wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA SEM 3

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

"Kepentingan nasional merupakan penentu dasar luar Malaysia"


Faktor apakah yang mempengaruhi dasar ini


(1 jawapan)

a)

Hubungan serantau

b)

Aspek sosiobudaya

c)

Keselamatan negara

d)

Hubungan perdagangan

2.

Yang manakah faktor-faktor dalam penentuan dasar luar Malaysia?


(2 jawapan)

a)

Kedudukan geopolitik serantau

b)

Keturunan dan agama rakyat sesebuah negara

c)

Kerjasama dengan kuasa-kuasa besar

d)

Perdagangan untuk pembangunan ekonomi

3.

Yang manakah menyebabkan Malaysia mengutuk pencabulan kedaulatan sesebuah negara?


(1 jawapan)

a)

Perang saudara di Rwanda

b)

Sekatan ekonomi terhadap Libya

c)

Penahanan aktiviti politik di Myanmar

d)

Serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

4.

Yang manakah yang diambil kira oleh Malaysia dalam menentukan dasar luarnya?


(2 jawapan)

a)

Mengutamakan hubungan baik dengan negara-negara Asia Tenggara

b)

Menitikberatkan hubungan dengan Amerika Syarikat

c)

Mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara Komenwel

d)

Memihak kepada negara Selatan-Selatan sahaja

5.

Kerajaan Malaysia telah menggariskan dasar luarnya supaya dapat menjalin :


(2 jawapan)

a)

Hubungan yang erat dengan negara-negara jiran

b)

Hubungan ketenteraan dengan negara-negara kuasa besar

c)

Hubungan persahabatan dengan negara-negara lain tampa mengira ideologi

d)

Hubungan yang dapat mewujudkan pakatan perdagangan dengan negara-negara lain

6.

Yang manakah menjadi asas dalam penentuan dasar luar Malaysia?


(2 jawapan)

a)

Kerjasama tentera bagi pertahanan bersama

b)

Kepentingan dari segi ekonomi dan kebudayaan

c)

Hububgan yang erat dengan negara-negara ASEAN

d)

Hubungan berdasarkan ideologi dan politik

7.

Dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh :


(2 jawapan)

a)

Keadaan politik serantau

b)

Hubungan peribadi antara pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara asing

c)

Pegangan ideologi negara-negara serantau

d)

Pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Malaysia

8.

Yang manakah perubahan-perubahan di Myanmar yang disambut baik oleh Malaysia?


(2 jawapan)

a)

Kebebasan bersosial

b)

Kebebasan berpolitik

c)

Penagkapan dan penahanan aktivis politik

d)

Pengharaman parti politik yang aktif

9.

Malaysia menyokong Pergerakkan Negara-Negara Berkecuali untuk :


(2 jawapan)

a)

Mengelakkan campur tangan negara maju dalam hal ehwal negara-negara lain

b)

Mendapat sokongan negara kuasa besar dunia

c)

Menyelesaikan pertelingkahan antara-bangsa secara perundingan

d)

Meningkatkan kerjasama ekonomi dua hala dengan negara-negara maju

10.

Dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia membolehkannya:


(1 jawapan)

a)

Menyelesaikan masalah rebutan pulau dengan negara asing

b)

Menjalinkan kerjasama ekonomi dan politik dengan semua negara

c)

Menyelaraskan sistem cukai dengan negara serantau

d)

Mencampuri hal ehwal negara lain

11.

* Dianggotai oleh negara-negara sedang membangun di Asia dan Afrika

* Menghormati hak asasi manusia, kedaulatan serantau dan mengakui persamaan semua ras dan negara


Perkara-perkara di atas merujuk kepada


(1 jawapan)

a)

Pertubuhan Persidangan Islam

b)

Pertubuhan Negara-negara Komenwel

c)

Pergerakkan Negara-negara Berkecuali

d)

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

12.

Pergerakkan Negara-Negara Berkecuali (NAM) diasaskan melalui konferensi Bandung 1955. Matlamat-matlamat NAM ialah


(2 jawapan)

a)

Mengutamakan hak asasi manusia

b)

Menentukanpemimpin yang sesuai untuk sesebuah negara

c)

Mementingkan sikap berkecuali

d)

Menuntut kemerdekaan untuk negara-negara ahli yang masih dijajah

13.

Yang manakah menentukan pendirian Malaysia dalam masalah Iraq


(2 jawapan)

a)

Malaysia menentang pencerobohan kuasa besar terhadap Iraq

b)

Malaysia menykong tindakan Amerika Syarikat menempatkan tentera di Iraq

c)

Malaysia menyokong penempatan tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Iraq

d)

Malay sia tidak menyokong pemulihan demokrasi di Iraq

14.
  • Berusaha untuk mengikis diskriminasi bangsa
  • Bertindak untuk mengembalikan ketenteraman dunia
  • Berusaha untuk memupuk persefahaman antara negara ahli dengnan negara bukan ahli


Penyataan di atas menjadi matlamat


(1 jawapan)

a)

Pertubuhan Persidangan Islam

b)

Pergerakkan Negara-Negara Berkecuali

c)

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara

d)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

15.

Yang manakah benar tentang dasar luar Malaysia


(2 jawapan)

a)

Malaysia berbaik-baik dengan israel berkaitan dengan isu Pelestin

b)

Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali dalam pergolakkan politik di Iraq

c)

Malaysia memilih langkah ketenteraan dalam menyelesaikan isu keganasan antarabangsa

d)

Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara tampa mengira ideologi

16.

Yang manakah objektif ZOPFAN


(2 jawapan)

a)

Menjamin keamanan dan kestabilan politik

b)

Menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear

c)

Menyelesaikan pertikaian kepulauan di Asia Tenggara secara rundingan

d)

Menjadikan blok ekonomi yang kuat di Asia Tenggara

17.

Yang manakah merupakan cabaran kepada Pergerakkan Negara-Negara Berkecuali(NAM) selepas era tahun 2010


(2 jawapan)

a)

Keganasan antarabangsa yang mempunyai jalinan global

b)

Peningkatan kerjasama multilateral

c)

Persaingan dalam kalangan negara-negara perindustrian

d)

Pelancaran senjata nuklear oleh Korea Utara

18.

Perluasan kawasan cari gali dan perlombongan petroleum Malaysia di Laut China Selatan adalah hasil


(1 jawapan)

a)

Kerjasama dan persefahaman negara-negara di dunia terhadap Zon Ekonomi Eksklusif

b)

Kerjasama Malaysia dengan Syarikat Esso dan Shell

c)

Kerjasama Malaysia dengan pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC)

d)

Kerjasama Jawatankuasa Sempadan antara negara-negara Asia Tenggara

19.

Yang manakah tujuan tuntutan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di Laut China Selatan?


(2 jawapan)

a)

Mengesan bencana tsunami

b)

Mengawal pencemaran laut

c)

Menguasai kawasan perikanan

d)

Menguasai kepentingan beberapa buah pulau

20.

Isu X yang berkaitan dengan gambar rajah di atas ialah


(1 jawapan)

a)

Tuntutan hak ke atas Kepulauan Spratly

b)

Menyelesaikan masalah pelarian Vietnam

c)

Pertikaian hak ke atas sempadan antara negara

d)

Pengawalan pencemaran laut di perairan masing-masing

21.
  • Pulau batu putih
  • Pulau Natuna Anambas


Yang manakah isu yang berkaitan dengan pulau-pulau dia atas


(1 jawapan)

a)

Pembinaan rumah api

b)

Zon Ekonomi Eksklusif

c)

Mendapat hak mencari gali minyak

d)

Pengkalan sementara pendatang tampa izin

22.

Jenis bantuan dari Malaysia : kepakaran dalam sektor pertanian, latihan dan khidmat nasihat dalam bidang pendidikan


Negara penerima : Papua New Guinea, Bangladesh, Maldives


Aktiviti di atas dikendalikan melalui


(1 jawapan)

a)

Rancangan Colombo

b)

Kerjasama Selatan-Selatan

c)

Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia

d)

Rancangan Usahasama Perindustrian ASEAN

23.

"Dasar luar Malaysia kini lebih condong untuk merapatkan hubungan dan memupuk kerjasama Selatan-selatan"


Sebab utama Malaysia mengamalkan dasar tersebut adalah kerana


(1 jawapan)

a)

Dialog utara selatan tidak begiti bermanfaat kepada negara-negara sedang membangun

b)

Pertubuhan-pertubuhan serantau tidak banyak membawa manfaat kepada negara-negara anggota

c)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal mengekalkan kestabilan di negara-negara anggota

d)

Kuasa-kuasa besar gagal membangunkan ekonomi negara-negara mundur

24.

Mengapakah Malaysia kini lebih berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan


(1 jawapan)

a)

Meluaskan pasaran komoditi Malaysia

b)

Menjalin hubungan perdagangan yang lebih menguntungkan berbanding dengan negara maju

c)

Menjadi jurucakap negara-negara selatan

d)

Mengembangkan konsep ASEAN di rantau lain

25.

Yang manakah merupakan tujuan negara sedang membangun menyokong dialog Selatan-Selatan


(1 jawapan)

a)

Untuk menjalinkan hubungan diplomatik dalam kalangan negara dunia ketiga

b)

Untuk membentuk suatu bentuk kerjasama ekonomi dan teknikal dalam kalangan negara dunia ketiga

c)

Untuk menguatkan pertahanan dan keselamatan dalam kalangan negara dunia ketiga

d)

Untuk menyelesaikan masalah rebutan pulau dalam kalangan negara dunia ketiga

26.

Masalah ekonomi negara-negara sedang membangun


*Kadar syarat perdagangan yang tidak seimbang antara negara maju dengan negara membangun

*Beban hutang yang tinggi


Untuk mengatasi masalah-masalah diatas, negara-negara tersebut menubuhkan


(1 jawapan)

a)

Pertubuhan komenwel

b)

Suruhanjaya selatan-selatan

c)

Pertubuhan negara-negara islam(OIC)

d)

Kerjasama ekonomi asia pasifik(APEC)

27.

Tujuan dialog selatan-selatan diwujudkan adalah untuk


(2 jawapan)

a)

Menghapuskan masalah dadah di negara-negara sedang membangun

b)

Mengurangkan pergantungan ekonomi negara sedang membangun kepada negara maju

c)

Memperjuangkan kepentingan ekonomi Bersama bagi negara-negara sedang membangun

d)

Memperkukuhkan ketenteraan menentang negara-negara maju

28.

Yang manakah usaha Malaysia untuk memerangi penyalahgunaa dadah


(2 jawapan)

a)

Merampas harta benda penagih dadah

b)

Menjatuhkan hukuman mati pepada penagih dadah

c)

Menahan pengedar tampa pembicaraan di bawah akta keselahan keselamatan

d)

Melaksanakan deklarasi Vienna

29.

Yang manakah diperjuangkan Malaysia untuk menangani isu-isu sosio ekonomi antarabangsa


(2 jawapan)

a)

Beban hutang negara membangun disemak semula

b)

Negara-negara maju mengurangkan rintangan perdagangan terhadap negara-negara sedang membangun

c)

Perundingan ekonomi asia timur menjadi blok perdagangan

d)

Mewujudkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara kesatuan eropah(EU)

30.

Antara yang berikut yang manakah benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu Antartika


(2 jawapan)

a)

Malaysia membenarkan pengusaha hasilan Kawasan tersebut untuk membangun

b)

Malaysia mahu kepentingan Kawasan tersebut dinikmati oleh semua negara di dunia

c)

Kawasan tersebut diistiharkan sebagai Kawasan bebas dan kepentingannya menjadi milik Bersama

d)

Malaysia menyarankan agar projek pembangunan dijalankan di Kawasan tersebut

31.

Yang manakah menunjukkan kesungguhan Malaysia mempertahankan isu alam sekitarnya di peringkat antarabangsa


(2 jawapan)

a)

Menandatangani perisytiharan Langkawi mngenai pnjagaan alam sekitar

b)

Mewujudkan taman bunga di semua bandar di negara ini

c)

Melaksanakan ketetapan persidangan antarabangsa alam sekitar

d)

Menjalankan kempen kesedaran cintai alam

32.

Yang manakah usaha-usaha yang telah disarankan oleh Malaysia berhubung isu Pelestin-Israel


(2 jawapan)

a)

Israel harus menghentikan pencerobohan baru di tanah palestin

b)

Mendesak pihak nato menyerang Israel

c)

Mendesak Israel menghentikan penzaliman terhadap rakyat palestin

d)

Mendesak pergerakkan negara-negara berkecuali memainkan peranan yang berkesan

33.

Yang manakah pernah melibatkan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


(2 jawapan)

a)

Mencetuskan idea tentang isu dadah di PBB

b)

Menjadi pengerusi perhimpunan agong PBB

c)

Menjadi anggota tetap dalam majlis keselamatan PBB

d)

Menghantar pasukan tentera membantu amerika syarikat di Iraq

34.

Yang manakah menyebabkan Malaysia mendesak agar pembaharuan dibuat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)


(2 jawapan)

a)

Lambat bertindak menyelesaikan sesuatu konflik

b)

Bertolak ansur dalam dasar apartheid

c)

Dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar

d)

Menghadapi krisis kewangan

35.

Peristiwa-peristiwa antarabangsa yang manakah yang melibatkan tentera pengaman dari Malaysia


(2 jawapan)

a)

Genjatan senjata di Lubnan

b)

Kemerdekaan Timor Leste

c)

Pergolakkan politik dan keganasan di selatan Thailand

d)

Kejatuhan Iraq akibat serangan Amerika Syarikat

36.

Yang manakah penyebab utama sikap kurang senang Malaysia terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(2 jawapan)

a)

Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu lebih banyak dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar dunia

b)

Usaha pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu menyelesaikan masalah sering menemui kegagalan

c)

Malaysia kurang diberi peluang menyertai beberapa misi antarabanngsa

d)

Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu menyelesaikan isu agak lambat dan mengamalkan dasar pilih kasih

37.

Yang manakah menunjukkan pengaruh Malaysia dalam hal ehwal antarabangsa dalam tahun 2000-an


(2 jawapan)

a)

Menjadi pengerusi majlis keselamatan pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu

b)

Menjadi tuan rumah dan pengerusi persidangan NAM dan OIC

c)

Menganggotai pasukan pengaman bangsa-bangsa Bersatu di kongo

d)

Menjadi tuan rumah sukan asia

38.

Yang manakah isu-isu yang mengharumkan Malaysia di mata dunia


(2 jawapan)

a)

Menyertai pasukan pendamai pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu di Acheh 2005

b)

Menjadi tuan rumah siding kemuncak NAM 2003

c)

Pernah menduduki kerusi tidak tetap di majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

d)

Lantang menyokong tindakan NATO di negara arab seperti Libya dan Yaman

39.

Antara peristiwa berikut, yang manakah melibatkan Malaysia


(2 jawapan)

a)

Pencapaian kemerdekaan di Timor Leste

b)

Penyerahan semula Hong Kong dan Macau kepada China

c)

Pemulihan keamanan di Bosnia

d)

Perjanjian damai Pelestin dan Israel

40.

Yang manakah benar tentang mesyuarat Asia-Eropah


(2 jawapan)

a)

Mewujudkan kerjasama ketenteraan

b)

Bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan globalisasi

c)

Dianggotai oleh negara-negara asia dan Amerika Syarikat

d)

Meneroka kerjasama baharu dalam bidang ekonomi, politik dan sosial