wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Perniagaan Form5 (Bab6&7)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara perniagaan berikut, milikan perniagaan yang manakah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?

a)

Koperasi Nelayan

b)

Restoren Mohd Rafi

c)

Sime Darby Berhad

d)

Wira Digital Sdn Bhd

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan maklumat yang perlu dilengkapkan oleh usahawan untuk memperbadankan syarikat persendirian di bawah Akta Syarikat 2016?

a)

Status kewangan

b)

Alamat cawangan

c)

Nama syarikat

d)

Maklumat saham syarikat

3.

Apakah faedah yang diperoleh oleh seorang peniaga yang mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

a)

Memperoleh keuntungan lumayan

b)

Melayakkan mendapat kemudahan menjalankan perniagaan

c)

Dikenakan cukai perniagaan yang rendah

d)

Dikecualikan membayar lesen perniagaan untuk tempoh 3 tahun

4.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh seorang usahawan setelah mendaftarkan perniagaan?

a)

Mempamerkan sijil

b)

Memperbaharui sijil perniagaan

c)

Mempamerkan harga

d)

Mempamerkan dokumen rasmi perniagaan

5.

Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri utama Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)?

a)

Fleksibiliti penubuhan

b)

Kewujudan tidak kekal

c)

Liabiliti tidak terhad

d)

Tanggungan terhad

6.

Antara berikut, yang manakah merupakan dokumen rekod jualan?

a)

Invois

b)

Memo

c)

Bil utiliti

d)

Bil tunai

7.

Apakah dokumen yang digunakan untuk merekod maklumat ambilan barang niaga oleh pemilik perniagaan?

a)

Resit

b)

Memo

c)

Invois

d)

Bil tunai

8.

Pernyataan manakah yang benar mengenai pemasaran?

a)

Aktiviti pertukaran hak milik sesuatu produk

b)

Aktiviti untuk menyalurkan produk atau perkhidmatan

c)

Aktiviti untuk merancang dan mengawal aspek perbelanjaan dalam perniagaan

d)

Aktiviti mengeluarkan barang untuk memenuhi kehendak pelanggan

9.

Campuran pemasaran yang manakah terlibat untuk memperkenalkan produk baru di pasaran?

a)

Inovasi produk

b)

Pengiklanan

c)

Lokasi yang strategik

d)

Harga

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan?

a)

Dokumen bertulis yang menerangkan projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh

b)

Dokumen bertulis yang menerangkan latar belakang perniagaan secara terperinci

c)

Dokumen bertulis yang menerangkan setiap urus niaga yang dilakukan dalam perniagaan.

d)

Dokumen rasmi perniagaan yang ditulis secara rapi tentang visi, misi dan objektif perniagaan.

11.

Rancangan Perniagaan disediakan untuk keperluan individu-individu seperti berikut kecuali?

a)

A. Bank

b)

B. Pelanggan

c)

C. Usahawan

d)

D. Agensi Kerajaan

12.

Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada usahawan?

a)

Mencari pekerjaan yang baharu

b)

Panduan memberikan pinjaman

c)

Garis panduan untuk menguruskan perniagaan

d)

Untuk membuat pelaburan di dalam perniagaan

13.

Antara berikut pernyataan manakah bukan tujuan utama rancangan perniagaan disediakan?

a)

Memohon pinjaman modal daripada rakan kongsi

b)

Merancang keperluan sumber perniagaan

c)

Memberi keyakinan kepada bank untuk membiayai kos pelaksanaan perniagaan

d)

Menyakinkan pihak pembekal untuk memberi kemudahan kredit atas barangan yang dibekalkan

14.

Mengapakah rancangan operasi penting dalam sesuatu rancangan perniagaan?

a)

Memberikan gambaran aktiviti pengeluaran produk

b)

Dapat menunjukkan pengagihan sumber tenaga kerja

c)

Dapat menjamin sumber bahan mentah digunakan secara optimum

d)

Menunjukkan jumlah jualan yang bakal dicapai oleh perniagaan

15.

Apakah yang perlu disediakan oleh usahawan untuk membuktikan keupayaan perniagaan membayar balik pinjaman dalam rancangan kewangan bagi rancangan perniagaan?

a)

Penyata Aliran Tunai

b)

Penyata Untung Rugi

c)

Kunci Kira-kira

d)

D Titik Pulang Modal