WorksheetsT4 PERNIAGAAN-TREND SEMASA PERNIAGAAN (SET B)
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Pernyataan manakah yang menerangkan maksud inflasi?
Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan
satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak
Apakah kesan inflasi kepada masyarakat?
Harga barang terus meningkat
Pendapatan boleh guna meningkat
Taraf hidup rakyat semakin menurun
Penggunaan barang import meningkat
Apakah langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan keadaan inflasi.
Menggalakkan orang ramai berbelanja lebih wang
Mengurangkan kadar cukai pendapatan individu
Memberikan subsidi kepada pengeluar
Meningkatkan kadar faedah
Maklumat yang berikut berkaitan dengan kesan satu tindakan oleh kerajaan semasa keadaan inflasi.
*Permintaan untuk barang dan perkhidmatan menurun kerana pengguna mengurangkan perbelanjaan dan menyimpan wang di bank.
Apakah tindakan berkenaan?
Meningkatkan kadar faedah
Mengurangkan kadar faedah
Meningkatkan cukai syarikat
Mengurangkan cukai eksport
Maklumat dibawah ini berkaitan dengan kesan daripada satu fenomena dalam ekonomi.
*Kuasa beli pengguna menurun
*Aktiviti perniagaan semakin menurun
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang timbul daripada fenomena berkenaan?
Mengurangkan kadar faedah
Meningkatkan cukai eksport
Mengurangkan perbelanjaan kerajaaan
Mengurangkan kadar cukai dibayar pengguna
Berhubung dengan persekitaran perniagaan, pernyataan manakah yang betul tentang faktor dalaman yang mempengaruhi perniagaaan?
Kerajaaan meluluskan undang-undang baharu perniagaan
Organisasi menggaji pakar dalam menguruskan perniagaan
Perniagaan dapat menghasilkan produk baharu melalui penyelidikan
Permintaan untuk produk meningkat keranan ekonomi semakin rancak
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat naik?
Cukai yang dikutip oleh kerajaan menurun
Kadar pengangguran semakin menurun
Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
Peniaga mengurangkan pembelian bahan mentah
Kerajaan meluluskan undang-undang untuk melindungi kepentingan kedua-dua pihak pembeli dan penjual.
Antara yang berrikut, akta manakah yang berkaitan dengan pernyataan di atas?
Akta Kontrak 1950
Akta Hak Cipta 1987
Akta Jualan Barangan 1957
Akta perhubungan Industri 1967
Maklumat yang berikut berkaiatan dengan sejenis pengurusan.
*Majikan bertindak tegas dengan pekerja dalam urusan kerja.
*Majikan tidak memberi peluang untuk pekerja mengemukakan pandangan mereka.
Apakah gaya pengurusan berkenaan?
Gaya pengurusan laissez-faire
Gaya pengurusan autokratik
Gaya pengurusan demokratik
Gaya pengurusan sokongan
Gaya pengurusan ini tidak sesuai diamalkan dalam organisasi jika pekerja kurang bermotivasi dan mempunyai tahap disiplin yang rendah.
Apakah gaya pengurusan yang berkenaan?
Gaya pengurusan laissez-faire
Gaya pengurusan autokratik
Gaya pengurusan sederhana
Gaya pengurusan sokongan
