Font size
WorksheetsPerniagaan T4-Bab 2 (Trend Semasa Dalam Perniagaan)- SET A
Total questions: 11
Worksheet time: 11mins
Maklumat yang berikut, berkaitan dengan beberapa jenis cukai yang dikutip oleh satu agensi kerajaan.
- Cukai import dan cukai eksport
- Cukai Jualan dan Perkhidmatan
Apakah agensi berkenaan?
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDM)
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Bank Negara Malaysia (BNM)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai.
Syarikat Superglove Sendirian Berhad terlibat dalam pengeluaran sarung tangan getah untuk pasaran antarabangsa. Pada tahun 2018, syarikat telah mengambil keputusan untuk membelanjakan sebanyak RM350 juta untuk pembesaran, modenisasi dan automasi kilang.
Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh Syarikat Superglove Sendirian Berhad?
Taraf perintis
Potongan cukai
Pengecualian cukai
Elaun pelaburan semula
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan peranan agensi kerajaan.
*Memastikan hasil keluaran industri menepati piawaian yang ditetapkan.
*Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkan.
Agensi manakah yang memainkan peranan tersebut?
MEDEC
MARDI
SIRIM
FELDA
Antara yang berikut, yang manakah yang merupakan usaha kerajaan negeri untuk membantu perkembangan perniagaan?
membentuk syarikat kepentingan kerajaan negeri
menyediakan infrastruktur seperti tapak kilang dan jalan raya
menggalakkan kegiatan ekonomi berasaskan sumber tempatan
menubuhkan institusi pengajian tinggi untuk melatih modal insan
Maklumat yang berikut, berkaitan dengan langkah yang dilakukan oleh kerajaan.
*Meningkatkan atau mengurangkan kadar faedah
*Meningkatkan atau mengurangkan kadar cukai
Apakah matlamat utama kerajaan mengambil langkah-langkah sedemikian?
untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil
untuk menggalakkan aliran masuk mata wang asing
untuk menggalakkan penggunaan barang tempatan
untuk meningkatkan permintaan untuk barang keluaran tempatan
Pernyataan manakah yang merujuk kepada pelaksanaan dasar kewangan?
Bank pusat mengawal kadar faedah
kerajaan mengurangkan kadar cukai
kerajaan melaksanakan projek pembangunan
bank pusat mengawal aktiviti bank perdagangan
Antara yang berikut, yang manakah pelaksanaan dasar fiskal oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi.
Kerajaan mengurangkan kadar cukai
Kerajaan melaksanakan projek pembangunan
Bank Negara Malaysia meningkatkan kadar faedah semasa
kerajaan mengurangkan penawaran barang dan perkhidmatan di pasaran
Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan guna tenaga penuh?
Taraf hidup rakyat pada tahap tinggi
Negara mengalami penggangguran geseran
tidak berlaku keadaan inflasi dalam ekonomi
kadar pengangguran kurang daripada 4 peratus
Maklumat yang berikut, berkaitan dengan langkah oleh kerajaan untuk mengatasi sejenis pengangguran.
*kerajaan membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan perniagaan.
*menyediakan latihan dan pendidikan tinggi selari dengan perubahan tuntutan semasa dalam tenaga kerja.
Apakah jenis pengangguran yang cuba diatasi oleh kerajaan?
Pengangguran bermusim
pengangguran teknologi
pengangguran kitaran
pengangguran struktur
Berikan maksud inflasi.
Berikan maksud deflasi.
