wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah - Trial SPM SBP 2019

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Konsep tamadun dari sudut pandangan Islam mengutamakan pembangunan rohaniah.


Apakah yang berkaitan dengan pembangunan rohaniah?

a)

Kepelbagaian kepercayaan

b)

Kepelbagaian kemahiran

c)

Ketinggian pemikiran

d)

Ketinggian moral

2.

Gambar menunjukkan seni bina dalam tamadun Mesir..


Apakah ilmu yang diperlukan dalam seni bina tersebut?

a)

Geometri

b)

Fizik

c)

Kimia

d)

Astronomi

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan matlamat pendidikan di Athens.

Pencapaian rohani dan jasmani


Mengapakah pencapaian tersebut dititikberatkan dalam pendidikan di Athens?

a)

Melengkapkan diri sebagai tentera

b)

Menyediakan kehidupan selepas mati

c)

Melahirkan masyarakat yang seimbang

d)

Mementingkan masyarakat yang patriotik

4.

Jadual berikut berkaitan sistem pendidikan dalam tamadun China.

Rendah: Mengenal tulisan ideogram

Sederhana: Menulis karangan

Tinggi: X


Apakah X?

a)

Menulis karya sastera

b)

Menterjemah buku suci

c)

Mencatat sejarah kerajaan

d)

Mengarang undang-undang

5.

Pemerintah kerajaan agraria di Asia Tenggara telah memajukan bidang pertanian.


Bagaimanakah tindakan ini dilaksanakan?

a)

Meneroka tanah baru

b)

Membina sistem pengairan

c)

Membawa masuk tenaga buruh

d)

Memperkenal kaedah penggiliran tanaman

6.

Raja Indravarman I terlibat dalam pembinaan dan pengurusan baray.


Mengapakah baray tersebut dibina?

a)

Menjamin bekalan makanan mencukupi

b)

Mengawal suhu kawasan persekitaran

c)

Mengelak serangan pihak musuh

d)

Menanda sempadan sesebuah wilayah

7.

Masyarakat Arab Quraisy Makkah menentang penyebaran ajaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW kerana


I - persamaan taraf

II - amalan kepercayaan

III - menggugat keamanan

IV - mentaati pemimpin

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Nabi Muhammad SAW berjaya membuka semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah.


Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Pembahagian wilayah

b)

Sistem kabilah diteruskan

c)

Bilangan penduduk bertambah

d)

Pembuka jalan penyebaran Islam

9.

Sambutan Maal Hijrah diadakan setiap tahun di Malaysia untuk mengingati

a)

perjuangan umat Islam

b)

turunnya wahyu pertama

c)

pembukaan semula kota Makkah

d)

kelahiran Nabi Muhammad SAW

10.

Nabi Muhammad SAW menghantar Uthman bin Affan menemui pemimpin Quraisy di Makkah setelah rombongan orang Islam dari Madinah disekat di Hudaibiyah.


Mengapakah Rasulullah SAW bertindak sedemikian?

a)

Menunjukkan kehebatan

b)

Membuat rundingan damai

c)

Meninjau kekuatan tentera musuh

d)

Menerangkan tujuan kedatangan

11.

Cendekiawan Islam manakah memberikan sumbangan dalam perkembangan falsafah sains dan pemikiran kritis?

a)

Ibn Fadhlan

b)

Ibn Battuta

c)

Ibn Rushd

d)

Ibn Hambal

12.

Apakah sumbangan kota berikut kepada tamadun dunia?

Baghdad

Cordova

a)

Pembukaan tanah baru

b)

Pengenalan armada laut

c)

Perkembangan Intelektual

d)

Pengumpulan Mushaf al-Quran

13.

Maklumat berkaitan dengan kehidupan masyarakat di Asia Tenggara.


Pasangan manakah yang betul?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Ulama mengislamkan raja dan bangsawan di Asia Tenggara.


Mengapakah ulama bertindak demikian?

a)

Mengekalkan adat istiadat pemerintah

b)

Mengetahui kesetiaan rakyat kepada pemerintah

c)

Menghormati kepercayaan pemerintah

d)

Melindungi kepentingan pemerintah

15.

Rajah menunjukkan undang-undang kerajaan Kesultanan Melayu.


Mengapakah undang-undang tersebut digubal?

a)

Mengerat hubungan diplomatik

b)

Menghalang pengaruh asing

c)

Menjamin keharmonian masyarakat

d)

Menyeragam sistem kewangan

16.

Jadual merujuk kepada undang-undang di bawah

Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka

Hukum Kanun Melaka

Undang-Undang Laut Melaka


Apakah persamaan undang-undang tersebut?

a)

Menjelaskan aturan dalam perdagangan

b)

Mencorakkan perjalanan pentadbiran

c)

Menetapkan tugas raja dan pembesar

d)

Mengandungi peraturan keluarga

17.

Portugal dan Sepanyol bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.


Bagaimanakah persaingan tersebut dapat dielakkan?

a)

Membayar wang pampasan

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Menetapkan kawasan pengaruh

d)

Menjalin hubungan diplomatik

18.

Apakah sumbangan Revolusi Pertanian terhadap Revolusi Perindustrian di Britain pada abad ke-18?

a)

Membekalkan tenaga mahir

b)

Menyediakan prasarana

c)

Membekalkan modal

d)

Menyediakan kawasan baru

19.

Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri.


Mengapakah kegiatan ekonomi tersebut dijalankan?

a)

Cukai tinggi

b)

Peraturan ketat

c)

Kawasan terhad

d)

Teknologi rendah

20.

Jadual berkaitan dengan enakmen yang diwartakan oleh British di Tanah Melayu.

1920: Enakmen Pendaftaran Sekolah


Mengapakah enakmen tersebut diwartakan?

a)

Mengehad penggunaan bahasa ibunda

b)

Menyeragam kurikulum pelajaran

c)

Menyekat pengaruh komunis

d)

Membina sekolah di ladang

21.

Raja Mongkut dan Chulalongkorn telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Thailand.


Mengapakah sistem tersebut diperkenalkan?

a)

Menambah kuasa raja

b)

Menghalang penentangan rakyat

c)

Mengetepikan tradisi bangsa

d)

Mengekalkan kemerdekaan

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan nasionalisme melalui karya kesusasteraan di Indonesia

Raden Adjeng Kartini

Habis Gelap Terbitlah Terang

Penulisan Seorang Puteri Jawa


Apakah mesej yang terkandung dalam karya tersebut?

a)

Kemelesetan ekonomi negara

b)

Kemunduran rakyat tempatan

c)

Kelemahan sistem pemerintahan

d)

Ketidakadilan sistem perundangan

23.

Tokoh berikut menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.

Syarif Masahor

Datu Patinggi Abdul Gapur


Mengapakah mereka melakukan penentangan?

a)

Menyekat kedatangan imigran

b)

Mengekalkan pemerintahan beraja

c)

Mempertahankan hak mengutip cukai

d)

Mengawal kegiatan mencari hasil hutan

24.

Mengapakah Kaum Muda gagal meluaskan pengaruhnya ke negeri-negeri Melayu?

a)

Sumber kewangan terhad

b)

Bilangan ahli tidak ramai

c)

Penyebaran risalah disekat

d)

Kemudahan perhubungan terhad

25.

Warta Negara & Majlis

Akhbar berikut memberi cadangan untuk memajukan ekonomi orang Melayu pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu. Cadangan tersebut ialah

I - melakukan aktiviti perniagaan

II - membangunkan syarikat kerjasama

III - mengasaskan institusi kewangan

IV - melaksanakan penyatuan tanah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang melibatkan negara Jerman

Peperangan dengan Denmark – 1864

Peperangan dengan Austria – 1866

Peperangan dengan Perancis – 1870


Mengapakah peperangan tersebut berlaku?

a)

Serangan balas

b)

Penyatuan negara

c)

Penguasaan ekonomi

d)

Menegakkan demokrasi

27.

Gambar 2 adalah pemerintah Johor yang berusaha menghalang campur tangan British.


Apakah yang dilakukan oleh baginda untuk mencapai matlamat tersebut?

a)

Menyatupadukan pelbagai kaum

b)

Mendapatkan bantuan kerajaan jiran

c)

Menyekat kemasukan buruh asing

d)

Menggubal perlembagaan bertulis

28.

· Angkatan Pemuda Insaf (API)

· Angkatan Wanita Sedar (AWAS)


Mengapakah pertubuhan berikut menyokong Malayan Union?

a)

Melindungi hak masyarakat Melayu

b)

Menyatukan sistem pentadbiran

c)

Mengetatkan kemasukan imigran

d)

Mendukung sistem pemerintahan beraja

29.

Masyarakat tempatan menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British pada tahun 1946.


Bagaimanakah penentangan tersebut dilakukan?

a)

Menganjurkan mogok

b)

Mengadakan demonstrasi

c)

Melakukan tindakan bersenjata

d)

Meminta bantuan kuasa asing

30.

Sistem Ahli melatih rakyat menerajui pentadbiran Tanah Melayu.


Bagaimanakah hasrat tersebut dipenuhi?

a)

Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

b)

Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

c)

Pemimpin tempatan memutuskan dasar kerajaan

d)

Kabinet bayangan bebas daripada pemerintahan pusat

31.

Maklumat berikut berkaitan isu yang dibincangkan dalam Suruhanjaya Reid.

Kedudukan istimewa orang Melayu


Apakah usaha untuk menjamin kedudukan tersebut ?

a)

Membantu bidang pendidikan

b)

Menggalakkan aktiviti pertanian

c)

Mengutamakan kesihatan rakyat

d)

Memperbaiki kemudahan asas

32.

Sarawak Chinese Association (SCA)

Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)

Pertubuhan berikut menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal.


Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian?

a)

Inginkan pungutan suara dijalankan

b)

Mahukan kemerdekaan terlebih dahulu

c)

Menentang penguasaan ekonomi oleh orang asing

d)

Bimbang kewarganegaraan terjejas

33.

Mengapakah tarikh pembentukan Malaysia ditunda dari 31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963?

a)

Tentangan daripada negara jiran

b)

Sekatan ekonomi negara serantau

c)

Serangan Tentera Kalimantan Utara

d)

Halangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

34.

Situasi di bawah menggambarkan Pilihanraya Persekutuan di negara kita.

Dato’ Saleh ingin bertanding dalam pilihan raya peringkat Parlimen di Negeri Sembilan.


Apakah syarat yang membolehkan beliau diterima sebagai calon?

a)

Membuang undi

b)

Menjalankan kempen

c)

Menjadi petugas pilihan raya

d)

Mengemukakan kertas penamaan calon

35.

Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Antara berikut, manakah berkaitan dengan bidang kuasa Yang Dipertuan Agong berdasarkan sistem tersebut?


I - Bertindak atas nasihat Perdana Menteri

II - Boleh menggunakan kuasa budi bicara

III - Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara

IV - Berhak membatalkan sesuatu undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Pada tahun 1958, seorang penduduk kampung ingin mengusahakan tanaman kontan seluas 1 hektar tetapi menghadapi masalah kekurangan modal.


Apakah agensi yang dapat mengatasi masalah tersebut?

a)

Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

b)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

c)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

d)

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)

37.

Dasar Ekonomi Baru telah dilancarkan pada tahun 1971.


Apakah matlamat akhir dasar tersebut?

a)

Mengurangkan hak milik asing

b)

Mencapai kesejahteraan rakyat

c)

Menambah pendapatan negara

d)

Mengukuhkan sistem kewangan

38.

Pada tahun 1970an Malaysia telah mengubah dasar luar daripada pro Barat kepada dasar Berkecuali.


Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Kejatuhan harga komoditi

b)

Mematuhi arahan kuasa besar dunia

c)

Desakan daripada pedagang asing

d)

Kemerosotan pengaruh Britain

39.

Pakatan Bertiga: 125 billion

Perikatan Kuasa Tengah: 60 billion

Maklumat berikut menunjukkan perbelanjaan semasa Perang Dunia Pertama

Mengapakah negara-negara yang terlibat memperuntukkan wang yang banyak?


I - Menentang dasar apartheid

II - Menghapuskan keganasan

III - Memperluaskan pengaruh

IV - Menguasai pasaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Malaysia

India

Zimbabwe

Negara berikut menganggotai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).


Apakah perjuangan pertubuhan tersebut?

a)

Mengelak campur tangan asing

b)

Mewujudkan pakatan tentera

c)

Menyeragamkan sistem mata wang

d)

Menyokong blok kapitalis