WorksheetsLatihan Kata Ganda
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Petani memasang ____________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
A kisi-kisi
B orang-orang
C tupai-tupai
D layang-layang
Pawagam menjadi____________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
A riuh-rendah
B gelap-gelita
C porak-peranda
D terang-benderang
Baju Jaswan Singh____________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.
A comot-momot
B koyak-rabak
C serba-serbih
D compang-camping
Ideanya telah ditolak____________ oleh majikannya.
A hidup-hidup
B bulat-bulat
C betul-betul
D terang-benderang
Pak Chee suka makan sup____________ ikan.
A bebola
B jejari
C dedaun
D kekabu
Mereka ketawa____________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.
A teresak-esak
B terkebil-kebil
C terbahak-bahak
D tergelak-gelak
Kemalangan sering berlaku di jalan yang____________ itu.
A berkelip-kelip
B berpinar- pinar
C berderet-deret
D berliku-liku
Bantal yang berisi____________ amat lembut sekali.
A dedaun
B kekabu
C bebola
D bebiri
Ayah menyapu____________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.
A dedaun
B kekabu
C bebola
D bebiri
Keadaan menjadi____________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.
A huru-hara
B keluh-kesah
C kusut-masai
D tunggang-langgang
Sereena membalut hadiah itu____________ .
A kemas-kemas
B ketat-ketat
C kuat-kuat
D erat-erat
Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami____________ akibat keracunan makanan.
A lemah-longlai
B lemah-gemalai
C hiruk-pikuk
D cirit-birit
Sheela menangis____________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.
A tercungap-cungap
B terbahak-bahak
C teresak-esak
D tersipu-sipu
Setiap hari kami terpaksa____________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.
A ulang-alik
B bolak-balik
C mundar-mandir
D lalu-lalang
Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan____________ sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.
A kekuda
B sesiku
C kekisi
D lelabu
Berbasikal secara____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.
A bersaing-saing
B berbaris-baris
C berluncur-luncur
D berderet-deret
Banyak____________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.
A dedahan
B pepohon
C dedaun
D reranting
Ada sebuah busut____________ di bawah pokok ketapang itu.
A jentik-jentik
B pijat-pijat
C anai-anai
D kura-kura
Keluarga Encik Zain seronok____________ di kawasan air terjun yang popular itu.
A ulang-alik
B lalu-lalang
C mundar-mandir
D mandi-manda
Muka Aliyah menjadi____________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.
A kebiru-biruan
B kemalu-maluan
C keanak-anakan
D kemerah-merahan
Rancangan itu dilakukan secara________sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.
A lambat-laun
B sorok-sorok
C senyap-senyap
D sayup-sayup
Rambut budak lelaki itu kelihatan_______________kerana tidak disisir.
A kusut-masai
B serba-serbih
C comot-momot
D compang-camping
Polis telah _______________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.
A bertukar-tukar
B berhujah-hujah
C berbalas-balas
D berganti-ganti
Aiman lari______________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
A riuh-rendah
B lintang-pukang
C kumat-kamit
D lalu-lalang
Pengusaha kantin menjadi________ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan.
A huru-hara
B remeh-temeh
C kelam-kabut
D kacau-bilau
Pendapat pemuda itu telah ditolak ________ oleh majikannya.
A mentah-mentah
B senang-senang
C semua-semua
D betul-betul
Adik berjalan ________________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
A terkial-kial
B tersekat-sekat
C terhuyung-hayang
D terhincut-hincut
Saya suka _______ di pasar raya Jaya Jusco.
A berulangalik
B meliang-liuk
C bersiar-siar
D membeli-belah
Dedaun kelapa _________ ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
A berkibar-kibar
B meliang-liuk
C bersiar-siar
D membeli-belah
Kilang simen itu mengeluarkan________asap ke udara.
A bergumpal-gumpal
B bersimpul-simpul
C berkepul-kepul
D berketul-ketul
