WorksheetsPENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN TAHUN 6
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan fizikal?
Keupayaan melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan dan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah dan masa kecemasan.
Keupayaan untuk menarik perhatian orang lain.
Keupayaan untuk membuat senaman pemanasan badan dan penyejukan badan.
Keupayaan untuk membesarkan anggota fizikal.
Bagaimanakah cara untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal kamu?
Mengamalkan makan makanan tambahan.
Melakukan senaman atau aktiviti yang sesuai mengikut keupayaan atau kemampuan diri serta mengamalkan pemakanan sihat.
Bermain permainan video di rumah.
Membaca buku.
Orang yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi bukan sahaja mempunyai badan yang sihat, malah sanggup menerima cabaran fizikal dalam aktiviti harian.
Betul
Salah
Semua pernyataan di bawah mengenai tujuan melakukan pemanasan badan adalah benar kecuali......................
Pemanasan badan bertujuan untuk mengurangkan risiko kecederaan pada otot dan sendi.
Pemanasan badan bertujuan untuk meningkatkan pengaliran darah ke jantung.
Pemanasan badan bertujuan untuk menyediakan tubuh badan, otot-otot dan sendi serta meningkatkan kadar nadi untuk menghadapi aktiviti seterusnya.
Pemanasan badan dilakukan supaya kita cepat berasa penat.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan semasa sesi pemanasan badan ialah...............................
tidur
bercerita
jalan pantas dan kemudiannya berjoging
membaca buku
Selepas melakukan sebarang aktiviti permainan, apakah aktiviti yang perlu murid lakukan?
Berlari terus balik ke kelas.
Tidak mendengar arahan guru.
Melakukan aktiviti menyejukkan badan.
Mengacau kawan-kawan lain.
Pernyataan - pernyataan berikut adalah kebaikan melakukan aktiviti menyejukkan badan setelah melakukan senaman kecuali.................................
semakin penat
menurunkan suhu badan.
memulihkan kadar denyutan nadi secara beransur-ansur kepada keaadan asal.
membantu mengelakkan kelesuan otot, mengurangkan sakit sendi dan menyingkirkan bahan kumuh.
Nyatakan otot yang terlibat dalam regangan statik ini?
Triceps
Hamstring
Gastroknemius
gluteus
Nyatakan nama otot yang terlibat dalam senaman regangan statik ini.
Triceps
aduktor
Gastroknemius
kuadricep
Nyatakan nama otot yang terlibat dalam senaman regangan statik ini.
Gastroknemius
Trapezius
Kuadricep
Gluteus
Nyatakan nama otot yang terlibat dalam senaman regangan statik ini.
Aduktor
Trapezius
Gluteus
Hamstring
Gambar manakah yang menunjukkan bahawa murid itu sedang melakukan regangan pada otot gastroknemius?
Bagaimanakah penyakit bawaan makanan dan bawaan air boleh berjangkit?
Apabila seseorang individu terdedah secara lansung kepada makanan atau air yang tercemar.
Apabila seseorang individu memasak makanannya dengan bersih.
Apabila seseorang individu minum air yang sudah dimasak dan disimpan di tempat yang bersih.
Apabila seseorang indvidu makan makanan yang bersih di restoran.
Penyakit bawaan makanan dan penyakit bawaan air berlaku apabila makanan tercemar dengan mikroorganisma (bakteria, parasit, virus), toksin mikrob, tumbuhan beracun atau bahan kimia.
Betul
Salah
Berikut merupakan kesan yang akan berlaku apabila seseorang indvidu mengambil makanan dan minuman yang sudah tercemar kecuali.................
Disenteri (cirit - birit)
Keracunan makanan
sihat sejahtera
Demam kepialu (tifoid)
Punca jangkitan penyakit bawaan makanan dan bawaan air ialah individu menggunakan peralatan tercemar semasa menyediakan makanan dan minuman.
Betul
Salah
Jangkitan penyakit bawaan makanan dan penyakit bawaan air ini tidak akan berjangkit sekiranya kita tidak mencuci bahan makanan yang sudah kotor dan tercemar.
Betul
Salah
Bagi mengelakan diri daripada penyakit bawaan makanan dan penyakit bawaan air ini, kita mestilah sentiasa mengamalkan kebersihan diri.
Betul
Salah
Toksin mikrob ialah bahan yang terhasil daripada mikroorganisma.
Betul
Salah
Kita hanya perlu mengamalkan kebersihan apabila kita berada di rumah jiran.
Betul
Salah
