wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perak Sejarah kertas 1

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pencapaian lahiriah. Apakah unsur lahiriah yang dimaksudkan?

a)

Moral

b)

Kesenian

c)

Tatasusila

d)

Kepercayaan

2.

Kod Undang-undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam Tamadun Mesopotamia. Apakah kepentingan perundangan tersebut kepada masyarakat Mesopotamia?

a)

Merekodkan urusan pentadbiran

b)

Mengawal kegiatan perdagangan

c)

Mengurangkan kuasa bangsawan

d)

Mengukuhkan organisasi masyarakat

3.

Rajah berikut menunjukkan perubahan sistem pemerintahan dalam Tamadun Rom.


Sistem Bearaja----> Pemerintahan Republik


Apakah faktor perubahan tersebut?

a)

Penaklukan orang Gasar

b)

Pemberontakan golangan Patrician

c)

Pertembungan dangan tamadun luar

d)

Peningkatan taraf ekonomi penduduk

4.

Berdasarkan Hukum Karma, seseorang penganut agama Hindu akan mencapai taraf Moksya. Mengapakah usaha tersebut perlu dicapai?

a)

Mengecapi kelahiran semula

b)

Berharmoni dengan alam

c)

Bersatu dengan tuhan

d)

Mencapai status Brahmin

5.

Kerajaan Funan telah mengalami perubahan daripada kerajaan Agraria kepada kerajaan Maritim. Apakah faktor yang mendorong kepada perubahan tersebut?

a)

Meluaskan jajahan takluk

b)

Memiliki kekuatan tentera

c)

Mengubah dasar pemerintahan

d)

Mempunyai kemudahan pelabuhan

6.

Senarai berikut berkaitan dengan kerajaan Maritim.


-srivijaya

-kedah tua


Apakah persamaan kedua-dua kerajaan tersebut?

a)

Memiliki sistem pengairan

b)

Merupakan pusat kebudayaan

c)

Menjalankan pemerintahan berpusat

d)

Mengutamakan kegiatan perdagangan

7.

Dialog berikut mungkin berlaku dalam pemimpin musyrikin Quraisy di Makkah pada Zaman Jahiliah.


Pemimpin 1 : Bani Bakar telah berjaya membunuh seorang ahli Bani Taghlib. Pemimpin 2 : Peperangan akan tercetus untuk tempoh yang lama.


Bagaimanakah peristiwa tersebut dapat diatasi pada masa kini?

a)

Memperkukuhkan ketenteraan

b)

Memajukan infrastruktur

c)

Mengutamakan perpaduan

d)

Mengimbangi taraf ekonomi

8.

Maklumat berikut adalah tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad terhadap orang Islam Makkah.


Membenarkan berhijrah ke Habsyah


Apakah tujuan tindakan tersebut dilakukan?

a)

Menjaga keselamatan

b)

Mendirikan kerajaan

c)

Mengadakan rundingan

d)

Menjalankan perniagaan

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan tafsiran Orientalis Barat terhadap penghijrahan Nabi Muhammad SAW.


Penghijrahan adalah satu pelarian


Apakah hujah yang boleh digunakan untuk menyangkal pendapat tersebut?

a)

Keinginan Nabi untuk berdakwah

b)

Penindasan terhadap Islam meningkat

c)

Penghijrahan berlaku kerana jemputan

d)

Kerjasama sahabat sepanjang perjalanan

10.

Sebelum pembukaan semula Kota Makkah, tokoh quraisy seperti al-Abbas dan Abu Sufian telah memeluk Islam. Apakah kesan pengislaman tokoh tersebut?

a)

Kota Makkah mudah dikuasai

b)

Keselamatan Nabi lebih terjamin5

c)

Penentangan Quraisy semakin hebat

d)

Penindasan terhadap orang Islam berakhir

11.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, pemerintahan Islam digantikan dengan

zaman pemerintahan khalifah iaitu zaman Khulafa al-Rasyidin?

Bagaimanakah pelantikan khalifah tersebut dilakukan?

I Wasiat

II Warisan

III Pilihanraya

IV Musyawarah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Apakah peranan golongan Mudejar di Eropah?

n

a)

Menyertai kerahan tenaga

b)

Menerapkan cara hidup Islam

c)

Memperkukuh perpaduan penduduk

d)

Menggalakkan perkembangan perdagangan

13.

Perkampungan berikut telah wujud di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi.


Perkampungan Ta Shih


Apakah kepentingan kewujudan perkampungan tersebut?

a)

Peranan pedagang menyebarkan islam

b)

Melahirkan pusat pendidikan Islam

c)

Kemunculan sebuah kerajaan Islam

d)

Perkembangan kesusasteraan Islam

14.

Mengapakah Sultan Mansur Shah menghantar kitab al-Dur al-Manzum ke

Samudera Pasai?

a)

Untuk diterjemahkan

b)

Hantaran mas kahwin

c)

Dibahaskan dengan ulama

d)

Sebagai tanda persahabatan

15.

Undang-undang berikut dilaksanakan dalam kerajaan Melayu sebelum

imperialisme Barat.


 Undang-undang Perak

 Undang-undang Johor

 Undang-undang Pahang


Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

a)

Mengehadkan bidang kuasa raja

b)

Menetapkan sempadan antara negeri

c)

Menentukan corak pemerintahan kerajaan

d)

Menyekat perluasan pengaruh kerajaan luar

16.

Pasangan manakah yang betul tentang peranan Laksamana dan Bendahara dalam

membantu meneruskan perkembangan Islam di Melaka pada abad ke-16?


Laksamana

Bendahara

a)

Menjadi hakim

Mengetuai utusan

b)

Menguruskan pelabuhan

Menguruskan cukai

c)

Menggubal undang-undang

Menjaga protokol istana

d)

Menjaga keselamatan perairan

Meluaskan jajahan takluk

17.

Martin Luther memperkenalkan mazhab Protestan kerana membantah institusi Gereja Katolik. Apakah isu bantahan tersebut?

a)

Perebutan takhta pemerintahan

b)

Peningkatan kadar jenayah

c)

Penyelewengan amalan agama

d)

Penindasan terhadap masyarakat

18.

Senarai berikut adalah pelaut Eropah yang telah melakukan penjelajahan ke Timur pada abad ke-16.


 Ferdinand Magellan

 Christopher Columbus


Apakah faktor yang mendorong penjelajahan tersebut?

a)

Mengaut keuntungan

b)

Memperoleh buruh mahir

c)

Memajukan masyarakat tempatan

d)

Memperkenalkan sistem pemerintah

19.

Jadual berikut menunjukkan peratusan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu

antara pemodal Eropah dan pemodal China.

Tahun Pemodal Eropah Pemodal China

1925 = 44 % = 56 %

1930 = 63 % = 37 %

1935 = 66 % =34 %

Mengapakah peratusan pengeluaran bijih timah pemodal Eropah meningkat

selepas tahun 1930?

a)

Peningkatan cukai eksport

b)

Pengenalan teknologi moden

c)

Pertambahan tenaga kerja mahir

d)

Pengukuhan sokongan pembesar

20.

Peta berikut berkaitan dengan jaringan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah

Melayu pada abad ke-20.


Jaringan jalan tersebut memberi kesan utama terhadap perkembangan

a)

komunikasi

b)

pendidikan

c)

perladangan

d)

perindustrian

21.

Pengenalan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu telah mendapat tentangan

daripada penduduk tempatan.

Mengapakah penduduk tempatan bertindak sedemikian?

a)

Kegiatan ekonomi tradisional terjejas

b)

Pemimpin kehilangan kuasa

c)

Golongan ulama dibuang negeri

d)

Penduduk tempatan menjadi buruh

22.

Pengaruh luar merupakan salah satu faktor yang turut mencetuskan semangat

nasionalisme di Asia Tenggara.

Apakah pengaruh luar yang dimaksudkan?

a)

Perang Dingin di Eropah

b)

Perjuangan golongan Luddite

c)

Perang Kemerdekaan Amerika

d)

Kejayaan Jepun menewaskan Rusia

23.

Senarai berikut adalah tokoh tempatan yang menentang British di Tanah Melayu.

 Mat Salleh

 Dato’ Bahaman

 Dato’ Maharaja Lela

Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

Pengenalan sistem cukai

b)

Pembayaran ufti tahunan

c)

Pelaksanaan pendidikan sekular

d)

Peningkatan kemasukan imigran

24.

Maklumat berikut adalah persatuan tunggal yang terdapat di Sabah pada awal

abad ke-20.


Persatuan Sahabat Pena


Mengapakah kesedaran berpersatuan agak terhad pada masa tersebut?

a)

Halangan daripada pemerintah

b)

Masalah kewangan berlaku

c)

Taraf pendidikan rendah

d)

Perbezaan budaya ketara

25.

Ciri-ciri negara

dan bangsa

Negara

Perlembagaan

X


Apakah X?

a)

Kerajaan

b)

Wilayah

c)

Budaya

d)

Agama

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Sultan Zainal Abidin III pada tahun

1911.


Menggubal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu


Apakah tujuan baginda berbuat demikian?

a)

Memelihara kedaulatan negeri

b)

Mengawal kuasa pembesar

c)

Melindungi kebajikan rakyat

d)

Melicinkan pelantikan sultan

27.

Pernyataan berikut berkaitan dengan reaksi segelintir pegawai tadbir Melayu

terhadap Malayan Union.


Menyokong pembentukan Malayan Union


Apakah alasan pegawai tadbir Melayu menyokong pembentukan tersebut?

a)

Pengekalan sistem beraja

b)

Kepelbagaian budaya bangsa

c)

Peningkatan taraf hidup rakyat

d)

Kecekapan pemerintah untuk mentadbir

28.

Berikut adalah pemimpin yang menentang Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Tanah Melayu 1948.


Dr. Burhanuddin al-Helmy


Apakah isu utama penentangan tersebut?

a)

Perpaduan kaum

b)

Perlembagaan baharu

c)

Perwakilan orang dagang

d)

Penyatuan semua negeri

29.

Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang diadakan pada

27 Julai 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang

dipertandingkan.

Apakah tindakan Tunku Abdul Rahman selepas berjaya memenangi pilihanraya

tersebut?

a)

Menamatkan darurat

b)

Membentuk kabinet

c)

Menggubal perlembagaan

d)

Mengisytiharkan kemerdekaan

30.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu

dan British pada 15 Ogos 1957.

Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Pentadbiran mengamalkan demokrasi berparlimen

b)

Pengenalan satu jenis kerakyatan sahaja

c)

Pengaruh golongan kiri dihapuskan

d)

Pengekalan raja berkuasa mutlak

31.

Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan penduduk Sarawak terhadap

reaksi awal pembentukan Malaysia.


Penduduk 1 : Kita tolak pembentukan Malaysia.

Penduduk 2 : Kita perlu kekal di bawah pemerintahan British.


Mengapakah penduduk tersebut bertanggapan sedemikian?

a)

Pengaruh parti berhaluan kiri

b)

Masalah ketidakseimbangan penduduk

c)

Bimbang kehilangan kebebasan bersuara

d)

Kurang yakin untuk membentuk kerajaan

32.

Senarai berikut berkaitan dengan parti politik yang terdapat di Tanah Melayu.


MCA

MIC

UMNO


Apakah persamaan perjuangan parti tersebut?

a)

Mengukuhkan kuasa golongan pembesar

b)

Memperjuangkan kerakyatan jus soli

c)

Menggubal perlembagaan negara

d)

Memelihara kepentingan kaum

33.

Rajah berikut adalah garis masa yang menunjukkan proses pembentukan

Malaysia.


Referendum Singapura

X

Suruhanjaya Cobbold

Penubuhan Jawatankuasa

Perundingan Perpaduan Kaum


Apakah X ?

a)

Jawatankuasa Eksekutif

b)

Majlis Mesyuarat Negeri

c)

Jawatankuasa Antara Kerajaan

d)

Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

34.

Senarai Persekutuan adalah bidang kuasa sepenuhnya Kerajaan Persekutuan

seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Antara berikut, yang manakah merupakan Senarai Persekutuan?

a)

Biasiswa

b)

Kesihatan

c)

Perhubungan

d)

Kebajikan sosial

35.

Bendera Kebangsaan berkibar megah di negara kita sebaik sahaja bendera Union

Jack diturunkan pada tengah malam 31 Ogos 1957

Apakah fungsi bendera tersebut?

a)

Membina masyarakat berdaya saing

b)

Meningkatkan taraf hidup

c)

Memberi kebebasan mutlak

d)

Membangkitkan semangat perjuangan

36.

Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan sejak sebelum merdeka lagi untuk

membangunkan kawasan luar Bandar.

Mengapakah rancangan tersebut kurang berjaya?

a)

Ancaman komunis

b)

Masalah perpaduan

c)

Kekurangan buruh

d)

Kelemahan teknologi

37.

Maklumat berikut berkaitan dengan konflik dunia yang pernah berlaku.


Tahun Peperangan

1914-1918 Perang Dunia Pertama


Apakah kesan peperangan tersebut terhadap Eropah?

a)

Penghijrahan penduduk

b)

Pemerintahan beraja tamat

c)

Kerjasama ekonomi diperluas

d)

Hubungan antara etnik diperkukuhkan

38.

Malaysia menentang dasar aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.

Apakah tindakan Malaysia terhadap negara tersebut?

a)

Menamatkan perlindungan politik

b)

Menghantar tentera pengaman

c)

Menyekat bantuan kemanusiaan

d)

Memutuskan hubungan diplomatik

39.

Pada tahun 1970-an Malaysia telah mengubah daripada dasar pro-Barat kepada

dasar berkecuali.

Mengapakah perubahan tersebut berlaku ?

a)

Mematuhi arahan negara serantau

b)

Kemerosotan pengaruh Britain

c)

Kejatuhan harga komoditi

d)

Desakan pedagang asing

40.

Pengenalan konsep K-masyarakat membawa kepada penubuhan sekolah

wawasan di Malaysia.

Apakah tujuan penubuhan sekolah tersebut?

a)

Menyediakan pelbagai kursus kemahiran

b)

Melahirkan tenaga kerja mahir

c)

Memupuk perpaduan antara kaum

d)

Memupuk minat terhadap teknologi makluma