wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU - Bidalan

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Ramai orang berada di sesuatu tempat kerana terdapat banyak peluang pekerjaan. Kenyataan ini merujuk kepada bidalan ____________________.

a)

ada udang di sebalik batu

b)

buku bertemu ruas

c)

biar mati anak, jangan mati adat

d)

ada gula ada semut

2.

Walaupun bergaduh teruk, Encik Halim dan Encik Harun akan berbaik semula ibarat _______________________ kerana mereka adik-beradik.

a)

masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

b)

air dicencang tidak akan putus

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

bapa borek anak rintik

3.

Luqman tidak lagi berasa sakit kaki ketika berlari 10km kerana dia telah biasa melakukannya kerana baginya ______________________.

a)

indah khabar dari rupa

b)

bagai aur dengan tebing

c)

alah bisa tegal biasa

d)

biar lambat asal selamat

4.

Perangai Wei Lim saling tak tumpah seperti ayahnya kerana _____________________.

a)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

b)

ayam terlepas, tangan bahu tahi

c)

tanam tebu di tepi bibir

d)

mencurahkan garam ke laut

5.

Buang yang keruh ambil yang jernih bermaksud ____________________.

a)

sukar menerima pelajaran yang diberi

b)

tidak mengendahkan nasihat yang diberikan

c)

menjauhi sikap yang buruk, mengamalkan sikap yang baik.

d)

sudah terkena baru hendak beringat-ingat

6.

Dalam situasi pandemik Covid19 ini, kerajaan Malaysia seperti ________________________ sama ada mahu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara untuk mengekang wabak ini kerana ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

a)

alah membeli menang memakai

b)

ditelan mati emak, diluah mati bapa

c)

membuka pekung di dada

d)

antah patah lesung hilang

7.

Sebagai seorang pelajar, kita mestilah belajar dengan tekun untuk mencapai cita-cita yang diingini kerana ______________________________.

a)

tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas

b)

berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian

c)

tepuk tangan sebelah tidak berbunyi

d)

jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

8.

Sejak dari kecil, anak-anak perlu diajar tentang ilmu agama dan adab supaya mereka menjadi manusia berguna kerana ______________________________.

a)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

melepaskan batuk di tangga

c)

harapkan pagar, pagar makan padi

d)

malu bertanya sesat jalan

9.

Adam menyesal dengan sikapnya yang tidak bersungguh-sungguh dalam bekerja menyebabkan dia telah dibuang kerja oleh majikannya.


Bidalan yang sesuai dengan ayat di atas ialah ___________________________.

a)

nasi sudah menjadi bubur

b)

alang-alang mandi biar basah

c)

belum duduk sudah berlunjur

d)

rosak badan kerana mulut

10.

Wajah kakak Siti hampir sama seperti Mira Filzah sehingga ada orang menganggapnya sebagai pelakon tersebut. Inilah yang dikatakan _______________________.

a)

biar putih tulang jangan putih mata

b)

pelanduk dua serupa

c)

seperti cincin dengan permata

d)

bagai bulan dipagari bintang

11.

Keputusan Encik Mahadi untuk bekerja sendiri ibarat _____________________________ kerana selain tidak terikat dengan mana-mana syarikat, beliau dapat menumpukan perhatian dalam membesarkan anak-anaknya.

a)

rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

hanya jauhari mengenal manikam

c)

sambil menyelam minum air

d)

sekali jalan kena, dua kali jalan tahu

12.

Akibat kerap kali masalah bekalan air terputus di negeri Selangor, kebanyakan rakyat negeri ini menyimpan air untuk kegunaan pada masa-masa darurat akibat ketiadaan air, bak kata bidalan _______________________________.

a)

membuka pekung di dada

b)

orang mengantuk disorongkan bantal

c)

enggang lalu ranting patah

d)

sediakan payung sebelum hujan

13.

Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang, kita perlulah berusaha bersunguh-sungguh dan kerap merujuk pada orang yang lebih hebat daripada kita kerana __________________________________.

a)

lembu punya susu, sapi dapat nama

b)

bagai menatang dulang yang penuh

c)

berat sama dipikul ringan sama dijunjung

d)

malu bertanya sesat jalan

14.

Kita perlu berjimat-cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini. Beringat-ingatlah ketika membeli, ____________________________.

a)

rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

kalah jadi arang, menang jadi abu

c)

ukur baju di badan sendiri

d)

sehari selembar benang, lama-lama jadi kain

15.

Ismail yang kurang pandai itu akhirnya lulus juga dalam peperiksaan setelah dia belajar bersungguh-sungguh bak kata orang _______________________.

a)

seperti mencurah air ke daun keladi

b)

belakang parang diasah lagikan tajam

c)

masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

d)

siapa makan cili dia terasa pedas

16.

Apakah bidalan yang sesuai bagi maksud ''buat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sesekali dicuba''.

a)

Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.

b)

Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat.

c)

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.

d)

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

17.

Pilih perkataan yang sesuai bagi melengkapkan bidalan


''Genggam __________ api biar sampai jadi arang''.

a)

bebola

b)

bara

c)

gelung

d)

bunga

18.

Alah membeli _____________ memakai.

a)

menang

b)

kalah

c)

seri

d)

cantik

19.

Musuh di dalam ___________.

a)

hutan

b)

selimut

c)

semak

d)

rumah

20.

Bumi mana tidak ditimpa __________.

a)

gempa

b)

ribut

c)

hujan

d)

tsunami