wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata banyak makna

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
I   Cahaya hari ini sangat hangat sekali.
II  Tidak lama lagi, abang akan memperoleh cahaya mata. 
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV  Air muka Suraya cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu. 
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I dan IV
d)
III dan IV
2.
I   Nilai eksport Malaysia susut 10 peratus akibat kegawatan ekonomi.
II   Paras air di sungai itu telah susut dengan mendadak.
III   Tudung merah itu susut kerana menggunakan cecair peluntur yang berlebihan.
IV   Badannya semakin susut kerana tidak lalu makan. 
a)
I,II dan III
b)
I,II dan IV
c)
II, III dan IV
d)
Semua di atas. 
3.
I   Rapuh sungguh keropok yang digoreng ibu.
II  Cawan dan pinggan yang rapuh itu dimasukkan ke dalam kotak.
III Tiang rumah itu rapuh akibat dimakan anai-anai.
IV  Pemuda pemudi zaman sekarang berjiwa rapuh kerana mudah terpengaruh budaya luar. 
a)
I dan III
b)
II dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
4.
I   Kapal layar itu bergerak mengikut haluan angin.
II   Dia tidak haluan pendapat dengan bapanya.
III  Label pada haluan perahu itu terpaksa dicat semula kerana telah pudar.
IV  Hidup kita akan terumbang-ambing sekiranya tidak mempunyai haluan yang betul. 
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
5.
I   Kebanyakan harga barang turut naik setelah harga minyak naik.
II   Artis baharu itu mempunyai nada suara yang naik.
III   Peniaga itu memukul adunan apam balik itu sehingg naik.
IV   Kami mula naik seram apabila terdengar suara anjing menyalak. 
a)
I dan II
b)
II dan IV
c)
I, II dan III
d)
I, III dan IV
6.

I Fikiran ayah runcing memikirkan keadaan adik yang sakit sejak bulan lalu.

II Perselisihan faham antara Masitah dengan Anisa semakin runcing.

III kayu-kayu runcing akan dipacakkan ke tanah untuk memagari tanamannya.

IV Rakyat negara itu berada dalam keadaan runcing berikutan kejadian taufan yang melanda negara tersebut.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

7.
I   Izham lahir dalam keluarga doktor perubatan yang terkenal.
II   Sajak itu lahir daripada hati sanubarinya yang suci.
III   Pokong kacang bendi itu lahir daripada benih yang disemai seminggu yang lalu.
IV  Pelan kompleks sukan itu lahir daripada perbincangan kami kelmarin. 
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
8.
I  "Janganlah tawar lagi," kata penjual itu.
II "Saya akan tawar jawatan pengurus kepadanya," kata pemilik syarikat itu.
III  Pidatonya tawar dan tidak bersemangat langsung.
IV   Bisa gigitan lebah di tangannya semakin tawar setelah dia makan ubat itu. 
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I, III dan IV
d)
Semua di atas.
9.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Jambatan itu sudah siap bina.

II Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.

III Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.

IV Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Bunga tayar kereta itu melintang.

II Ailin suka memakai baju yang bunga.

III Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada

gurunya.

IV Emak memperoleh banyak bunga daripada wang

simpanannya.

a)

I dan IV

b)

III dan IV

c)

I,II, dan III

d)

I, III dan IV

11.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Usianya baru lima tahun..

II Adik masuk ke bilik baru tidur.

III Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.

IV Kelvin baru membeli sebuah basikal yang berwarna biru.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, III dan IV

12.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I kaki pelajar yang berhimpun telah bersurai.

II Kaki Khairul terlalu besar untuk kasut itu.

III Banyak kaki yang diperoleh daripada perniagaannnya itu.

IV Lembu Pak Samad di tambat di kaki hutan.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

13.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Tingginya sama paras dengan saya.

II Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan.

III Paras wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka

yang terpaut hati.

IV Hujan lebat selama dua hari menyebabkan paras air

sungai itu meningkat.

a)

I dan IV

b)

II dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, III dan IV

14.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Pakaian pengemis itu terlalu buruk.

II Ibu membuang bunga mawar yang sudah buruk.

III Niat buruk Rosman telah diketahui oleh teman-

temannya.

IV Keadaan menjadi bertambah buruk semenjak kami

berpindah ke sini.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan IV

d)

I, III dan IV

15.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.

II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.

III Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.

IV Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV