wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.

a)

bagai aur dengan lebung

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

2.

Air mukanya _______ kerana dijankiti penyakit H1N1.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti ayam berak kapur

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai dakwat dengan kertas

3.

Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan nasihatnya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

seperti gergaji dua mata

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai mencurah air di dalam keladi.

4.

Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka ______

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti bumi dengan langit

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

bagai menatang minyak yang penuh

5.

Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.

a)

seperti kerbau dicucuk hidung

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai pinang dibelah dua

d)

seperti api dalam sekam

6.
Sikap Mak Munah yang _____________ itu menyebabkan jiran - jirannya berpecah-belah.
a)
angkat muka
b)
muka tembok
c)
bermuka-muka
d)
tebal muka
7.
Mat Jenin _______________ untuk memperisterikan puteri raja.
a)
iri hati
b)
hati kering
c)
makan hati
d)
ada hati
8.
Adli tidak menyesal membeli kasut kulit yang mahal itu kerana baginya __________________________.
a)
hati hendak, semua jadi
b)
alah beli, menang memakai
c)
nasi sudah menjadi bubur
d)
jauh panggang dari api
9.
Orang yang bijak menggunakan masa pasti akan mencipta kejayaan dalam hidupnya kerana _________________.
a)
masa itu emas
b)
ilmu itu pelita hidup
c)
bertangguh itu pencuri masa
d)
bahasa jiwa bangsa
10.
Cikgu Salleh memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimi lah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.
a)
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
b)
biar putih tulang, jangan putih mata
c)
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
d)
lembu punya susu, sapi dapat nama