wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL PERAK 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

 Iman yang kurang mantap.

 Terdapat tempat pemujaan.

 Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya.


Perkara di atas merujuk kepada faktor perbuatan_____________.

a)

sihir

b)

syirik

c)

riddah

d)

khurafat

2.

 Kadar jenayah meningkat.

 Mengganggu ketenteraman hidup.

 Negara tidak stabil.


Pernyataan di atas benar mengenai kesan perbuatan _________________.

a)

menipu

b)

mencuri

c)

memfitnah

d)

mengumpat

3.

Mengapakah Allah SWT mengenakan hukuman yang amat berat kepada orang yang merompak?

I- Pengajaran kepada masyarakat

II-Meruntuhkan institusi kekeluargaan

III-Menghilangkan kepercayaan masyarakat

IV- Pengajaran kepada orang yang melakukannya

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

4.

Ciri-ciri berikut adalah pegangan golongan Khawarij kecuali

a)

beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir.

b)

membataskan sumber syariat hanya kepada al- Quran sahaja.

c)

beriktikad kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran .

d)

mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza iktikad dengan mereka.

5.

 Beriktikad bahawa alam bersifat qadim

 Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fi’li


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri kesesatan ajaran __________________.

a)

Qadiani

b)

Taslim

c)

Bahai

d)

Syiah

6.

Orang yang tidak taat kepada Allah SWT dan rasul-Nya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil ialah pengertian _____________.

a)

‘asi

b)

munafik

c)

musyrik

d)

fasik

7.

 Penerima dan pemberi hutang.

 Barang yang diberi hutang.

 Akad pemberian hutang.


Pernyataan di atas menerangkan tentang ________________.

a)

rukun hutang

b)

syarat sah hutang

c)

larangan dalam berhutang

d)

perkara yang membatalkan hutang

8.

Menyembelih tanpa membaca basmalah adalah perkara ______________ semasa sembelihan.

a)

sunat

b)

harus

c)

haram

d)

makruh

9.

Dam yang dibayar mengikut susunan ialah pengertian dam ______________.

a)

tertib

b)

takdil

c)

takdir

d)

takhyir

10.

Pilih susunan wali nikah yang betul.

A

B

C

D

a)

bapa - datuk- saudara lelaki seibu sebapa- saudara lelaki seibu

b)

bapa - datuk- saudara lelaki seibu sebapa - saudara lelaki sebapa

c)

datuk- bapa- saudara lelaki seibu sebapa- saudara lelaki sebapa

d)

datuk- bapa- saudara lelaki seibu sebapa- saudara lelaki seibu

11.

Antara yang berikut yang manakah hikmah walimatulurus ?

a)

Memulia dan menigiktiraf kaum wanita.

b)

Mengisytiharkan pasangan suami isteri yang sah.

c)

Melambangkan rasa kasih sayang antara suami dan isteri.

d)

Melahirkan keikhlasan suami isteri untuk hidup bersama.

12.

 Suami isteri tidak bolek rujuk dalam tempoh idah.

 Boleh berkahwin semula dengan akad dan mahar yang baru.


Pernyataan di atas merujuk kepada kesan ________________.

a)

talak tiga

b)

zihar

c)

fasakh

d)

talak raj’i

13.

Khalifah _______________telah memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat dan nabi palsu.

a)

Abu Bakar Al-Siddiq radiallahuanhu

b)

Umar Bin Al-Khattab radiallahuanhu

c)

Usman Bin Affan radiallahuanhu

d)

Ali Bin Abu Talib radiallahuanhu

14.

Pilih pernyataan yang benar mengenai al-fai’.

a)

Cukai yang dikenakan kepada kafir zimmi dalam negara Islam.

b)

Cukai tanah ke atas pemilik bukan Islam dalam negara Islam.

c)

Harta rampasan daripada orang kafir harbi tanpa peperangan.

d)

Harta yang diperolehi daripada orang bukan Islam melalui peperangan.

15.

Berikut ialah perjuangan HAMKA kecuali

a)

mengetuai Front Pertahanan Nasional.

b)

mendirikan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah.

c)

melancarkan penentangan terhadap bidaah dan khurafat.

d)

melancarkan serangan menentang penjajah Inggeris di Indonesia.

16.

 Pusat sumber

 Pusat penterjemahan

 Pusat penyelidikan ilmiah

 Pusat latihan para ilmuan

 Pusat pertemuan para sarjana


Pernyataan di atas merujuk kepada kegiatan ________________ dalam bidang pendidikan.

a)

Kuttab

b)

Baitulmal

c)

Baitul Hikmah

d)

Darul Hikmah

17.

Antara yang berikut yang manakah bukan faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah ?

a)

Kegawatan ekonomi.

b)

Kelemahan pemerintah.

c)

Perselisihan aliran fahaman keagamaan.

d)

Mendapat tekanan daripada pihak kerajaan.

18.

 Tertumpu kepada aktiviti lasak.

 Melibatkan ketahanan fizikal dan mental.


Pernyataan di atas merujuk kepada rekreasi jenis __________________.

a)

aktif

b)

pasif

c)

rohani

d)

jasmani

19.

Pilih pernyataan yang menunjukkan makruh bermusafir.

a)

Menziarahi orang sakit.

b)

Bersiar-siar tanpa tujuan.

c)

Menunaikan umrah di Mekah.

d)

Membeli belah bersama keluarga.

20.

Antara yang berikut yang manakah adab bernegara ?

a)

Menjaga nama baik negara.

b)

Memenuhi kehendak peribadi.

c)

Mewujudkan hubungan silaturrahim.

d)

Memberi maklumat penting kepada negara lain.

21.

Taubat merupakan satu cara seseorang untuk______________________ kepada Allah SWT.

a)

kembali taat

b)

memohon

22.

Hukum melakukan perbuatan qazaf ialah __________________________.

a)

wajib

b)

haram

23.

Orang yang melakukan perbuatan _____________________ adalah lebih dahsyat daripada membunuh.

a)

fitnah

b)

minum arak

24.

Akibat makan harta anak yatim:

  • Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa.
  • X
  • Berlaku pergaduhan dan putus silaturrahim.


X dalam rajah di atas ialah _____________________.

a)

Anak yatim akan hidup terbiar

b)

Anak yatim terus terjaga

25.

Riba _____________ ialah pertambahan yang diperolehi kerana menangguhkan tempoh pembayaran.

a)

al-fadl

b)

al-nasiah

26.

Cara mencapai kemanisan iman:

  • Y
  • Mengasihi sesama manusia kerana Allah SWT.
  • Benci kepada kekufuran sebagaimana benci dicampak ke dalam api neraka.
a)

Cinta Allah dan rasul-Nya melebihi segalanya

b)

Cinta Allah dan rasul-Nya mengikut had

27.

Orang yang tidak beragama digelar sebagai ______________________ .

a)

fasik

b)

mulhid

28.

 Niat

 Wukuf

 Tawaf

 Saie

 Bercukur

 Tertib


Pernyataan di atas merujuk kepada _________________ haji.

a)

rukun

b)

syarat

c)

perkara wajib

29.

Pelaburan saham menurut pandangan Islam

  • Berlandaskan hukum syarak.
  • Z
a)

mempunyai pemegang saham yang telah meninggal dunia

b)

Bebas daripada unsur riba

30.

Perbuatan yang diharuskan oleh Islam tetapi dibenci oleh Allah SWT __________________.

a)

talak

b)

li'an

31.

Menyamakan isteri atau mana-mana anggota isteri dengan ibu atau mana-mana perempuan yang mahram bagi suami ___________________.

a)

zihar

b)

khuluk

32.

Sumpah suami dan isteri yang disertai dengan laknat daripada Allah SWT.

___________________.

a)

li'an

b)

khuluk

33.

Kegiatan penulisan,_________________ dan pembinaan perpustakaan telah mewujudkan beberapa disiplin ilmu yang dikenali sebagai al-Tadwin..

a)

pembukuan

b)

penciptaan

34.

Kitab Imam Abu Hanifah rahimahullah yang berkaitan harta pusaka ialah________________.

a)

al-fara'id

b)

al-fidyah

35.

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah digelar __________________ kerana menghafaz lebih daripada 700,000 hadis dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu hadis..

a)

al-hikmah

b)

al-hakim

36.

Kota ____________________ adalah pusat perdagangan terkenal pada zaman kerajaan Bani Abbasiah.

a)

Damsyik

b)

Baghdad

37.

Sheikh Tahir Jalaluddin telah menyambung pelajarannya di Universiti al-Azhar dalam jurusan ilmu ___________________.

a)

falak

b)

kimia

38.

Kesan daripada sisa bahan buangan kilang, tumpahan minyak dan penerokaan hutan secara berleluasa menyebabkan punca berlakunya ____________________.

a)

Pencemaran air

b)

Pencemaran udara

39.

Penggunaan racun serangga secara berlebihan mengakibatkan ____________________.

a)

pencemaran udara

b)

pencemaran tanah

40.

Kerja-kerja pembinaan bangunan dan kuari menyebabkan berlakunya __________________

a)

pencemarah bunyi

b)

pencemaran tanah