wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Total questions: 17

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Gambar 1 di bawah menunjukkan Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan pada 25 Julai 1946. Apakah tujuan jawatankuasa tersebut ditubuhkan?

a)

Menentukan jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum

b)

Membincangkan kedudukan Raja-raja Melayu dan orang Melayu

c)

Menetukan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

2.

Mengapakah gabungan PUTERA dan AMCJA menolak rangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Enggan berkompromi dengan penjajah

b)

Jawatankuasa Kerja tidak diwakili semua kaum

c)

Menentang pengembalian kuasa Raja-raja Melayu

d)

Mahu kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan

3.

Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan gagasan Malayan Union.

Apakah faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

I. Bantahan orang Melayu

II. Sokongan pentadbir British

III. Bantahan golongan Imigran

IV. Cadangan Pesuruhjaya Tinggi British

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Penyataan di bawah merujuk kepada saranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Piagam Atlantik pada bulan Ogos 1941. Bagaimanakah British bertindak mematuhi piagam tersebut di Tanah Melayu?

a)

Memperkukuhkan sistem pertahanan

b)

Menamatkan gagasan Malayan Union

c)

Mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

5.

Gambar 2 di bawah menunjukan peranan Raja-raja Melayu dalam mengembalikan kedaulatan negara dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah kepentingan mempertahankan kedaulatan negara pada masa kini?

I. Mengukuhkan ekonomi imigran

II. Mengekalkan perpaduan rakyat

III. Memelihara kemerdekaan negara

IV. Memastikan penguasaan orang Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai secara rasmi pada 1 Februari 1948.

Apakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948?

I. Gabungan sembilan buah negeri-negeri Melayu

II. Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Sultan

III. Rang undang-undang perlu mendapat perkenan pihak British

IV. Jus Soli hanya terbuka untuk rakyat Raja dan rakyat British

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Antara yang berikut, manakah syarat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang?

a)

Lahir di luar negeri dan ayahnya mestilah rakyat Raja

b)

Bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu

c)

Mempunyai tingkah laku yang baik dan tiada rekod jenayah

d)

Bermastautin selama 15 tahun daripada 20 tahun dari hari permohonan

8.

Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?

a)

Syarat kewarganegaraan dilonggarkan

b)

Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf

c)

Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu

d)

Mewujudkan kerjasama kaum ke arah perpaduan

9.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memberi kesan terhadap pemerintahan beraja di Tanah Melayu.

Apakah kesan tersebut?

a)

Penubuhan Majlis Raja-raja

b)

Pelaksanaan sistem penasihat

c)

Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

d)

Penyelarasan sistem Pesuruhjaya Tinggi British

10.

Apakah kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

I. Kewarganegaraan dilonggarkan

II. Melahirkan identiti bangsa Malayan Union

III. Hak mutlak memerintah negara yang berdaulat

IV. Sistem demokrasi berkonsepkan Raja Berperlembagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946 bagi merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 bagi menggantikan Malayan Union 1946 yang ditolak oleh penduduk tempatan.

(a) Senaraikan dua wakil UMNO yang terlibat dalam Jawatankuasa Kerja. [2 markah]

4 lines
12.

(b) Apakah cadangan Jawatankuasa Kerja? [4 markah]

4 lines
13.

(c) Pada pandangan anda, mengapakah gabungan PUTERA dan AMCJA menentang perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? [4 markah]

4 lines
14.

Penyataan berikut berkaitan dengan perjuangan politik orang Melayu sebelum merdeka.

(a) Mengapakah pembentukan Persekutuan tersebut di anggap mengembalikan kedudukan dan maruah orang Melayu. [2 markah]

4 lines
15.

(b) Senaraikan dua ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948. [2 markah]

4 lines
16.

(c) Apakah yang dituntut oleh orang Melayu dalam rundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948? [2 markah]

4 lines
17.

(d) Pada pandangan anda, mengapakah tuntutan yang dibuat oleh orang Melayu pada soalan (c) adalah wajar? [4 markah]

4 lines