglibatan dalam perjanjian AFTA. Apakah faedah daripada perjanjian tesebut?

a)

Memajukan ekonomi negara

b)

Meningkatkan perdagangan

c)

Memonopoli pasaran

d)

Mengurangkan tarif dan cukai barang

14.

Pada tahun 1997-1998, kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi. Bagaimanakah Malaysia menangani masalah tersebut?

a)

Menarik pelabur asing

b)

Menggunakan pelan perancangan IMF

c)

Meminjam daripada Bank Dunia

d)

Menambat kadar pertukaran ringgit

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan penglibatan rakyat dalam isu Palestin.

"Kapal Zaytouna-Oliva yang dinaiki beliau ditawan oleh pihak Israel "

Siapakah sukarelawan Malaysia yang menyertai misi tersebut

a)

Dr. Azizan Abu Samah

b)

Dr. Haji Omar Abdul Rahman

c)

Dr. Fauziah Mohd Hassan

d)

Dr. Mohd. Afandi Salleh

16.

Penglibatan rakyat Malaysia membantu rakyat Syria dapat dilihat melalui peranan NGO. Antara berikut, manakah pertubuhan yang terlibat dalam memberikan bantuan di Syria ?

a)

Global Peace Mission

b)

Yayasan Restu

c)

Muslim Care Malaysia

d)

Organisasi Humanitarian Care Malaysia

17.

Deklarasi Langkawi diisytiharkan dalam Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1989. Apakah persetujuaan yang dicapai daripada deklarasi tersebut?

a)

Menangani penyalahgunaan dadah

b)

Menganjurkan program antarabangsa

c)

Menangani isu kemanusiaan

d)

Memelihara alam sekitar

18.

Antara berikut, manakah pusat penyelidikan Antartika yang ditubuhkan oleh Malaysia?

a)

Pusat Penyelidikan Antarabangsa

b)

Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan

c)

Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan

d)

Pusat Penyelidikan Malaysia

19.

Komuniti ASEAN ditubuhkan pada tahun 2015. Apakah yang menjadi harapan komuniti ini berkaitan keamanan ?

a)

Menangani masalah jerebu

b)

Mewujudkan keamanan sejagat

c)

Memelihara hak asasi manusia

d)

Konflik dapat diselesaikan secara aman

20.

Gambar tersebut menunjukkan logo SUHAKAM.

Apakah tujuan suruhanjaya ini diperkenalkan?

a)

Menjalankan penyelidikan

b)

Menjaga hak asasi manusia

c)

Memulihara alam sekitar

d)

Melindungi kebebasan diri

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan isu pertindihan sempadan yang melibatkan Malaysia

Isu : • Pulau Sipadan • Pulau Batu Putih

Bagaimanakah saluran penyelesaian yang digunakkan oleh negara Malaysia?

a)

Operasi Ketenteraan

b)

Mahkamah Antarabangsa

c)

Pertubuhan ASEAN

d)

Rundingan pemimpin

22.

Penyakit berjangkit merupakan fenomena yang wujud di seluruh dunia. Bagaimanakah Malaysia mengatasi masalah tersebut?

a)

Suntikan vaksin

b)

Rawatan yang berterusan

c)

Mengasingkan pesakit

d)

Menjalankan pemeriksaan

23.

Antara berikut yang manakah sumbangan Angkatan Belia Islam (ABIM)?

a)

Menyediakan kemudahan asas

b)

Memberikan bantuan kemanusiaan

c)

Mendirikan rumah perlindungan

d)

Menyediakan Pendidikan percuma

24.

Apakah isu yang dibincangkan dalam Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro

a)

Perubahan iklim dunia

b)

Perlumbaan senjata nuklear

c)

Pemuliharaan alam sekitar

d)

Persefahaman mengatasi kemiskinan

25.

Antara berikut yang manakah menunjukan Agenda 21 dalam Sidang Kemuncak Bumi anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?

a)

Mengatasi kebuluran

b)

Memelihara ekosistem

c)

Menggalakkan penggunaan tenaga solar

d)

Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau

26.

Maklumat berikut berkenaan dengan isu keselamatan makanan berdasarkan takrif United Nations’ Committee (UNC). Apakah takrifan tersebut?

a)

Akses kepada sumber makanan

b)

Makanan yang berkhasiat

c)

Kenaikan harga bahan mentah

d)

Pemberian makanan percuma

27.

Isu pencemaran alam sekitar seperti Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan telah menjejaskan kualiti alam sekitar Malaysia. Apakah punca pencemaran tersebut?

a)

Pembebasan gas rumah hijau

b)

Pembakaran terbuka

c)

Pencemaran sungai

d)

Penipisan lapisan ozon

28.

Hari AIDS Sedunia

Berikut adalah antara isu global yang dihadapi oleh Malaysia kecuali

a)

penyalahgunaan dadah

b)

pertindihan sempadan

c)

pemerdagangan manusia

d)

teknologi digital

29.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah terpilih menjadi Ketua Jawatankuasa Antidadah pada tahun

a)

1988

b)

1989

c)

1999

d)

2000

30.

Berikut adalah ciri-ciri kepulauan Spratly kecuali

a)

terletak di Laut China Selatan

b)

seluas 500 batu persegi

c)

turut dikenali sebagai Terra Nullius

d)

kira-kira 150 batu nautika dari pantai Borneo

31.

Antara berikut yang manakah faktor penyebab kedatangan pendatang asing tanpa izin?

a)

Kepelbagaian masyarakat

b)

Keamanan negara

c)

Pertumbuhan ekonomi

d)

Kestabilan mata wang

32.

Apakah usaha yang dilakukan olkeh Malaysia bagi memerangi penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa ?

a)

Memusnahkan ladang dadah di sempadan

b)

Menghantar polis ke kawasan segitiga emas

c)

Menjatuhkan hukuman mati terhadap pengedar

d)

Berkerjasama dengan pihak INTERPOL

33.

Apakah forum antarabangsa yang disertai oleh Malaysia bagi memerangi bahaya penyalahgunaan dadah?

a)

IDEC

b)

INTERPOL

c)

UNESCO

d)

ASA

34.

Maklumat berikut merupakan pendekatan Malaysia gunakan dalam kemelesetan ekonomi pada tahun 1997 – 1998

"Malaysia menggunakan kaedah menambat kadar pertukaran ringgit (RM) kepada Dolar (USD) dengan kadar RM3.00 bagi USD1"

Apakah cabaran yang membawa kepada kemelesetan ekonomi?

a)

Sekatan ekonomi

b)

Kejatuhan nilai ringgit

c)

kenaikan harga barang

d)

Lambakan barangan tiruan

35.

Rakyat Malaysia terlibat dalam satu program kemanusiaan iaitu “Freedom Flotilla” yang digerakkan oleh Free Gaza.

Apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada Palestin?

a)

Membina kemudahan asas

b)

Menubuhkan pusat pengajian

c)

Menghantar bantuan makanan dan perubatan

d)

Menjaga keselamatan

36.

Malaysia telah membentuk pasukan penyelidik dalam pelbagai bidang ke Antartika dan mewujudkan Pusat Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) di Kuala Lumpur

Apakah penyelidikan yang dilakukan oleh Malaysia pada tahun 1999?

a)

Bidang ekonomI

b)

Bidang kesihatan

c)

Bidang politik

d)

Bidang perubahan iklim

37.

Kehadiran PATI telah memberi kesan terhadap sosial, ekonomi, jenayah, politik dan hubungan diplomatik yang membawa kepada ancaman ketenteraman dan keselamatan negara.

Apakah badan yang bertanggungjawab dalam menangani isu tersebut?

a)

SUHAKAM

b)

SEANWFZ

c)

YPASM

d)

MERCY

38.

Apakah perkara yang disuarakan oleh Malaysia dalam forum PBB dan Asia-Pasific Economic Cooperation (APEC) berkaitan ekonomi dunia hari ini?

a)

Hak keutamaan

b)

Penghapusan cukai

c)

Layanan yang saksama

d)

Perkembangan ekonomi yang tidak seimbang

39.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha Malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa

" Pusat Antarabagsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF)"

Apakah matlamat penubuhan INCEIF?

a)

Meningkat eksport

b)

Mencegah kemelesatan ekonomi

c)

Mengembangkan kewangan Islam

d)

Menubuhkan institusi Pendidikan Islam

40.

Bagaimanakah negara kita dapat mengurangkan kebergantungan pada pasaran kewangan antarabangsa?

a)

Menetapkan sempadan ASEAN

b)

Memperkenalkan cukai ASEAN

c)

Menubuhkan koperasi ASEAN

d)

Menggunakan wang ASEAN