Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B1T2

Total questions: 30

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia. Apakah DUA gelaran bagi Alam Melayu tersebut?

a)

Dunia Melayu

b)

Pentas Sunda

c)

Asia Barat

d)

Kepulauan Melayu

2.

DUA kawasan dalam lingkungan Alam Melayu mengikut pendapat seorang ahli arkeologi, Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

a)

India

b)

Australia

c)

New Zealand

d)

Kepulauan Solomon

3.

Gugusan tanah luas terbentang yang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan.

a)

Dunia Melayu

b)

Pentas Sunda

c)

Asia Tenggara

d)

Kepulauan Melayu

4.

Tokoh bahasa, Sutan Takdir Alisjahbana menyatakan sifat orang Melayu sendiri telah membantu mengembangkan bahasa Melayu ke Alam Melayu. Apakah sifat orang Melayu tersebut?

a)

Suka beriadah

b)

Gemar belayar

c)

Pandai menulis

d)

Minat membaca

5.

Masyarakat Alam Melayu telah mempunyai persamaan budaya dalam aspek seni persembahan. Apakah aspek seni persembahan tersebut?

a)
b)
c)
d)
6.

Kerajaan Majapahit telah berkembang sejak abad ke-13. Apakah pusat kerajaan Majapahit?

a)

Pangkalan

b)

Indraputra

c)

Harihalaya

d)

Kota Trowulan

7.

Kerajaan Angkor

Kerajaan Funan

Kerajaan Kedah Tua


Apakah persamaan lokasi pengasasan kerajaan tersebut?

a)

Bukit tinggi

b)

Lembah sungai

c)

Persisiran pantai

d)

Kawasan pedalaman

8.

Kerajaan Funan telah mencapai kegemilangan melalui proses perluasan kuasa. Apakah kesan perluasan kuasa tersebut?

a)

Menjadi pusat perdagangan utama

b)

Menamatkan ancaman kuasa Siam

c)

Melaksanakan jalinan hubungan luar

d)

Mengukuhkan sistem pentadbiran

9.

Mengapakah kerajaan Funan mengalami kemerosotan?

a)

Pemimpin lemah

b)

Ancaman pengaruh China

c)

Serangan Kerajaan Chenla

d)

Kematian pengasas kerajaan

10.

DUA sumbangan Che Bong Nga semasa memerintah kerajaan Champa.

a)

Mengatasi ancaman Dai Viet

b)

Meluaskan empayar Champa

c)

Menguasai jalan perdagangan

d)

Memajukan sistem pendidikan

11.

Apakah nilai serumpun yang wujud dalam masyarakat Alam Melayu?

a)

Gotong-royong

b)

Aktif meneroka

c)

Rajin berdagang

d)

Membuat perahu

12.

Pemerintah kerajaan Champa iaitu Indravarman telah meninggal dunia pada tahun 1441. Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Diganggu kuasa Rom

b)

Diserang oleh Dinasti Ming

c)

Ditawan semula oleh Dai Viet

d)

Dibina pusat pentadbiran baharu

13.

Sejak tahun 683M, pengasas kerajaan Srivijaya iaitu Dapunta Hyang Sri Jayanasa melaksanakan penaklukan kawasan sekitarnya iaitu

a)

Panai

b)

Bangka

c)

Palembang

d)

Tanah Abang

14.

Bagaimanakah Jayavarman II membuka kerajaan Angkor pada abad ke-9?

a)

Menghantar tentera

b)

Menyatukan wilayah

c)

Menggubal undang-undang

d)

Menggalakkan penghijrahan

15.

Apakah kerajaan Alam Melayu yang menjadi pusat pengajian agama Buddha?

a)

Srivijaya

b)

Champa

c)

Majapahit

d)

Gangga Negara

16.

Siapakah yang membina Angkor Thom dalam Kerajaan Angkor?

a)

Sangrajaya III

b)

Suryavarman III

c)

Indravarman IV

d)

Jayavarman VII

17.

Bagaimanakah Raden Vijaya mengasaskan kerajaan Majapahit pada abad ke-13?

a)

Menamatkan perang saudara

b)

Menjalankan perluasan kuasa

c)

Menerima bantuan tentera Mongol

d)

Mengatasi ancaman kerajaan Siam

18.

Sumber daripada Arab menamakan Kedah Tua sebagai

a)

Kadaram

b)

Kalah-bar

c)

Kataha-Dvipa

d)

Kalah-Nagara

19.

Mengapakah kerajaan Kedah Tua mengalami kemerosotan kegiatan perdagangan pada tahun 1025?

a)

Perairan tidak selamat

b)

Kadar cukai yang tinggi

c)

Serangan tentera Chola

d)

Pengurusan pelabuhan lemah

20.

DUA hasil bumi yang menjadi tarikan pedagang untuk mengunjungi kerajaan Gangga Negara.

a)

Emas

b)

Bauksit

c)

Arang batu

d)

Bijih timah

21.

Kerajaan Alam Melayu manakah yang sezaman dengan Empayar Rom dan Parsi?

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Angkor

c)

Kerajaan Srivijaya

d)

Kerajaan Majapahit

22.

Bagaimanakah kerajaan Alam Melayu mengadakan hubungan dengan kerajaan luar?

a)

Kesenian

b)

Kebudayaan

c)

Perkahwinan

d)

Perdagangan

23.

Apakah faktor yang mendorong pemerintahan kerajaan Alam Melayu menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan lain?

a)

Kekayaan hasil bumi

b)

Keperluan bahan mentah

c)

Penyebaran agama Hindu

d)

Peningkatan ekonomi negeri

24.

Apakah kesan hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar yang bermula pada abad pertama hingga abad ke-15?

a)

Meningkatkan pertukaran teknologi

b)

Mengukuhkan sistem ketenteraan

c)

Membawa kemakmuran ekonomi

d)

Membaiki taraf hidup masyarakat

25.

Apakah sikap yang dapat dikaitkan dengan penduduk Alam Melayu berhubung penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam sejak abad ke-3?

a)

Kesukuan

b)

Kebebasan

c)

Kepimpinan

d)

Keterbukaan

26.

Mengapakah kerajaan Kedah Tua menjalin hubungan diplomatik dengan China pada abad ke-7?

a)

Memohon bantuan ketenteraan

b)

Meningkatkan hubungan keagamaan

c)

Memperkukuh hubungan perdagangan

d)

Memulihkan hubungan selepas peperangan

27.

Apakah kepentingan kerajaan Majapahit mewujudkan hubungan luar dengan kerajaan China?

a)

Mengatasi perebutan kuasa

b)

Mengatasi ancaman Dai Vet

c)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

Mengeratkan hubungan persahabatan

28.

Kerajaan ini telah mengadakan hubungan dengan China untuk memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China iaitu Dai Vet.

a)

Angkor

b)

Champa

c)

Srivijaya

d)

Kedah Tua

29.

DUA sebab kerajaan Funan menghantar utusan ke kerajaan India pada abad ke-3?

a)

Memperkukuhkan hubungan perdagangan

b)

Mengeratkan hubungan keagamaan

c)

Memperoleh bantuan ketenteraan

d)

Mengelakkan ancaman dari luar

30.

Berapakah bilangan bahasa yang dipertuturkan dalam kalangan masyarakat di Alam Melayu?

a)

59 bahasa

b)

78 bahasa

c)

200 bahasa

d)

213 bahasa