NEW
Font size
WorksheetsTATABAHASA & KEFAHAMAN TAHUN 6
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Resepi Tradisi kita merupakan rancangan _____________ nombor satu di Malaysia.
sukan
masakan
hiburan
motivasi
Igbal berasa sungguh _____________ kesilapannya dahulu telah menconteng arang ke muka ibu bapanya.
menyesal
geram
kecewa
bimbang
Seekor monyet sedang ________________ di dalam tong sampah berhampiran sekolah kerana dikejar oleh anjing.
menyerbu
menyorok
menerpa
mengangkat
"Boleh___________ tolong ambilkan buku saya di bilik guru?" tanya Cikgu Rahimah kepada Syafinaz.
mereka
dia
kamu
anda
Pasukan tenis sekolah kami menang _____________ dalam kejjohanan terbuka peringkat kanak-kanak.
sedikit
nipis
tipis
kecil
Beruang itu berjaya menangkap ikan di sungai.
sebatang
seekor
sebuah
sebiji
Zaleh menerima sejambak bunga ___________ suaminya sempena hari lahirnya.
terhadap
daripada
kepada
dari
Laili __________ pokok herba kesayangannya di halaman rumah.
memercik
menyiram
menuang
menghirup
Sultan Ahmad Shah akan _______________ untukbertemu dengan rakyat jelata pada pagi esok.
menjunjung titah
merafak sembah
mencemar duli
menerima menghadap
Kompang ialah ______________ tradisional masyarakat Melayu.
alat memburu
alat permainan
alat memasak
alat muzik
Kuda milik Tan Sri Mateen merupakan kuda berbaka __________ yang diimport dari luar negara.
terbaik
tertinggi
termahal
tercanggih
Setiap perbuatan _____________ yang kita lakukan pasti akan menerima balasan yang setimpal.
baik
manis
buruk
berani
"__________________ berharap ______________ semua menghantar latihan ini sebelum tengah hari esok," kata Cikgu Qayuum kepada murid-muridnya.
Aku.... engkau
Dia... mereka
Saya .... kamu
Kami .... kau
Shaqea _____________ anak kucing yang telah diselamatkannya pada minggu lepas.
menggaru
membelai
mencucuk
memukul
Viana berusaha untuk ______________ nasib keluarganya yang sering dipandang rendah oleh orang kampung.
memperluas
memperkuat
mempercepat
memperbaiki
Maharaja Manggal bersemayam di atas _____________ dan dihadap oleh segala menteri.
perpaduan
makam
singahsana
bahtera
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Perniagaan restoran itu digelar _______________ kerana mengenakan harga makanan yang terlalu tinggi.
anak dagang
lintah darat
batu penghalang
murah hati
Adat Melayu tidak akan lenyap ditelan arus pemodenan kerana itulah identiti masyarakat Melayu.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
kacang lupakan kulit
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Dania menahan hiba apabila.melihat sungai di kampungnya dipenuhi sampah sarap.
Pilih perkataan sinonim bagi hiba.
pilu
suka
sakit
marah
Sikap terburu-buru dan tidak sabar ketika memandu akan membawa padah kepada semua pengguna jalan raya yang lain.
Pilih perkataan sinonim bagi terburu-buru
tergesa-gesa
terhinjut-hinjut
tersangkut-sangkut
tersipu-sipu
Halim menunduk apabila dimarahi oleh Cikgu Sing.
Pilih perkataan antonim bagi menunduk.
mengaku
memandang
melawan
mendongak
Keberanian yang ditunjukkan oleh Azri melawan peragut itu telah mendapat pujian daripada orang sekeliling.
Pilih perkataan antonim bagi keberanian.
ketakutan
keletihan
kekuatan
kegelisahan
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Di manakah Program Larian Bersama-sama Ibu akan diadakan?
Program Larian Bersama-sama Ibu diadakan oleh Menteri Kesihatan.
Program Larian Bersama-sama Ibu itu akan diadakan pada minggu depan.
Program Larian Bersama-sama Ibu itu akan diadakandi Tasik Lavender.
Program Larian Bersama-sama Ibu terpaksa dibatalkan.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Pelbagai pihak seperti keluarga, guru, kawan-kawan pihak berkuasa dan masyarakat sekeliling seharusnya menangani masalah sosial remaja.
Apakah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah sosial remaja?
Bilakah pelbagai pihak perlu menangani masalah sosial remaja?
Apakah kempen yang boleh dilakukan untuk menangani masalah sosial remaja?
Siapakah yang seharusnya menangani masalah sosial remaja?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Semua rakan dan guru adam amat disenangi kerana sikapnya yang pemurah.
Semua guru dan rakan Adam disenangi kerana bersikap pemurah.
Sikap pemurah Adam menyebabkannya disenangi semua rakan dan guru.
Sikap pemurah semua rakan dan guru disenangi oleh Adam.
Semua rakan dan guru Adam disenangi oleh Adam yang pemurah.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Marsha menolak untuk melakukan kerja itu kerana bayaran yang diberikan tidak berpatutan.
Oleh sebab bayaran yang tidak setimpal Marsha menolak untuk melakukan kerja itu.
Kerja itu tidak akan dibuat oleh Marsha kerana bayaran yang sedikit.
Marsha tidak membuat kerja kerana bayarannya tidak tinggi.
Disebabkan bayaran yang sedikit, Marsha tidak mahu meneruskan kerjanya.
Pilih ayat yang betul.
Kereta yang dipandu oleh Ahmad bergerak ligat.
Berjimat-cermat adalah amanah perlu dilakukan oleh semua orang.
Ibu menyediakan juadah untuk berbuka puasa.
Shuib mestilah bertanggungjawab oleh tugas yang diberikan.
PIlih ayat yang betul.
Tayar kereta diperbuat dari getah.
Ahmad mengasingkan sampah kitar semula mengikut kategori masing-masing.
Sebagai warga negara asing, kita mestilah mematuhi undang-undang negara ini.
Farid mencipta mesin membuat pasta terhadap permintaan pelanggannya.
Pilih ayat yang betul.
Kebaya Jawa yang dipakai oleh Hasha bermotifkan parang.
Semua model memakaikan pakaian tradisional Melayu.
Pertandingan yang disertai oleh Shida ialah memperagakan baju kurung moden.
Baju Melayu teluk belanga berasal daripada Johor.
Pilih ayat yang betul.
Encik Hafizi menjalankan perusahaan minuman sejuk beku.
Telefon pintar yang digunakan kini telah banyak mempengaruh minda masyarakat.
Kita mestilah menghargai petroleum dan gas asli yang semakin berkurangan.
Perubahan iklim yang tidak menentu ini disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri.
"____________ datang ke majlis rumah terbuka saya pada hujung minggu ini," kata Haziah kepada rakan-rakannya.
Usah
Jemput
Mohon
Minta
Puan Hani bimbang kerana demam panas Alisa masih belum _______________.
sedikit
kurang
kebah
senyap
Puan Adibah tidak mahu _____________ terhadap suaminya yang sedang bekerja di luar kawasan.
bermasam muka
berburuk sangka
bertukar ganti
bertegur sapa
Nahkoda itu tidak berjaya mengemudi bahteranya yang _______________ dipukul ombak.
terolang-aling
terliang-liuk
terpontang-panting
terkontang-kanting
____________ Nurul telah berjaya mendapat segulung ijazah, dia masih bercita-cita untuk meyambung pelajarannya ke peringkat seterusnya.
Namun
Oleh itu
Meskipun
Lantaran itu
Saintis itu sedang melakukan ______________ tindak balas kimia terhadap karbon dioksida.
cari gali
kertas kerja
latih tubi
uji kaji
Encik Bakri memandu kereta_________________ kesayangannya dengan berhati-hati.
lampu
buruk
lama
antik
Keberangngkatan Yang di-Pertua Agong ke Istana Seri Melati bagi menziarahi kakandanya yang sedang ________________.
bersiram
santap
gering
beradu
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Pantang larang yang diturunkan kepada _______________ adalah untuk menjaga sahsiah mereka.
anak emas
anak dara
anak angkat
anak cucu
Baju yang dipakainya koyak rabak akibat tersangkut pada ranting pokok ketika mencari kayu api.
Pilih perkataan sinonim bagi koyak robak.
rempang-rempong
compang-camping
kusut-masai
comot-momot
Abang sangat menyayangi isteri dan anak=anak.
Pilih perkataan antonim bagi menyayangi.
menyukai
mengemari
membenci
menyenangi
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Ahmad gagal dalam peperiksaan kerana sering bermain permainan video.
Adakah Ahmad gagal dalam peperiksaan?
Apakah cara yang digunakan oleh Ahmad untuk gagal dalam peperiksaan?
Mengapakah Ahmad gagal dalam peperiksaan?
Bagaimanakah cara Ahmad gagal dalam peperiksaan?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Apakah penyebab penyakit jatung?
Penyakit jantung dipercayai berpunca daripada masalah pembuluh darah jantung.
Pihak yang terkena penyakit jantung dinasihatkan untuk menjaga pemakanan.
Punca penyakit jantung masih dalam penyelidikan saintis.
Penyakit jantung menyebabkan pembuangan toksik dalam badan berlaku.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Kurang bersenam dan gagal mengawal stres meningkatkan risiko penyakit jantung.
Penyakit jantung berisiko kegagalan mengawal stres dan kurang bersenam.
Jantung akan lebih sihat jika kurang bersenam dan mengawal stres.
Cara mengurangkan risiko penyakit jantung adalah dengan bersenam dan mengawal stres.
Jantung akan stres kerana kurang bersenam
Pilih ayat yang betul.
I. Generasi muda seharusnya memikul tanggungjawab memajukan negara
II. Ibu berjaya mempengaruhi adik untuk membeli rantai emas.
III. Penternakan telur ayam Hani sangat maju.
IV. Izza menyenaraikan barang-barang keperluannya sebelum pergi membeli-belah.
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Kawan-kawan sangat menyukai Juliana kerana dia seorang gadis yang ___________________.
baik hati
keras kepala
senang hati
patah hati
Kerajaan sentiasa berusaha untuk ____________ kemiskinan tegar dalam kalangan rakyatnya.
menghalang
membuang
membasmi
membaiki
______________, cantiknya wanita yang berbaju merah di hujung sana!
Hai
Wah
Wahai
Syabas
Encik Harun _________________ semua haiwan ternakan di ladangnya.
mengumpulkan
berkumpul
kumpulan
dikumpul
__________ Wati srang yang pemurah, ______________ dia juga baik hati.
Semakin ... semakin
Walaupun ... namun
Daripada ... lebih baik
Bukan sahaja ... malah
"Masa menjawab soalan _________________ tamat," kata pengawas peperiksaan itu.
lalu
sudah
sedang
mesti
Tubuh badan kita ________________ memerlukan dua liter air setiap hari.
sekali
benar
sangat
betul
Sultan Sulaiman ________________ permintaan puteranya untuk memperisteri rakyat biasa.
menghadap
menjunjung
mempersila
memperkenan
Ani dan Ana ialah sepasang kembar tetapi mereka sering bergaduh walaupun disebabkan perkara yang kecil.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai ayam disambar helang.
mencurah air ke daun keladi.
bagai anjing dengan kucing.
bagai melepaskan batok di tangga.
Sarina masih kekal berdiri di hadapan ibunya yang sedang memarahinya.
Pilih perkataan sinonim bagi kekal.
berubah
tetap
cekal
hilang
Persembahan pemuzik jalanan itu mendapat pujian daripada orang ramai.
PIlih perkataan antonim bagi kekal.
sokongan
galakan
sindiran
cacian
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul
I. Banjir seriang melanda di kawasan yang rendah itu.
II. Barang murah tidak semestinya bermutu rendah.
III. Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.
IV. Kebanyakan murid dalam mata pelajaran Sains rendah.
I dan II
I, II dan III
II, III dan IV
I dan IV
Pilih pernyataan yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Aktiviti memburu haiwan terancam perlu dibendung untuk mengelakkan kepupusannya.
Haiwan terancam perlu dibendung untuk mengelakkan kepupusan.
Bagi mengelakkan kepupusan haiwan terancam, aktiviti pemburuannya perlu dihalang.
Pemburuan haiwan terancam akan mengelakkan kepupusan.
Galakan memburu haiwan terancam akan mengelakkan kepupusannya.
Pilih ayat yang betul.
Ubat ini amat mujarab bahawa melegakan sakit gigi.
Mak Munah menggenggam paha anak bongsunya yang naka itu.
Kamu boleh datang ke sini pad abila masa sahaja.
Sahsha bingung memikirkan masalah yang dihadapinya.
Pilih ayat yang betul.
Pelari itu sempat menghirup air untuk menghilangkan dahaganya.
Dari jauh kelihatan asap mengumpul dari serombong kapal itu.
Orang ramai terpegun melihat persembahan ahli silap mata itu.
Murid-murid membuat garisan sebelum mewarnai lukisan itu.
