NEW
Font size
WorksheetsKATA SENDI NAMA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Banyak manfaat yang kita peroleh _____ceramah itu.
daripada
akan
antara
dari
Faiznur mengirim sepucuk surat _____kawannya.
ke
dari
kepada
daripada
Pak Murad bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _____ petang.
di
ke
pada
kepada
Pegawai Daerah menyampaikan hadiah _____para pelajar.
untuk
pada
kepada
ke
Harga kain batik tulis lebih mahal _____ harga kain batik cap.
oleh
dengan
dari
daripada
Anisa membeli sehelai selendang _____ibunya sebagai hadiah hari jadi.
daripada
untuk
demi
bagi
Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _____ empat tahun.
di
dengan
kepada
hingga
Cikgu Maria menasihati kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _____ binatang.
terhadap
hingga
demi
oleh
Oleh sebab rasa cinta _____ kebudayaan Melayu, Puan Julia sanggup menjelajah seluruh negara untuk membuat kajian.
dalam
untuk
akan
terhadap
Pak Ismail menjaga potret-potret yang dilukis _____ anaknya itu dengan baik.
sejak
oleh
tentang
dalam
Pinggan mangkuk Vantage yang dihiasi corak bunga –bungaan mendapat sambutan yang baik _____ peminat tembikar.
untuk
antara
dengan
daripada
Taman Botani dan Taman Negara sering menjadi tumpuan pengunjung terutamanya _____ hujung minggu.
di
kepada
pada
umpama
Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya mengamalkan sikap tolong_menolong antara satu sama lain _____ kehidupan seharian.
demi
dalam
bagai
untuk
Ibu menaburkan padi usang itu ke tanah _____ dimakan oleh ayam-ayam peliharaannya.
untuk
sampai
daripada
kepada
Tini rindu _____ kedamaian kampung neneknya yang terletak di kaki Gunung Ledang.
pada
akan
antara
kepada
Lima orang pendaki yang hilang _____ tiga hari yang lalu telah dijumpai di dalam hutan tebal di kaki Gunung Tahan.
hingga
seperti
sejak
antara
Samila telah terpilih sebagai pemain boling terbaik _____ Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.
oleh
pada
akan
bagi
Tengku Suria telah banyak mengorbankan masanya _____ membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit AIDS di rumah kebajikan itu.
tentang
di
untuk
kepada
Ibu mengucapkan terima kasih _____ Puan Norlia kerana menjaga rumah sepanjang kami pergi bercuti di Pulau langkawi.
untuk
kepada
daripada
dengan
_____ Ayu dan Ani, Ayu lebih cekap menjaringkan gol walaupun Ani mempunyai lima tahun pengalaman dalam permainan hoki.
Dalam
Terhadap
Antara
Tentang
